2 tahun berlalu...
23 Jun 2020, Malaysia.
Telifon yang berada di poket baju di ambilnya lalu mendail nombor seseorang.
Bagasi kecil yang ada dengannya di biar berada di sampingnya.
Untuk beberapa deringnya akhirnya talian bersambung juga.
"Ya allah Anna!!!!!!!!!" hampir bernanah telinga Annabella mendengarkan itu.
"Aduh sakit telinga aku lah kau ni daripada dulu. Kalau tak menjerit tak sahkan." Ujar Annabella.
Bukannya marah pun. Malah dia tersenyum mendengarkan jeritan terujanya Annabella tersebut.
"Aku dah sampai. Kau jadi tak nak datang?" soal Annabella.
"Mesti. Mestilah aku datang. Takkan lah aku tak datang ambil kawan terbaik aku ni. Kau dekat pintu berapa biar aku tunggu saya terus." Tanya Jannah.
Seketika Annabella berpaling melihat ke sekeliling.
"Ah..aku ada dekat exit 3." Balas Annabella apabila dia Nampak pintu keluar yang paling dekat dengannya.
"Okey kalau macam itu kau pergi dekat sana aku tunggu sana okey." Ujar Jannah.
"Baik cik Jannah." Balas Annabella.
Setelah itu, mereka masing-masing menutup telifon dan Annabella pun perlahan-lahan bergerak pergi ke pintu keluar 3 tersebut.
Ini..kali pertama dia pulang semula ke Malaysia setelah hampir 10 tahun dia di luar negara.
Dan kepulangan dia kali ini bukan tanpa alasan. Alasannya Cuma satu.
"Akak. Della rindu dekat akak. Balik lah ada perkara penting yang Della nak bagitahu akak. Memandangkan akak keluarga kami." Ucapan itu membuat Annabella terfikir.
Tapi setelah di pujuk rayu oleh Aydella berulang kali membuatkan Annabella pada akhirnya luluh juga.
Dan ada juga tujuan lain pada akhirnya dia pulang ke Malaysia.
"Aku nak selesaikan semuanya. Aku nak lepaskan semuanya." Ucapnya dan terus dia berjalan pergi meninggalkan perkarangan lapangan terbang tersebut.
Beberapa Langkah berjalan akhirnya dia tiba di depat pintu keluar nombor 3 tersebut.
Misi dan visinya adalah keutamaannya dan dia harus teruskan. Sehinggalah dia terlepas daripada itu terus lanjut hidup dengan dirinya sendiri.
"Anna!" panggilan itu membuat lamunan kecil Annabella sedar.
Dia tersenyum kecil memandang kepada sosok tubuh kecil yang sedang melambai keluar daripada kereta tersebut.
Dengan senyuman Annabella berjalan mendekati kepada si gadis tersebut. Dan di sambut riang oleh Jannah.
"Ahhh...my bestie!! Rindunya aku dekat kau!" jerit Jannah tanpa tertangguh Wanita itu memeluk Annabella.
Tidak mengatakan apa-apa Annabella hanya membiarkan sahaja Jannah memeluknya.
"Rindunya aku dengan kau. Kau macam mana sihat tak?" soal Jannah sambil membelai-belai rambut depan Annabella yang terurai ke hadapan tersebut.
Annabella mengangguk kecil. "Hummm aku okey. Kau macam mana?" soal Annabella balik.
"Aku macam biasa lah. Lagi-lagi darah manis sekarang...mestilah happy." Riang Jannah berkata.
Siap membuat gaya untuk menunjukkan jari manis yang di satung cincin tunang itu.
"Hummm..patutlah. Tak sangka. Pejam celik. Pejam celik dah dekat 3 tahun kau bercinta dengan Erwan. Sekarang. Dah nak nikah dah." Ujar Annabella.
"Alhamdulliah...aku dapat lelaki yang betul-betul sayangkan aku. Dan setia" riang Jannah katakan.
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...