COMMANDO'S| BAB 1|

726 32 2
                                    

Suasana di meja makan dengan penuh adab sopan santun. Puan Fatimah melihat kearah anak sulungnya. "Faris, bila kamu nak kawin?" Puan Fatimah melontarkan soalan yang membuat Faris tersedak makanan yang dimakan olehnya. "Belum ada rezeki lagi ma orang nak kawin" kata Faris sambil menyambung makan. "Kalau macam tu mama dah ada calon nak jadikan dia isteri kamu, boleh?" Puan Fatimah tersenyum lembut.

Faris memandang kearah ibunya seakan tidak percaya. "No, biar Faris yang cari bakal isteri Faris. Yang sedap memadang" kata Faris menolak tawaran yang diberi oleh ibunya. "Tapi Faris" kata-kata Puan Fatimah dipotong dengan kata-kata suaminya.

"Biar lah dekat anak tu, isteri dia biar dialah pilih" kata Tengku Othman, ayah Faris. "Selalu menangkan anak awak ni, macam bagi kamu 3 bulan cari calon kalau tak. Kamu kahwin dengan pilihan mama" kata Puan Fatimah yang membuat Faris terkedu. "Seriously?!" Faris tidak menjangka hal tersebut. Hah sudah, macam mana nak cari bakal isteri sendiri dalam masa 3 bulan?!

"Husna, kalau boleh mama nak tengok kau bersanding sebelum mama pergi" kata puan Halimah sambil meletakkan lauk makanan di atas meja. "Mak apa cakap macam tu, mak jangan bagi Husna susah hati" Husna melihat kearah ibunya yang berumur 50 tahun itu

"Betullah apa mama kata, setiap manusia akan pergi, tiada yang kekal. Kakak belajar sekolah agamakan? Takkan tak tahu kot?" Kata puan Halimah kearah anak daranya. "Kakak tahu, cuma kakak tak bersedia nak h..hilang mama" Husna cuba kekal tenang namun air matanya jatuh. Puan Halimah tersenyum, "dah, jangan nangis anak sulung mama sorang ni..dah besar dah kan?"

Puan Halimah mengusap air mata anaknya. "Mama doa anak mama sorang ni, bahagia dunia akhirat" Husna peluk Puan Halimah, takut akan kehilangan syurganya. "Mari sini, mama ajar kakak memasak. Takkan asyik nak harapkan mama je?" Usik Puan Halimah membuat Husna tertawa manja.

"Apa salahnya? Susah nak merasa air tangan mama" kata Husna manja dengan ibunya. "Ma, kalau kakak nak kahwin boleh?" Soalan Husna membuat ibunya Pandang kearahnya. "Amboi, belajar tak habis lagi nak kahwin dah ya?" Kata puan Halimah sambil cubit manja kearah Husna. "Aip, aip, ma. Jangan!" Kata Husna dengan menghalang tangan ibunya.

"Nak kahwin tak salah, janji pilih orang yang tepat,kalau jodoh tak ke mana orang kata" kata puan Halimah membuat Husna tersenyum. Andai bapanya tidak berkahwin lain dia tidak akan tinggal berasingan.

Kawasan tapak latihan khas..
"Eh Faris, stress nampak. Tengah waktu rehat kot sekarang" kata Zaquan sambil menepuk bahu Faris. "Mak aku bagi masa tiga bulan untuk cari calon isteri, mana nak dapat yang elok wei? Kata Faris, dia penat.

"Aku ada member perempuan nak tak?" Tawar si Zaquan. "Kau ingat aku ni jenis petik perempuan dari tepi jalan? Aku nak yang baik, yang ada agama" kata Faris menjeling kearah kawannya. Ingat petik jari dapat? Apatah lagi yang elok.

"Ish kau ingat aku ni apa? Kaki perempuan? Tolong sikit eh. Kawan aku ni baik, dari sekolah pendidikan agama tinggi. Sekarang dia dah habis belajar course accountant kau ni" kata Zaquan sambil menepuk kepala Faris. "Eh kepala jangan main-main eh?" Faris jeling.

"Nak nombor dia ke taknak?" Tanya Zaquan, "umur dia berapa? Taknak yang muda sangat" kata Faris selamba. "Banyak kau memilih? Haish patutlah single." Kata-kata Zaquan membuat Faris geram "umur dia 23" kata Zaquan, Faris hanya mengangguk.

Selepas kejadian itu Zaquan memberi nombor telefon kawan perempuannya.

"Nantilah aku cuba mesej dia" kata Faris berlalu pergi ke kem. Selepas satu hari di kem Faris balik dalam keadaan penat dan dia bersyukur pada hari esok dia cuti. "Nasib baiklah esok aku cuti." Faris mandi dan tidur.

Pada keesokan hari Faris bangun dan mendirikan solat tahajud dan solat subuh. Lalu dia mengambil telefon lalu membuka WhatsApp nombor yang diberi oleh Zaquan.

Assalamualaikum, ni nombor Husna me?
Faris memghembus nafasnya. Balas ke si Husna ni nanti? Dia hanya mampu mengeluh je lah. Tiba-tiba telefon Faris ada notif, Faris melihat kearah telefonnya.

Husna berasa hairan apabila dia menerima mesej dari nombor tak dikenali. "Nombor siapa pulak yang mesej aku ni? Setahu aku. Nombor aku ada dekat Zaquan je " kata Husna sambil membalas nombor itu.

Maaf, ini siapa ya? Setahu saya. Saya tak ada nombor lelaki lain. Balas nombor itu, Faris tersenyum Sinis. Tak tahu pulak ada lagi wanita yang tak contact lelaki, mungkin Betullah agaknya apa yang Zaquan cakap.

can we meet? Balas Faris kepada nombor sambil tersenyum Sinis. Comel pulak mesej si Husna ni. Faris melihat kearah telefonnya bahawa Husna sedang menaip mesej.

"Lah, lain yang aku tanya. Lain yang dijawab." Husna berfikir sejenak, perlukah dia berjumpa dengan lelaki itu? Dia tidak kenal lelaki tersebut dan mahu berjumpa, tak ke pelik tu?

We will meet balas Si Husna. "Betul tak eh pilihan aku ni? Takpa lah pergi je lah"

When can we meet? Balas mesej Faris, "lah, dia yang nak jumpa aku tanya aku pulak." Husna menghembus nafas, penat nak melayan laki ni. Lelaki memang suka gatal eh?

You can decide, you the one Who want to meet me. Isn't it? Balas mesej Husna kepada nombor tersebut. "Dah lah, aku nak tidur. Tapi kena tahu juga nila nak jumpa." Kata Husna sambil melihat kearah telefonnya.

"Amboi ayat, bukan main eh. Jual mahal ke apa ni? Kena jumpa juga" kata Faris setelah membaca mesej tersebut. "Esoklah" kata Faris sambil menaip mesej.

Husna melihat kembali kearah telefonnya apabila telefonnya bergetar menerima mesej. How about tomorrow? Terbuntang mata Husna melihat mesej tersebut.

"Biar betul esok?!" Husna seakan tak percaya. Namun apa yang dia boleh lakukan. Alright, what time? Husna membalas mesej tersebut.

Faris tersenyum, nasib baiklah Zaquan ada kawan perempuan kalau tak naya nak mencari mana perempuan dalam masa tiga bulan nak mencari bakal isteri.

2:00 pm, don't be late balas Faris lalu dia matikan telefonnya dan tidur. Sementara itu Husna membaca balasan nombor yang tidak dikenali lalu mengangguk.

Husna bangun dari katil lalu mengambil pakai yang nak dipakai esok. "Kenalah Iron baju-baju ni" kata Husna sambil Iron bajunya. "Tapi, aku tertanya juga. Macam mana lelaki tu ada nombor aku? Setahu aku nombor aku dekat Zaquan, kena tanya ni" kata Husna sambil menyambung iron baju.

Pada kesesakan hari Husna dah bersiap awal petang lepas solat Zohor. "Alamak! Aku lupa nak tanya nak jumpa dekat mana! Ya Allah!" Husna mula stress, tiba-tiba ada mesej masuk.

Taman danau Taiping. 556. Taman nombor tidak dikenali itu memberi lokasi. "Macam tahu-tahu je aku tengah serabut pasal location sekarang." Kata Husna lalu ambil kunci kereta Innova miliknya dan berlalu pergi menaiki kereta.

Setianya di tempat yang dihantar oleh nombor tersebut Husna tidak nampak mana-mana lelaki seperti menunggu seseorang. "Aku kena tipu ke ni?" Husna mengeluh, ni yang dia tak suka. Tiba-tiba dia dengar suara lelaki yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum are you Miss Husna?" Husna toleh kebelakang dan tergamam. Dia melihat seorang lelaki tinggi dengan berpakaian pakai khas untuk menaiki motorbike dan Husna terlihat motorbike Black Yamaha R1.

"Ye, saya Husna. Ini lelaki yang mesej saya ke?" Husna bertanya dan lelaki itu menganguk. Dia merasakan lelaki itu tersenyum Sinis kepadanya membuat Husna tidak keruan.

"Yes" jawab lelaki itu ringkas dan padat.

"Jadi, kenapa awak nak jumpa saya?" Husna melihat lelaki itu, boleh tahan juga. Ada Aura Dominance dan interactive.

"I'm Faris Iskander, I want to propose to you Husna" Kata Faris berjaya membuat Husna tergamam. Meminang? Dia ingat kawin ni main-main ke?







Nantikan bab 2 yang akan datang! Vote and comment! Stay tunned! Sorry to kept you all waiting. Love from writter. ❤️

Estelle_Rose3

COMMANDO'S | OG | LATE UPDATE |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang