Saya selalu dapat soalan begini,
"Sis, macam mana nak jadi famous kat wattpad? Macam mana nak bagi orang baca cerita kita? Saya dah seminggu publish chapter 1, tapi ada beberapa orang je yang baca😔. Saya tak famous macam Cz. Takda semangat nak tulis kalau tak ada orang baca."
Kepada penulis baru di wattpad, sebelum saya ada banyak followers, saya juga bermula dengan 0 followers. Tambah pula waktu itu aplikasi tiktok masih belum wujud untuk viral/iklankan cerita kita.
Jadi macam mana pembaca nak kenal saya?
Pertama sekali, semasa kali pertama saya masuk wattpad. Niat saya bukan nak famous, bukan nak kejar pembaca yang ramai. Saya tulis sebab saya minat. Saya suka baca cerita sendiri🤣. Saya tak kesah cerita saya ada orang baca ke tak.
Nak dijadikan cerita, selepas 1 ke 2 tahun macam itu. Tiba-tiba cerita pertama saya iaitu "Aku Gangster Kau Polis." dapat sambutan pembaca. Tak ramai. Dalam 10 orang je.
Tapi saya dah rasa seronok gila. Bagi saya cerita tu cuma cerita klise. Entah dimana seronoknya, tiba-tiba views cerita tu makin meningkat. Followers juga makin bertambah. Saya pelik.
'Macam mana cerita ni boleh tarik ramai pembaca sedangkan saya tak pernah promote atau ada peminat sebelum ni?' Dan bila saya fikir balik, saya rasa saya tahu jawapannya.
Followers bukan tarikan pertama untuk tarik minat pembaca. Kalau cerita awak menepati cita rasa pembaca, tak perlu promote pun mereka sendiri yang akan berkongsi dengan rakan-rakan mereka tentang cerita awak.
Dan lagi satu, kelainan dalam sesebuah penceritaan. Kadang kala pembaca nakkan sesuatu yang berbeza. Kalau dah banyak cerita pasal anak ceo bercinta dengan perempuan kampung, awak buatlah kelainan yang lagi bagus daripada tu. Sebab pembaca juga mudah bosan dengan jalan cerita yang sama. Kadang-kadang itu boleh jadi punca kenapa cerita awak tak ada yang tertarik untuk baca.
Dan awak nak tahu kenapa awak cepat hilang semangat untuk terus publish? Sebab niat pertama awak tu dah salah. Awak tulis Sebab awak nak kejar nama. Awak nak jadi famous macam orang lain.
Bila mana awak letak tujuan tu paling atas, awak akan mudah rasa mengalah. Sebab apa? Sebab awak kurang pembaca pada permulaan penulisan awak. Bila awak kurang pembaca, awak akan mula terfikir yang tak ada orang minat karya awak. Padahal baru satu minggu berlalu.
Dan akhirnya, awak akan mengalah. Percayalah. Kerana saya juga pernah berada di situasi seperti itu bila saya dah mula terkejarkan views. Saya mudah putus asa Sebab saya tak ikhlas pun nak menulis. Saya cuma nak viral.
Bila trend gangster naik, saya pun tulis cerita pasal gangster. Bila trend ceo, saya tulis pasal ceo. Dah tiada kelainan sama seperti dahulu kerana saya cuma kejar populariti.
Jadi saya ubah pemikiran dan perbetulkan niat saya balik. Saya kembali kepada saya yang dahulu, iaitu tulis kerana minat dan hiburkan pembaca dengan karya saya. Saya percaya, kalau saya tulis dengan ikhlas. Ceritanya juga akan jadi lebih baik.
Tapi Sis, sekarang dah 2024. Kalau tak promote memang orang takkan perasan kewujudan story saya.
Ya, saya faham. Itulah kesukaran zaman sekarang. Penulis susah nak naik kalau tak viral. Sebab itulah, saya izinkan penulis baru promote story mereka di ruangan conversation wattpad saya. Sekurang-kurangnya followers saya boleh nampak kewujudan karya penulis baru.
Itu adalah salah satu cara paling mudah nak dapatkan pembaca. Promote cerita awak dekat tempat yang ramai orang/follow penulis yang ramai pengikut. Mungkin awak tak dapat tarik banyak mata, tapi sekurang-kurangnya awak dapat tarik 1-3 orang yang sedar kewujudan karya awak.
Dan belajar buat cover sendiri. Simple pun tak apa. Janji menarik. Buat cover ni tak susah pun kalau rajin search YouTube. Janganlah terus buat cover yang gempak, memang takkan jadi. Buat yang biasa-biasa aje dulu.
Contoh ni cover saya yang dahulu.
Ini yang sekarang:
Penulisan dahulu:
Tak payah baca, rabun kang. 😮💨
Penulisan sekarang:
Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit. Kan? Sebelum nak berjaya, kenalah rasa susah dahulu.
YOU ARE READING
TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAH
Non-FictionTak tahu cara nak tulis ayat? susah nak fikir ayat yang sesuai? Tak faham maksud? Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel? Paling simple dan paling mudah untuk bagi pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan. saya boleh kongsikan!