Dring...dring...dring...
Bunyi telifon milik Annabella berdering membuatkan si gadis yang masih Menyusun pakaiannya di dalam almari kosong tersebut terhenti.
Lalu berpaling dan mendekati kepada telifon pintarnya itu.
Telifon di ambil dan terus menjawab panggila tersebut.
"Baru tadi kita jumpa. Kau dah rindu aku cik Jannah?" nyata Annabella
Bercekak pinggang di sisi kiri sambil tangan kanan masih memengang telifon di telinga.
"Aku risau lah dekat kau Anna. Macam mana? Kau okey tak dekat sana? Diorang adad era kau tak?" soal Jannah bertubi-tubi itu dan ini.
Dan itu membuat Annabella tersenyum ketawa dengan tingkah Jannah yang risau berlebihan dengannya itu.
"Kau tak payah risau lah dengan aku. Mana ada diorang berani macam-macam dengan aku." Balas Annabella.
Dengan tenangnya dia berkata sambil itu dia juga berpaling untuk mengemas pakaiannya lagi sambil berbual dengan si gadis.
"Kau boleh tenang eh. Aku ni dah macam cacing kepanasan teringatkan kau dekat rumah tu. Macam takt ahu keluarga mak cik kau sendiri tu?" nyata Jannah.
Menyatakan kenyataannya. Benar memang benar.
"Aku tak kesah pasal diorang lah. Insyalla aku boleh tandangi diorang tanpa terjadi apa-apa." Balas Annabella.
Satu persatu pakaian di masukkan ke dalam almari.
"Okeylah...okeylah...ikut suka kau lah. Tapi ingat aku tak nak kau sembunyikan apa-apa pasal keadaan kau. Kalau diorang tengking kau sikit je bagitahu aku terut, biar aku ajar diorang!" ujar Jannah.
"Ye..ye.." balas Annabella singkat.
"Itu je ke kau call aku. Ada apa-apa lagi?" soal Annabella.
"Ah..sahaja je nak call. Tapi akua da juga tujuan juga call kau." Balas Jannah.
"Ada apa?" soal Annabella.
"Esok kau weekend aku nak ajak kau keluar. Memandangkan hujung bulan ni kan majlis nikah aku. Ada barang hantaran yang aku kena tambah lagi. Tambah dengan fitting baju nikah aku dengan baju pengapit." beritahu Jannah.
"Aku boleh-boleh je." Balas Annabella ringkas.
Mahu menolakpun, memang dia juga harus ikutkan lagipula dia lah merupakan pangapit untuk Jannah mahu tidak mahu dia setuju sahaja.
"Okey! Cun. Esok pagi aku dengan Erwan datang ambil kau okey." Ujar Jannah.
"Okey. Set timing. Senang aku nak bersiap tak tunggu lama memasing." Balas Annabella.
"Okey dokey. Aku confirm dengan Erwan secepatnya aku update time pada kau." Ujar Jannah.
"Okey. Aku tunggu." Balas Annabella.
Setelah berbual itu dan ini pada akhirnya mereka memutuskan panggilan. Annabella pula kembali mengemas barangannya.
"Simpan sikit sahaja lah. Bukan akua da dekat sini lama pun." Ujar dia sendirian.
Tok...tok...
***************************
Kenderaan berjenama Mercedes benz GLE-Class hitam pekat berhenti tepat di hadapan bagunan percakar langit tersebut.
Dan beberapa Ketika ada seseorang keluar daripada rumah tersebut.
Tambahan di sambut oleh beberapa Wanita serta lelaki berjas yang cukup memberi gambaran itu merupakan pekerja yang menyambut boss atau ketua mereka.
Seorang lelaki muda berjas hitam seluruh tubuh serta bertali leher merah berjalan melalui jajaran manusia yang menyambutnya itu.
Dan apa yang kedengaran di sepanjang perjalanan adalah satu panggilan atau gelaran.
"Selamat pagi Tengku."
"Tengku."
"Selamat kembali Tengku."
"Selamat sejahtera Tengku."
Semua ucapan itu di berikan tapi balasannya hanya dengan wajah kosong yang sangat tidak beraksi.
Sejurus perginya figura yang cukup dingin itu ada beberapa mulut mulai berbicara apabila merasakan situasi sudah kembali seperti biasa.
"Dah dekat 2 tahun. Bos kita tu muka masam. Dingin semacam takut aku." Ujar seorang pekerja Wanita.
"Sebab itu lah ramai orang panggil dia Mr Dingin. Dingin dia lebih pada kutuk utara." Sambung seorang perkerja Wanita lainnya.
"Seram lagi bila dia dah buka mulut. Lagi dingin wey!" kali ini pekerja lelaki pula yang berkata.
"Muka sahaja handsome. Tapi serius sahaja 24jam!"
"Setuju!" semua mereka menyambut bersama-sama.
Sejurus setelah itu mereka terus bubar daripada berbual. Takut-takut tertangkap basah berbicara soal bos mereka mahu di berhentikan tanpa menyoal!
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...