"Ingat I tak? Shawal, alaaaa SMK Batu 16"
Terang lelaki itu kepada Maira. Wajah Maira masih kebingungan.Lama Maira merenung lelaki wajah tampan dan segak dihadapannya. Matanya dikecilkan sedikit, dan akhirnya baru Maira sedar siapakah lelaki yang menegurnya. Shawal Iskandar, seorang lelaki yang tua 2 tahun darinya. Seorang senior disekolahnya dahulu. Lelaki yang pernah mengoratnya sewaktu zaman sekolah. Senang cerita, Shawal ialah bekas teman lelaki Maira. Hubungan mereka tamat setelah Maira tamat SPM.
Dahulu, Maira sering di ganggu oleh budak budak nakal pada zaman sekolah. Shawal lah yang selalu menghalang bebudak tersebut. Ini kerana, Shawal merupakan seorang senior yang ditakuti dan dihormati oleh pelajar lain. Shawal yang dahulunya budak lelaki yang agak nakal dan suka membuat kacau disekolahnya, dia juga seorang atlet olahraga. Couple dengan Shawal membuatkan Maira tidak lagi diganggu oleh pelajar nakal yang lain. Disebabkan itu lah Maira menerima Shawal menjadi boyfriendnya.
Kini, penampilannya telah berubah, tidak lagi kelihatan seperti seorang gangster, lelaki itu semakin tampan, berbadan lebih kekar dan kemas penampilannya. Dengan jambang halus di wajagnya, handsome. Persis seorang usahawan.
.
.
.Mungkin ada yang tertanya, Maira ni hot sangat ke sampai banyak crush? Orang lawa mesti la ramai suka kan? Tu benda biasa zaman sekolah, zaman universiti. Yang lawa dan cantik, pasti jadi perhatian ramai. Biar pun ramai mana nak try, setakat hangat - hangat taik ayam saja nak buat apa kan? Tapi yang berani berjumpa keluarga dan berterus terang, pasti menang. Confirm. 100 peratus. Best man win!
"Sha- Shawal ? Shawal Iskandar ?"
OMG!!!! Terbeliak biji mata Maira, kedua dua tangannya menutup mulutnya sendiri.Shawal mengangguk dan tersenyum manis. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Maira dan dengan perlahan salamnya disambut oleh Maira. Shawal memegang lama tangan lembut itu, kemudian dikucup perlahan belakang telapak tangan Maira. Blushing Maira dibuatnya, dibiarkan sahaja. Tersenyum sendiri. Selamberr je si Shawal tu cium tangannya.
"Sorang je ke? Boleh I duduk sini?" tanya Shawal dengan penuh sopan meminta izin untuk makan bersama.
"Errr si - silakan. I sorang saja ni" balas Maira tergagap, mata mereka bertembung dan senyuman terukir di bibir masing - masing.
.
.
.Mereka berdua berbual sambil menikmati sarapan. Perkara ini menghairankan Maira, bagaimana mereka boleh mesra dan tidak ada rasa akward. Sedangkan mereka dah lost contact hampir 20 tahun. Banyak perkara yang dibualkan mereka, dari zaman sekolah sehinggalah mereka membuat hal masing - masing.
Dari situ, barulah Maira tahu bahawa Shawal sudah pun berkahwin, begitu juga dengan dirinya. Masing - masing juga bercerita tentang kehidupan selepas berkahwin, tentang anak - anak.
Sedar tak sedar, 1 jam sudah mereka berbual, bergelak ketawa. Shawal meminta izin untuk mengundurkan dirinya kerana dia ada meeting di hotel tersebut. Sempat juga Shawal meminta contact number Maira, dan Maira memberikan bisnes kadnya.
.
.
.
Maira membaringkan dirinya di atas tilam King tersebut selepas menghadamkan sarapannya tadi. Fikirannya melayang - layang, teringatkan Shawal yang baru dijumpai sebentar tadi. Tersenyum sendiri, tak sangka boleh bertemu kembali bekas kekasihnya itu selepas 20 tahun. Lain betul diri Shawal pada zaman sekolah dulu, tak macam sekarang. Bauan wangian Husky yang di pakai Shawal melekat di hidungnya dan tanpa ia sedari, nafsu syahwatnya meningkat.
.
.
.
Matanya dipejam rapat, otaknya teringat akan keromantisan Shawal sewaktu mereka bercinta dahulu. Seperti pasangan bercinta yang lain, mereka cuma hanya setakat berpegangan tangan, paling kuat pun cuma berciuman, cemolot ataupun orang putih panggil, french kiss. Shawal pernah cuba untuk meminta lebih, tetapi dia tidak mengizinkannya.
.
.
.
Maira memeluk bantal bagi menghilangkan gersang dalam dirinya. Aplikasi facebook dibuka, ruang search ditekan. Lalu nama Shawal Iskandar ditaip, dan terjumpa lah akaun facebook milik Shawal. Terlihat gambar Shawal bersama isteri dan sepasang anaknya. Di belek - belek profil facebook tersebut, di stalknya gambar - gambar yang di post oleh bekas kekasihnya itu.

YOU ARE READING
Perjalanan Yang Terakhir
RomanceIni adalah sambungan daripada cerita MKL. Mengisahkan perjalanan hidup bebas Mad dan pasangannya. Menempuh liku kehidupan, menyeberangi lautan asmara. Kehadiran orang baru dalam hidup Mad dan Maira bakal mengubah segalanya. Nantikan.....