BAB 55

1.1K 44 2
                                    

PEJAM celik, pejam celik, dua minggu sahaja lagi dia akan bersalin. Perut dielus dengan lembut sambil mulut tidak henti-henti bercakap dengan bayinya.

Afif yang hanya sekadar memerhati Seroja dari cermin sejak tadi, berjalan mendekati Seroja setelah selesai merapikan rambut dan pakaiannya.

"Assalamualaikum Adyan, anak soleh babah dan sayang. Jaga sayang babah ni elok-elok ya. Jangan bagi dia buat kerja lasak sangat. Babah balik lewat harini. Tak boleh nak pantau sayang Adyan. Duduk baik-baik ya dekat dalam tu. Tak sabar babah nak jumpa dia," kata Afif sambil membelai perut besar isterinya.

Ciuman dihadiahkan seketika buat si bayi. Tidak lupa juga untuk si isteri. Dahi Seroja menjadi sasarannya.

Seroja memeluk kejap tubuh Afif.

"Sudahlah, jangan lama-lama. Makin rindu aku nanti dekat Bunga dengan anak teruna kita ni. Tak jalan kerja di pejabat nanti." Afif mengusap rambut Seroja lalu mengikatnya dengan kemas.

Seroja hanya tersenyum lebar melayan telatah Afif. Itulah perangai Afif yang perlu dia hadap semenjak mengandung. Makin kuat membebel dan tegas. Tapi, suaminya juga makin manja dengan dirinya.

Seroja suka!

"Kak long dengan Adib nak datang pukul berapa?" soal Seroja.

"Syabil kata lepas asar nanti baru dia hantar kak long dengan Adib. Lepastu, kami berdua kena berkumpul semula di pejabat. Aku tak balik makan tengah hari tau harini. Bunga tak payah susah-susah masak. Nanti aku orderkan makanan untuk Bunga dan kak long sekali. Duduk saja diam-diam dalam bilik. Baca novel tu sampai habis," arah Afif.

Seroja mengeluarkan muncung itiknya. Tak akanlah nak keluar dari bilik pun tak boleh?

"Tapi... Bunga nak marathon drama dekat bawah. Tak nak baca novel. Dah jemu," balasnya dengan nada merajuk.

Afif menjegilkan matanya. Sengaja mahu mengusik Seroja. Isterinya hanya menunduk setelah melihat reaksi yang ditunjukkan.

Tiba-tiba, Afif membagul dirinya dengan kemas. Tangan Seroja naik memeluk leher lelaki itu.

"Eh, kenapa ni?" tanyanya dengan pelik.

"Kata nak tengok drama. Aku nak bawa Bunga aku ni turunlah. Kang, kalau tak bagi merajuk pula. Kalau merajuk, aku pandai pujuk. Tapi, kalau mulut tu dah panjang sedepa macam itik, takut pula balik nanti bini manja aku ni jadi itik jadian. Susah pula aku nak tukar kembali," seloroh Afif. Dia mentertawakan Seroja dengan kuat.

Seroja mencubit bahu Afif dengan kuat. Geram!

"Auch, sakit sangat!" Ketawa Afif meletus sekali lagi.


"HEI! Apa ni tarik-tarik? Sakit tahu tak?!" suara Alisha yang menjerkah kuat menyebabkan orang ramai yang berada di hadapan kelab malam itu menoleh ke arah mereka berdua. Dia merentap tangannya kembali. Aidil dipandangnya dengan tajam.

"Sayang, siapa lelaki ni?" soal seorang lelaki yang baru tiba dan memeluk bahunya.

"No one, baby. You pergilah masuk dulu. Nanti I pergi dekat you, okey?" kata Alisha. Pipi Alisha sempat dikucupnya sekilas sebelum dia berlalu pergi. Alisha tersenyum suka dan menghantar kekasihnya dengan pandangan mata sahaja.

Dia kembali memandang Aidil yang masih berdiri di hadapannya.

"Kau nak apa lagi hah?"

Aidil ketawa sinis. Matanya menatap wajah Alisha dengan tajam.

"Aku punyalah susah payah ikut jejak perempuan tu tiap-tiap hari, kau boleh bersuka ria dekat sini? Kau jangan sampai, aku naik hantu. Waktu tu, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Sampai bila aku kena turut perintah kau ni?" Giliran Aidil pula meninggikan suara.

