BAB 60 (AKHIR)

2.9K 71 12
                                    

KATIL bayi didekati. Adyan yang sedang terkelip-kelip memandang babahnya, diangkat. Afif menggeselkan hidungnya pada pipi bayi lelaki itu. Menggeliat kecil makhluk kecil itu kerana kegelian.

Lekukan di pipi kanan dan kiri memunculkan diri setelah Afif tidak henti-henti menggeletek Adyan di atas katil mereka. Seroja tersenyum lebar memandang anaknya itu. Sebiji macam babahnya. Orang putih kata copy and paste!

Cuma, rambut anaknya sahaja seperti rambutnya. Kerinting dan keperangan. Kalau rambutnya macam watak Merida dalam The Brave, Adyan pula seperti Harris iaitu adik kembar Merida. Comel, macam brokoli!

"Fifi, sudah sudahlah main dengan Adyan. Nanti kita terlambat pula," tegur Seroja. Kalau dibiarkan Afif bermain dengan Adyan, sampai ke esok pagilah mereka tidak berhenti.

"Okey sayang. Adyan nak mandilah ni. Janganlah marah," balas Afif dengan suara yang sengaja dikecilkan. Terus baju anak lelakinya itu dibuka.

Malam ini mereka akan ke rumah Syabil. Lelaki itu melakukan majlis bacaan yasin serta jamuan kecil sempena masuk ke rumah baharu. Arif, umi dan abahnya juga telah sampai di sana tengah hari tadi. Mereka bertiga saja yang belum bertolak ke sana.

Selesai menunaikan solat maghrib, mereka sekeluarga bertolak ke Taman Permata. Taman perumahan yang terletak di sebelah taman perumahan mereka. Pandai Syabil dan Afifah merahsiakan perkara ini daripada mereka berdua. Ingatkan nak pindah jauh, rupanya dekat sebelah saja.

Tak sampai 10 minit, Afif dan Seroja telah tiba di rumah teres dua tingkat tersebut. Masuk saja ke dalam, tetamu yang lain sudah memenuhi ruang tamu untuk membaca yasin. Beberapa orang surau turut serta pada majlis malam itu.

Seroja mengambil Adyan daripada dukungan Afif. Dia berlalu ke bilik tetamu berdekatan dapur. Kak longnya mengarahkan Seroja untuk menidurkan Adyan di dalam bilik. Tiba-tiba saja anaknya meragam tadi. Mungkin kerana tidak terbiasa dengan orang ramai.

"Seroja..." Pintu bilik dikuak perlahan dari luar. Afifah mendekati adik iparnya yang sedang berbaring di sebelah bayi lapan bulan itu.

"Jom makan. Semua orang dah nak siap makan kat luar," tutur Afifah. Tetamu-tetamu lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jam di dinding dipandang. Sudah hampir pukul 10 rupanya. Lama betul dia menidurkan Adyan sebentar tadi kerana anak itu tidak mahu melelapkan matanya selepas menyusu.

Pipi gebu Adyan dikucup sekilas sebelum dibawa ke dalam dukungan. Bahaya tinggal anaknya berseorangan di dalam bilik ini.

"Jom."

Syabil, Afif dan Naufal yang rancak berborak dengan Haji Manaf dan tetamu yang lain, didekati Seroja. Afifah pula ke dapur ingin membantu uminya mengemas.

"Nak makan apa, aku ambilkan." Afif bangun daripada duduk dan menyuruh isterinya untuk duduk.

"Saya nak tembikai dengan kuetiau sup."

Sejurus itu, Afif berlalu ke dapur ingin mengambil makanan buat isterinya. Pinggan berisi tembikai dan mangkuk berisi kuetiau dibawa ke hadapan. Afif menarik satu kerusi kosong, dan duduk di hadapan Seroja.

"Buka mulut," arah Afif.

"Ehh, biarlah saya makan sendiri. Ramai orang ni. Malulah," balas Seroja.

Afif sudah menjegilkan matanya. Sekali lagi dia berkata, "biar aku suapkan, kesian isteri aku ni penat jaga Adyan."

Tak mahu melawan, dia turutkan saja kemahuan Afif.

"Elelele, sawitnya pengantin lama kita." Naufal mengusik.

Afif yang sudah memberi jelingan maut kepadanya, diabaikan.

"Kau diam. Sibuk saja."

"Biarlah, mulut aku."

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang