BAB 11

553 34 6
                                    

"Tengku."

"Panggil saya Dafrim je. Tak payah Tengku." Celah Tengku Dafrim.

"Ah. Kalau Dafrim tak kesah boleh Aunty tahu Dafrim kerja apa? Sebab Della asyik kata kami kerja-kerja." Nyata Puan Mariam.

"Saya usahawan aunty. Anak syarikat keluarga." Balas Tengku Dafrim sangat berendah hati.

"Syarikat apa?" soal pula Tuan Adram.

"Dahmeen Corp." jawabnya.

Dan seketika langsung dia menerima reaksi teruja daripada pasangan suami isteri itu.

"Dahmeen corp?! syarikat hartanah terkaya seluruh dunia tu?" nyata Tuan Adram.

Dengan anggukkan kecil lelaki itu memjawab pernyataan Tuan Adram tersebut.

"Wah. Hebat ye kamu. Muda lagi. Dah ada business semewah macam itu." Puji Puan Mariam.

"Saya biasa-biasa sahaja Aunty." Balas Tengku dafrim dan ia di sambut dengan gelak tawa semua orang.

Tapi kecuali Annabella.

Saking dia mengelamun dalam dunianya sampai Puan Mariam menyengulnya.

Dan sesegera itu Annabella memandang kepada semua mata yang tepat memandang kepadanya.

"Kau dah kenapa? Della panggil kau." Sedikit cubitan di pahanya membuatkan perih di tinggalkan.

Tapi Annabella masih dapat menahannya.

Setelah itu, terus Annabella memandang kepada Aydella. Dan matanya tidak lepas daripada memandang kepada tanganyang sedang melingkari lengan sasa Tengku Dafrim tersebut.

'Sebelum ini. Dialah yang paling tak suka perempuan mata pegang dia. Sekarang?!' harinya berbisik.

Cepat-cepat dia kembali kepada reality apabila sedar akan semua mata memandang kepadanya lebih tajam.

"Kenapa Della. Della cakap apa tadi? Sorry akak tak berapa dengar." Dengan suara sehalusnya Annabella berkata.

Aydella yang tidak lekang daripada senyumannya itu menyoal.

"Tak Della tanya. Kenapa akak senyap je? Akak tak sihat ke? Sebab muka akak Nampak pucat." Nyata Aydella Panjang lebar.

Seketika Annabella menarik nafas. Dan di hembuskan secara perlahan-lahan.

"Tak lah. Akak okey je. Tak sakit pun." Sederhana itu Annabella membalas.

Tapi Aydella tidak berhenti di situ.

"Della tengok akak tak pakai baju yang Della bagi. Kenapa?" soal Aydella sedikit merengek.

Dan itu makin mengundang pandangan tajam daripada tiga pasang mata tersebut.

"Ah...baju tu terbakar. Masa akak iron tadi. Tak perasan sampai berlubang sikit dekat bahagian dada. Sorry Della." Nyata Annabella meminta maaf.

"Kau-" baru sahaja Puan Mariam mahu memarahi Annabella.

Aydella sudah bersuara untuk mencelah.

"Ah. Yeke! Akak okey tak? Tak ada luka kan?" soal Aydella sebaliknya.

Annabella mengelengkan kepala.

"Akak okey je." Balasnya.

"Hum..nasib baik akak tak apa. Pasal baju tu...tak apa. Itu tak penting pun. Della perdulikan akak je. Lain kali hati-kati tau." Sangat lembut cara Aydella bertutur.

Jauh berbeza daripada Aydella yang dia sendiri kenali selama 15 tahunnya.

Walaupun dia rasa sangsi. Tapi lakonan harus di teruskan kerna permainan baru sahaja bermula.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now