BAB 8

570 29 0
                                    

Tok...tok...tok...

Ketukkan di pintu membuatkan pengemasan Annabella terbatas. Dia berpaling memang kepada pintu utama tersebut.

Dia kerutkan dahi.

"Siapa yang ketuk-ketuk pula ni?" soalnya.

Mahunya marah. Tapi dia teringat rancangannya akan tertanggu jika dia menunjukkan emosinya sekarang.

"Sabar ye Anna. Sabar..." dengan sesabarnya itu dia berjalan dan langsung membuka pintu bilik utamanya itu.

Setelah pintu di buka langsung muncul orang yang mengetuknya.

Seperti yang di jangka.

"Della. Kenapa?" soal Annabella berbasa-basi.

Matanya beralih melihat kepada apa yang berada di tangan kanannya Aydella.

Sepasang dress hitam?

"Ini Della nak kasi akak baju ni. Untuk pakai hujung minggu ini. Akak tak lupakan kita ada makan malam dengan bakal suami Della." Ujar Aydella sambil menghulurkan dress hitam yang sudah di pakai hanger tersebut.

"Tak. Akak tak lupa. Sebab itu akak balik ke sini kan." Balas Annabella.

Tapi dia tidak langsung mengambilnya melainkan menyoal.

"Tapi Della akak rasa. Akak pakai baju akak jela. Lagi sesuai dengan style akak. Della ambil balik okey." Dengan sesopannya Annabella menolak.

Wajah ceria itu langsung cemberut.

"Alah...akak. Penat tau Della carikan baju ini untuk akak. Della puas cari dress paling sesuai dengan akak. Rugi kalau akak tak pakai sebab itu akan buat akak makin cantik! Della nak lah tunjuk dekat bakal suami Della yang Della ada kakak cantik." Ujar Aydella Panjang lebar.

Yang....ternyata tidak membuat Annabella terpancing. Tapi di sebabkan ini seakan salah satu helah permainan Aydella.

Dia harus jalankan jugakan.

"Okey. Akak ambil." Perlahan dia mengambil. Dan kini baju tersebut sudah bertukar tangan.

Seakan di perbodohkan Annabella berpura-pura suka dengan pakaian tersebut.

"Cantik juga Della. Terima kasih." Ucapnya sambil ralit melihat kepada dress hitam tersebut.

"Sama-sama akak." Balas Aydella dengan senyuman cerianya yang kembali.

Tengok! Jelas-jelas ini salah satu rancangan Aydella ini mengenakannya.

'Tak apa Anna. Jalankan dahulu.' Dia juga tersenyum lebar.

"Okeylah. Mendangkan akak dah terima dress ni Della pergi dulu. Jangan lupa tahu Della nak akak pakai dress ni makan malam hujung minggu ni okey. Janji." Jari kelingkingnya di sorokkan ke Annabella memberitahu dia harus berjanji dengannya.

Seakan bodoh Annabella hanya menuruti sahaja tanpa membalas apa-apa lagi.

"Okey. Akak janji." Balasnya sesaat jari kelingking mereka bertaut.

Dan langsung pisah. Setelah itu, barulah Aydella pergi daripada bilik Annabella dan meninggalkan nya sendirian.

Lalu dengan sesegera mungkin Annabella langsung menutupi pintu tersebut terus sahaja mengunci pintu biliknya itu.

Dress hitam itu di pandangnya.

"Dia memang sengaja nak Malukan aku." Ujar dia menilik pakaian yang sangat lah pendek tersebut.

Tidak langsung mencermintakn ciri-cirikan dirinya. Pendek di bawah dan mahu yang terdedah.

"Kau nak main helah dengan aku Aydella. Okey. Aku akan ikut permainan kau." Ujar dia.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now