KEPALANYA dihantukkan beberapa kali ke dinding. Dia tidak suka berada di sini. Bau yang tidak menyenangkan, makanan yang tidak menyelerakan dan suara itu.
Suara itu seakan-akan mengejeknya.
"Hareez, Hareez. I don't even know who you are but you mess with one of us. Nasib lah. Ikutkan hati aku nak je..."
"Diam lah sial!" Suara Hareez bergema di ruangan penjara tersebut. Rambutnya diraup kasar dan kepalanya dipukul berkali-kali.
"Kau tunggu, aku akan cari kau balik lelaki tak guna! Kau dengan anak-anak buah kau akan mati. Sekali dengan orang yang kau sayang."
Dia tidak kenal lelaki di hospital tempoh hari tapi tidak mengapa, dia boleh cari. Lelaki itu sudah membawanya ke dalam lokap dan dia tidak akan merelakannya begitu sahaja.
Itu janjinya.
Pintu lokap dibuka dari luar dan seorang polis menarik Hareez bangun dari duduknya. Polis itu memeriksa bahagian tangan Hareez yang masih lagi digari.
Takut lelaki ini ada rancangan lain.
"Ada orang nak jumpa kau," kata polis itu keras sebelum Hareez dibawa ke tempat untuk berkomunikasi dengan pelawat.
Hareez melabuhkan duduk sebelum gagang telefon diambil dan diletakkan ke telinga. Gadis yang duduk bertentangan dengan lelaki itu juga turut melakukan hal yang sama.
"Kau nak aku buat apa?"
Hareez hanya menatap wajah gadis itu sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman sinis.
Hareez Iskandar akan kembali...
🪧 — okay babe kalini memang betul betul tamat. (cliffhanger sikit hehe jangan marah, sal sayang korang) btw omg dah habis guys 🫨 i had no idea what to feel right now cause im feeling everything simultaneously. sad. happy. nervous. semua cukup rasa.
💭 — thank you so much for reading CG : Lieutenant Nadhif until the very end! tremendous love for all of you that have been supporting me in this journey with this book 🥹💓 i love every single one of you and please know that you matter. see you later in my upcoming books lovelies! 💘💘💘
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.