"Anna."
"Awak Annabella kan?" soal lelaki tersebut.
Ada lesung pipit yang cukup dalam di kedua belah pipi milik si lelaki tersebut saat tersenyum lebar.
"Fahreen?" Annabella pula memanggil nama tersebut.
Lelaki di hadapannya yang Bernama Fahreen makin tersenyum lebar.
Seketika pula Jannah mendekati bersama Erwan.
"Anna. Kau okey tak?" soal Jannah. Sedikit cemas.
Cemas sehingga menilik ke tubuhnya mahu tahu ada luka tau lebam.
"A-aku okey.. aku okey." Balas Annabella. Sedikit tergaga-gagap.
Lelaki yang masih berada di hadapan mereka tidak lari daripada memandang kepada mereka.
Jannah yang perasan akan kehadiran lelaki tersebut langsung berbisik kepada Annabella bertanya siapakah lelaki tersebut.
"Siapa dia Anna?" bisik Jannah.
Mungkin bisikkan Jannah terlampau kuat belum sempat Annabella mahu memperkenalkan. Lelaki terbut terlebih dahulu memperkenalkan dirinya.
"Hai. Nama saya Fahreen Ahmad. Selamat berkenalan." Fahreen memperkenalkan diri lalu berjabat tangan bersalaman dengan Erwan di samping Jannah.
"Dia dokter." Ujar Annabella.
Sebelum lebih banyak soalan di tanya lebih baik dia jawab terlebih dahulu.
"Bila masa korang kenal? Anna tak pernah cerita pun." Soal Jannah sambil beralih memandang kepada Annabella.
"Setahun yang lepas. Dekat Setahun setengah sebenarnya kami dah berkenalan." Jawab Fahreen.
"Oh..." Respon Jannah.
Apabila merasakan mereka sudah tiada topik perbualan Annabella segera bersuara.
"Jannah. Jom. Kata tadi nak pergi makankan. Cepat pergi. Cepat selesai .Cepat balik." Nyata Annabella memperingatkan.
"Ha...okey. Eh kejap." Seketika Jannah berpaling kepada Fahreen.
"Fahreen. Awak free ke sekarang?" soal Jannah langsung.
Sedikit mengangguk Fahreen menjawab. "Free. Kenapa?" soalnya.
"On timing. Kitorang nak pergi makan. After that, nak pergi cari barang hantaran. Memandangkan awak free nak joing kitorang tak? Sekali boleh temankan Anna. Kesian...dia sorang-sorang kena tunggu kami." Ujar Jannah Panjang lebar.
Intinya, gadis tersebut sedang mengajak Fahreen untuk mengikuti mereka bersama.
"Bo-leh ke?" soal Fahreen perlahan-lahan memandang kepada Annabella untuk minta persetujuan.
"Aku tak kesah." Dengan bersahaja Annabella membalas.
"Okey. Jom." Setelah itu mereka berempat jalan bersama.
Lanjut, setelah makan dan berbual itu dan ini di sini lah mereka mulakan perjalanan sekeliling pusat beli-belah tersebut mencari barang serta bahan untuk hantaran.
Sementara menunggu Erwan dan Jannah mencari barang mereka. Fahreen dan Annabella berbual ringan di luar kedai.
"So. Berapa lama awak dah balik Malaysia?" soal Fahreen pertama yang membuka topik perbualan mereka.
"Semalam. Kalau awak? Soal Annabella pula setelah menjawab.
"Dah sebulan. Saya kerja dekat hospital area Putrajaya." Nyatanya menjawab dan memberitahu letak tempat kerjanya.
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...