ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 51

1.1K 51 3
                                    

LIYANNA Sudah dibawa ke labour room manakala Puan Sri Sofea dan suaminya menunggu diluar sambil menunggu ketibaan anaknya dan besannya.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon dari telefon Liyanna yang berada didalam begnya. Sebelum turun tadi dia sempat mengambil barang-barang keperluan Liyanna untuk dibawa ke hospital.

Puan Sri Sofea melihat nombor yang tidak diketahui muncul di skrin telefon menantunya
"Siapa?"
Tan Sri Syafiq menyoal isterinya apabila dia melihat isterinya tidak mengangkat panggilan telefon itu

"Unknown number"
"Angkat je lah takut perkara penting"
Tanpa menunggu lama Puan Sri Sofea mengangkat panggilan telefon itu

"Assalamualaikum siapa ni?"
"Waalaikummusalam ni anak kepada Puan Zaleha ke?"
Kening Puan Sri Sofea terus mengerutkan keningnya

"Saya mak mertua dia. Kenapa ya?"
"Kami dari pihak polis ingin memberitahu bahawa Puan Zaleha, anak dia dan seorang lelaki telah dilanggar oleh sebuah lori"
Luruh jantung Puan Sri Sofea apabila mendengarkan penjelasan dari anggota polis itu. Dia pasti seorang lelaki yang dimaksudkan oleh anggota polis itu adalah pemandunya iaitu Pak Mat kerana dia menyuruh Pak Mat pergi mengambil Puan Zaleha dan anaknya di rumah

Dia terus meletakkan panggilan telefonnya. Kakinya melangkah laju ke arah Tan Sri Syafiq
"Abang. L-leha accident"
"Allahuakbar"

Manakala Liyanna yang berada didalam labour room itu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya.

Dia membaca selawat untuk menenangkan jantungnya yang sedang berdegup laju sementara menunggu bukaan terbuka sepenuhnya. Dia berharap Fahim akan ada disisinya ketika melahirkan anaknya namun sudah terlambat dan dia tahu perkara itu takkan terjadi.

**

FAHIM Yang baru tiba di hospital itu terus mengatur langkah yang laju untuk masuk kedalam hospital
"Tunggu abang ya sayang"

Puan Sri Sofea masih lagi setia menunggu di hadapan labour room dengan keadaan yang gelisah.
"Mama!"
Puan Sri Sofea terus mengangkat wajahnya apabila mendengarkan suara anaknya

"Fahim"
Tanpa menunggu lama dia terus memeluk badan anaknya dengan erat
"L-Liya mana?"
"Dalam labour room. Mak dan adik Liya Accident"
Mata Fahim automatik membulat

"B-bila?"
"Dalam perjalanan untuk datang ke hospital mereka dilanggar oleh sebuah lori"
Fahim hanya mampu mengucap didalam hatinya

"F-Fahim nak jumpa Liya"
Kaki Fahim terus melangkah masuk kedalam labour room itu
'Bam!'

Doktor yang berada didalam bilik itu terus terkejut apabila pintu itu di buka oleh seorang lelaki
"En-"
"I'm her husband!"
Doktor itu terus mengangguk tanda membenarkan Fahim untuk masuk kedalam bilik itu.

"Doktor! Pesakit ada sejarah penyakit barah otak!"
Kata salah seorang jururawat didalam bilik itu dengan nada yang cemas tanpa melengahkan masa mereka segera memakaikan alat bantuan pernafasan kepada Liyanna

Fahim terus melangkah kearah isterinya tangan isterinya digenggam dengan kuat untuk memberikan kekuatan. Liyanna yang beras tangannya digenggam itu terus memandang kesebelahnya
"A-abang?"
"Ya abang ni sayang. Sayang tolong bertahan demi anak kita"

Fahim mengelus wajah isterinya yang tampak pucat
"Abang tahu isteri abang kuat"
Air mata lelaki Fahim terus menitis dipipinya

"Ok Puan bukaan dah terbuka sepenuhnya kalau saya kata push puan push ya"
Liyanna mengangguk lemah kepada doktor wanita itu

"Ok Puan Push!"
Liyanna hanya menurut apa yang dikatakan oleh doktor wanita itu. Fahim hanya mampu mengalunkan selawat di telinga isterinya sambil menggenggam tangan isterinya dengan erat

'This is my last gift for you leftenan Tengku Mohd Fahim'
Kata-kata itu hanya mampu diucapkan didalam hatinya lalu Liyanna menggenggam erat cadar katil

"Erghh"
Sekuat tenaga dia meneran
"One more time!"
Arah doktor wanita itu lagi

Liyanna menarik nafasnya sebelum dia meneran sekali lagi
"Erghh!"
Setelah itu bunyi satu suara bayi yang sedang menangis di bawah

"Seorang lagi Puan"
Fahim masih lagi setia berada disebelah isterinya
"Erghhhh!"
Terasa seperti sesuatu meluncur keluar dibahagian bawahnya sebelum dua suara bayi mula kedengaran di dalam labour room itu

"Terima kasih sayang"
Fahim berbisik ditelinga isterinya sambil tersenyum nipis
"I did it abang"

Fahim mengambil kedua-dua anaknya kedalam dukungannya dia mengalunkan azan ditelinga anak-anaknya
"Tengku Firas dan Tengku Faris"
Fahim terus mengangkat wajahnya apabila mendengar isterinya bersuara

"Nama anak kita"
Fahim tersenyum manis lalu membawa anaknya kearah isterinya Liyanna sempat membelai kedua-dua wajah anaknya

"Asyhadualla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"
Bisik Liyanna dengan perlahan sebelum matanya semakin memberat

Fahim yang sedang memandang anaknya itu terus tersentak apabila mesin mula memenuhi ruangan itu apabila nadi dan degupan jantung Liyanna semakin perlahan
"Sayang?"

"Doctor, code blue!"
Jururawat yang berada disebelah Liyanna itu terus cuak

Tit!
Tit!
Tit!

Suara bayi itu mula kedengaran apabila bunyi mesin itu kedengaran di seluruh bilik
"Doktor! Tekanan darah menurun!"
Fahim mula cemas apabila bunyi mesin itu semakin kuat dan laju tanpa menunggu lama dia menyerahkan kedua-dua anaknya itu kepada jururawat yang berada disitu

"Degupan jantung pesakit semakin menurun!"
Suasana didalam labour room itu semakin kelam kabut
"Sayang tolong jangan tutup mata. Tolong bertahan untuk anak kita!"
Liyanna hanya diam tidak memberi sebarang tindak membalas. Matanya semakin memberat

Tittttt!

Air mata Fahim tidak dapat ditahan dia mengalunkan selawat ditelinga isterinya
"Bring me the defibrillator!"
Tegas doktor wanita itu

"Here!"
"Tuan boleh tolong ketepi sekejap"
Fahim hanya menurut dia terus melangkah ketepi dengan air matanya yang bertakung ditubir matanya
"Tolong bertahan sayang demi abang dan anak kita"

Defibrillator itu ditekan ke dada Liyanna
"Three, two, one! Please, wake up"
Setelah beberapa kali cubaan namun ia masih lagi tidak berhasil doktor itu terus memandang kearah Fahim dia menggeleng perlahan menyebabkan Fahim terus melangkah kearah isterinya

Tubuh isterinya dipeluk dengan erat sambil menangis teresak-esak. Jururawat dan doktor itu keluar dari labour room itu untuk memberikan ruang
"Sayang tolong lah bangun. Anak-anak kita perlukan sayang abang pun perlukan sayang didalam hidup abang"
Fahim tidak dapat menahan tangisannya dia hanya mampu mendakap jasad isterinya yang tidak bernyawa itu diatas katil











Votes and comments✨

Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now