Chapter 41 [Paris, 2]

4.2K 196 67
                                    

Hari kedua di Paris, Elle masih lagi berada di bakeri milik Hannah. Kesempatan ini juga diambil oleh Nicholas dan Aryan untuk meluangkan masa bersama setelah hampir 6 tahun tidak bertemu. Elle menunduk melihat baby Coco yang sedang berada dengan dunianya di pangku Elle itu. Elle senyum. Coco menoleh ke arah Elle.

Elle turut menoleh ke arah Berry yang berada di dalam stroller itu. Elle tersenyum.

"Hai." Elle menyapa mereka berdua. Coco tersenyum manakala Berry pula tersengih. Aww, gigi dua batang. Elle menyapa mereka lagi dan ketawa. Coco yang berada di pangkuan Elle itu  mengagah dan menyahut agahan Elle. Elle senyum. Elle mendirikan Coco. Kaki Coco memijak perut Elle namun perlahan. Elle menunduk dan melihat ke arah Coco. Is it?

Elle tersenyum.

"Dia ada kawan barulah." Kata Elle sambil mencium pipi Coco sebelum kembali mendudukan Coco dan menghulurkan mainan ke arah Coco.

“Berry pun nak juga?” Tanya Elle dan sedikit menunduk ke arah stroller itu. Elle mencubit perlahan pipi tembam Berry itu.

Elle kemudiannya mencium kepala Coco sebelum tangannya mengambil macaron berperisa Strawberi itu dan dia mengunyah macaron itu dengan teruja.

"Hai Elle. Sorry sebab buat awak tunggu lama." Kata Hannah sambil dia mengambil Coco di riba Elle. Elle hanya senyum dan menggeleng.

"Tak apa. Saya faham. Saya pula yang menyibuk dekat sini." Kata Elle.

"Mana ada. Saya lagi suka. Sebab apa? Sebab saya puas dapat cakap Bahasa Melayu dekat sini." Kata Hannah. Elle tertawa dan mengangguk. Tangan Elle sambil-sambil itu menepuk perlahan kaki Berry di dalam stroller itu. Mereka berborak bersama.

"By the way, petang ni awak dengan Signore ada plan apa-apa ke?" Tanya Hannah. Elle berfikir sebelum dia menggeleng lagi.

"Rasanya macam tak ada lagi. Why?" Tanya Elle sambil mengigit Macaron berperisa kopi pula.

"Great. Come join us. Saya dengan Aryan plan untuk pergi picnic petang ni. Saya tutup awal harini. That's how we spend our time together usually in weekend. Lepas je Aryan selesai solat jumaat, saya akan tutup kedai saya. Then we spend our family time together." Kata Hannah.

"Wow, macam best je dengar. Tapi tak apa ke kalau saya menyelit. Takut pula menyibuk."

"Mana ada. Lagi bestlah. Biasanya makin ramai, makin best. Jomlah. I'm planning to make Vietnam Rolls."

"Vietnam Rolls?"

"Yeah. Shrimp, sausages and vegetables. Wrap with Rice Paper." Kata Hannah. Elle kemudiannya mengangguk. Macam pernah dengar je. Tetapi Elle terlupa. Malaysian food?

"Mama." Elle tersenyum ketika mendengar suara Flurry yang memanggil Hannah. Flurry baru sahaja pulang dari sekolahnya.

"Hai anak Mama. How was your day?" Tanya Hannah sambil memeluk Flurry. Flurry tersenyum sebelum dia menunjuk kertas lukisannya kepada Hannah.

"Ayini, Plurry kenya yukish tambar kita. Nyengok nyi. Nyi Mama. Nyi Baba. Nyi Plurry. Nyi Coco tengan Beyyi. (Harini, Flurry kena lukis gambar kita. Tengok ni. Ni Mama, Ni Baba, Ni Flurry. Ni Coco dengan Berry)" Petah Flurry berkata. Hannah terharu dan melihat anaknya. Walaupun hanya gambar lidi, namun lukisan itu sungguh cantik dan berseni. Hannah tersenyum dan mencium kepala Flurry.

"Pandai anak Mama ni." Kata Hanna. Flurry tersenyum sebelum dia melihat ke arah Elle.

“Beyyi?” Elle bertanya. Hannah kemudiannya tertawa.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now