"SAYANG..." Suara Nadhif ketika ini sangat perlahan. Dia bagaikan tenggelam dalam dunianya sendiri. Penglihatannya pada wajah kaku Arisya semakin kabur dek air mata yang tidak putus mengalir.
Dada Arisya ditekan sekali lagi. Semakin lama semakin agresif.
Dua bantuan pernafasan.
Diulang.
Masih lagi sama.
"Arisya bangun!" Jeritan bercampur esakan yang keluar daripada mulut Nadhif menyebabkan Arfan bangkit dan menarik tubuh lelaki itu ke dalam pelukan.
"Zafran dah! Dah!"
"Adik kau tu Fiq!" Nadhif masih lagi tidak berputus asa, ingin melakukan bantuan pernafasan buat kesekian kalinya.
"Aku tau! Aku tau tu adik aku tapi kita dah tak boleh buat apa." Pandangannya dilemparkan ke arah adiknya yang terbaring lemah tidak jauh dari tempat mereka berdua.
"Tak, tak. Aku masih dapat tangkap lagi deruan nafas dia tadi." Sekali lagi Nadhif ingin meloloskan diri daripada pelukan abang iparnya.
"Okay..." Akhirnya perlahan-lahan Arfan meleraikan pelukan mereka sebelum dia mengikut jejak langkah Nadhif ke arah tubuh adiknya.
Nadhif kembali bercangkung di sebelah Arisya sebelum dia menarik nafas sedalam-dalamnya bagi mengumpulkan kekuatan.
"Ya Allah..."
"Lā haula wa lā quwwata illā billāhil 'aliyyil azhīm."
Dengan tangan yang menggigil teruk, Nadhif memberikan dua bantuan pernafasan kepada isterinya.
Tolong...
Tolonglah bangun Arisya.
"Uhukkk!"
Kelopak mata Arisya terbuka luas sebelum dia memuntahkan sisa air laut yang tersekat di dalam peparunya. Tekaknya terasa sungguh perit saat ini.
Hampir terduduk Nadhif apabila melihat isterinya yang kembali sedar. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan rasa syukur sebelum dia cepat-cepat menepuk lembut belakang badan Arisya yang sedang terbatuk-batuk itu.
Apabila gadis itu kembali tenang, barulah Arisya dapat membalas pandangan Nadhif disebelah.
"Sayang okay?" soal Nadhif risau. Perlahan-lahan dia memegang bahu Arisya, tidak mahu menyakiti gadis itu.
Arisya mengangguk sekilas dan tubuh Nadhif terus didakap erat sebelum gadis itu menangis teresak-esak.
"Shhh, you're okay. We're okay. Jangan nangis sayang," pujuk Nadhif lembut walaupun dia juga sedang menahan diri daripada menitiskan air mata.
Arfan melepaskan nafas berat sebelum birai matanya dikesat perlahan. Syukur yang adiknya sudah sedar.
"Zaf, nah." Wildan menghulurkan shawl milik Arisya. Sejurus sahaja dia membantu Arfan naik, Wildan terus bergerak menjauhi mereka kerana dia tidak mahu melihat rambut Arisya yang terdedah.
Apabila dia mengorak langkah ke arah satu bilik dia ternampak tudung shawl yang elok terdampar di atas lantai bilik tersebut. Dia hanya meneka bahawa tudung itu milik Arisya kerana Wildan ada terserempak dengan Fayyad dan Nadira tadi dan isteri rakannya itu sudah mengenakan tudung.
Apa ingat dia tak tau ke tu tudung shawl?
"Abang..." panggil Arisya perlahan. Gadis itu hanya membiarkan sahaja Nadhif mengemaskan tudungnya agar rambut Arisya tidak terdedah.
"Ya sayang." Pipi Arisya dielus lembut.
"Haa sudoh sudoh, aku ada lagi kat sini ni." Arfan tayang muka jengkel. Sikit-sikit je ea. Tolong hormat orang single.
Buat drama TV3 pulak geng.
"Boleh bangun tak ni?" soal Nadhif kepada isterinya.
"Zaf, aku tengok kau pun parah jugak luka ni, takut kau yang takleh bangun," seloroh Wildan sambil memandang ketuanya atas bawah.
Betul kata Wildan, setelah nafasnya kembali normal dan suasana sudah tidak terasa tegang, Nadhif mula rasa sakit di seluruh tubuh badan terutamanya pada torehan di belakang badannya.
"Takpe biar aku papah adik aku, Wildan, kau tolong Zaf." Arfan mengeluarkan kata putus.
Wildan hanya menurut lalu tangan Nadhif dibawa ke bahunya untuk memapah lelaki itu ke helikopter. Arfan yang tidak betah melihat adiknya yang berjalan seperti dalam kesakitan terus mencempung tubuh gadis itu.
Mereka berjumpa dengan Fayyad dan Nadira di bahagian barat dek kapal.
"Oh my god Fiya! Is she okay?" soal Nadira kepada Arfan.
"I'm okay Nad." Bibir pucat Arisya mengulum senyuman tipis. Bawah perutnya terasa pedih, mungkin disebabkan gastrik dek terlalu lama menahan lapar.
Apabila berada di dalam pengangkutan udara milik tentera tersebut, sakit di bawah perut Arisya kian menjadi. Gadis itu mengesot sedikit ke arah Nadhif dan kepalanya diletakkan di bahu suaminya.
"Gorgeous okay?" Nadhif tunduk sedikit untuk melihat wajah Arisya.
Pucat semacam je. Kenapa ni?
"Okay," balas Arisya pendek sebelum lengan Nadhif dipaut dan dipeluk erat.
Mereka berempat hanya berdiam diri semasa perjalanan pulang ke pangkalan. Wildan dan Arfan pula bertugas untuk menjaga senjata api haram itu sehingga maklumat seterusnya diterima.
Dahi Arisya sedikit berkerut dek menahan sakit dan peluh dingin juga keluar di dahi. Namun, dia tidak mahu merisaukan Nadhif lagi jadi dia memilih untuk tidak berkata apa.
Nafasnya turun naik dan mata Arisya semakin lama semakin memberat. Pautan lengan gadis itu pada Nadhif juga semakin longgar sehinggalah dia tidak sedarkan diri buat kali kedua.
Sangka Nadhif, pautan lengan isterinya itu longgar kerana Arisya sudah tertidur kepenatan. Ditarik tubuh Arisya merapati dadanya.
Namun sangkaannya meleset apabila suara Nadira menerjah gegendang telinga.
"Zaf! Darah!" Nadira menunding jari ke arah celahan seluar Arisya yang sudah dibasahi dengan darah.
"Ya Allah!" Nadhif menyeru Arisya beberapa kali namun tidak bersahut. Wajah yang sudah sedia pucat itu dipandang cemas.
"Kejap..." Nadira kembali bersuara.
"Arisya pregnant ke?"
"Haa?!" Terbeliak mata Nadhif mendengar soalan yang dilontarkan oleh Nadira.
Fayyad juga memandang isterinya dengan riak wajah terkejut. Boleh pula Nadira melontarkan soalan seperti itu di saat cemas begini.
Tubuh Arisya yang terkulai lemah di dalam dakapannya dipeluk erat. Celahan seluar isterinya yang sudah bertukar warna dipandang dengan titisan air mata yang mengalir deras.
"Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini. Aku masih belum bersedia untuk kehilangannya," bisik Nadhif dalam esakannya.
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.