Urat dahinya timbul, menahan segala rasa yang ada dalam hatinya. Tidak berpuas hati dengan perempuan di hadapannya ini. Dia dan rakan-rakannya sedang bersusah payah menjalankan rancangan mereka, boleh pula Alisha berfoya-foya membiarkan mereka.

"Okey, fine! Kalau kau tak sabar sangat nak balas dendam dekat perempuan tu, malam ni juga kita kenakan dia!" balas Alisha.

Aidil dan Alisha menatap antara satu sama lain sebelum masing-masing tersenyum senget. Mereka sudah tidak sabar mahu melihat perempuan itu merana!

"Jom."


"KAK long, Seroja nak tolong boleh? Please?" pinta Seroja sambil melakukan pai iaitu tangan kanan dan kiri dikepal untuk memberi penghormatan seperti masyarakat bangsa Tionghoa. Sengaja dia berbuat begitu untuk meraih simpati kakak iparnya.

Afifah mengeluh perlahan. Kalau dia tak bagi, kesian. Kalau dia bagi, nanti adik lelakinya membebel pula.

"Bolehlah kak long. Dah lama Seroja tak buat kek. Bosanlah." Kali ini dia memegang tangan Afifah pula.

"Hmmm... ye lah. Tapi, Seroja tolong kak long sukat bahan-bahan saja, Nanti laki Seroja balik, dia nampak bini dia buat kerja berat-berat... habislah kak long kena marah," balas Afifah. Dia berjalan ke almari dan peti sejuk, mengambil bahan-bahan untuk membuat kek.

Malam ini dia bercadang untuk membuat kek cawan coklat. Anak lelakinya, sudah lama meminta dia membuat kek itu. Tetapi hari ini baru dia sempat melayan permintaan anak kecil itu.

"Adib dah tidur ke? Senyap je kat depan tu." Seroja menyoal Afifah sambil mengayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk.

"Sudah. Tadi kak long suruh dia naik bilik, tidur awal. Petang tadi lama sangat bermain dekat luar dengan ayah dia. Kalau tidur tak cukup masa, mulalah dia meragam esok pagi."

"Nah, dah siap." Mangkuk campuran tepung dan serbuk koko itu diserahkan kepada Afifah.

Afifah mencampurkan bahan-bahan yang diayak sebentar tadi ke dalam mangkuk yang berisi gula perang, telur, esen vanila, susu pekat dan cair. Dikacaunya sehingga sebati. Lalu, dituangkan ke dalam cawan kertas di atas dulang acuan itu.

Seroja pula menaburkan cip coklat sebagai penyedap rasa.

"Okey, dah siap! Tak sabarnya nak makan, mesti sedap kek kak long," kata Seroja setelah Afifah meletak dulang dalam ketuhar.

Afifah tersenyum sambil menggeleng kepalanya perlahan. Ada-ada saja adik perempuannya ini.

"Dah, pergi duduk kat depan. Kak long nak kemas ni dulu," arah Afifah. Dia mengutip semua perkakas dan diletakkan ke dalam singki.

"Tak apa, Seroja nak tolong kemas sekali. Ikat-ikat barang dengan lap meja ni bukannya susah pun."

Baru sahaja Seroja mahu bangun, dia terdengar bunyi besi terjatuh.

"Kak long..." panggilnya dengan perlahan. Matanya melekap pada pintu dapur.

Afifah mengerutkan kening. "Kenapa?"

"Kak long dengar tak bunyi tu?" soalnya.

Bunyi? Bunyi apa pula? Tidak pula dia dengar. Mungkin sebab air paip ini terlalu kuat. Afifah menutup pili air itu dan mendekati Seroja.

"Kenapa ni?" tanya Afifah lagi.

"Seroja rasa, ada oranglah kat belakang. Akak tak dengar ke bunyi besi jatuh tadi?"

Afifah menggeleng.

"Kucing kut." Dia menidakkan perasaan Seroja. Ingin menenangkan keadaan. Jam dinding dilihat. Lagi 30 minit suami mereka berdua akan pulang.

Klik!

Sekonyong-konyong, bunyi tombol pintu dipulas dari luar kedengaran. Mereka berdua tersentak.



Hye! I is kambek! Jangan lupa vote ><

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang