BAB 2

26 4 1
                                    

Khalish masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dengan wajah kosong. Dia mengambil tempat di sebelah Irfan.

"Kau ni dah kenapa, Muhammad Luke Khalish?" Tanya Kayden pelik. Selalunya ada je si Khalish ni nak jadi bala dengan yang lain.

"Haah, selalunya kemain kau masuk masuk sini terus jadi bala. Ni dah kenapa tetiba senyap ni?" Irfan turut berasa hairan dengan sikap rakannya ini.

"Daddy aku....dia" Khalish terbata bata ingin berkata.

"Kenapa dengan daddy kau?" Tanya Haikal.

"Dia nak aku-"

KLAK!

Mereka semua terus berdiri tegak saat wajah dingin Ace menyapa kornea mata.

"Tuan Muda!" Kata mereka semua serentak lalu menunduk sedikit. Ace hanya bergumam, dia mengambil tempat di kerusi yang berada di hujung meja.

"Khalish" panggil lelaki dingin itu. Khalish mengangkat kepalanya.

"Yes?"

"Aunty Nadine cakap, kau nak kahwin dengan Viera. Betul ke?" Soalan dari Ace itu membuatkan yang lain terkejut.

"What?!" Khalish tersenyum kelat.

"Haah la, umi aku pernah cakap pasal ni" kata Haikal.

"Eh wait wait. Bukan ke Viera tu girlfriend abang kau? Asal dia kahwin dengan kau pula?" soal Farhan pelik.

"Panjang ceritanya"

"PENDEKKAN!"

Khalish mengeluh. "Memang lah dia kekasih Zaydan tapi daddy tak restu hubungan diaorang sebaliknya daddy nak aku yang kahwin dengan Viera" jelasnya.

"Parah dah ni. Kau setuju ke?" soal Eykal.

"Aku terpaksa setuju" balas Khalish lemah. Bahunya ditepuk oleh Kayden.

"Tak apa la, kau terima je mana tahu Viera lagi baik untuk kau daripada Luna tu"

Khalish tersenyum nipis. Dia menjatuhkan kepalanya.

TBC
VOTE

KHALISH VIERATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang