Chapter 40 [Paris, Again]

5K 211 137
                                    

"WHAT???"

Elle menjerit dengan kuat. Hampir berdesing juga telinga Nicholas mendengar jeritan Elle. Saat ini, Elle sedang duduk di atas kaunter top dapur mereka. Nicholas pula sedang mengepung isterinya. Nicholas memejamkan matanya sambil memegang telinganya.

"Why are you shouting?" Tanya Nicholas dengan wajah berkerutnya. Elle menutup mulutnya dan melihat sekeliling. Untung sahaja tiada orang di situ. Elle menatap suaminya.

"Sorry abang." Kata Elle.

"But are you sure? Tomorrow? We go to Paris tomorrow?" Tanya Elle lagi. Nicholas mengangguk sambil tangannya mengosok telinganya. Elle menepuk tangannya teruja. 

"Yeay.. Thank you abang." Kata Elle dengan teruja. Nicholas tersenyum lebar. Dia mencium pipi isterinya. Elle tersenyum malu. Dia mengambil sebiji buah Strawberi dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Terpejam matanya ketika terasa masam saat dia mengigit buah Strawberi itu. Nicholas tertawa. Dia menganga. Elle menyuapkan Strawberi itu ke dalam mulut Nicholas. Nicholas dengan sengaja mengigit jari Elle di saat dia mengigit buah itu. Elle terjerit dengan perlahan. Dia menepuk dada Nicholas. Nicholas tertawa. 

"Alang-alang kita pergi ke Paris, apa kata kita pergi jumpa Bella." Kata Elle.

"Bella? Who is that?" Tanya Nicholas.

"Mama Flurry." Kata Elle.

"Ohh... Bella." Nicholas berkata usai dia mengenal siapa yang dimaksudkan oleh Elle sebentar tadi. Nicholas kemudiannya mengangguk.

"Boleh juga. Kalau kita ada masa, boleh je jumpa dia." Kata Nicholas. Elle tersenyum.

"After we back to Paris, we need to fly to Venice. Abang nak tengok progress preparation Nicky dekat sana." Kata Nicholas.

"Wah. Seronok betul macam ni. Esok pergi Paris, lepastu pergi Venice." Elle berkata sambil mengigit buah Strawberi. Nicholas senyum.

"Seronok ya?" Kata Nicholas. Elle tersenyum.

"Tak boleh selalu. Kita kena jaga alam sekitar kita juga. Kerap selalu naik private jet might can effect our sustainability and environment. Jadinya..." Kata Nicholas. Elle mengangguk faham.

"Baiklah Signore yang cerewet." Kata Elle. Nicholas mengecilkan matanya. Elle tertawa sebelum dia mengigit lagi buah Strawberi.

"God, you are eating too much Strawberry , Love." Kata Nicholas. Elle menunduk melihat bekas yang berisi Strawberi itu. Bekas yang tadinya penuh kini tinggal separuh. Elle menelan cebisan buah yang digigit itu sebelum dia menatap Nicholas.

"Saya tak perasan pun yang saya makan sebanyak ini." Kata Elle. Nicholas tertawa. Dia menarik hidung Elle dan dia mengambil sebiji buah itu sebelum dia suap ke dalam mulut Elle.

"It's okay. Strawberry is good for pregnant woman. As long as it can give benefits to you, abang takkan halang." Kata Nicholas. Elle tersenyum sambil mengunyah. Nicholas tersenyum dan dia menyatukan dahinya dengan dahi Elle.

"Why you are so cute, Amore Mio?" Tanya Nicholas dengan geram. Tangannya mencekup pipi Elle dengan geram. Elle menatap Nicholas dengan geram. Mulutnya yang penuh itu terbuka angkara si Nicholas. Nicholas ketawa. 

Elle menepuk kemudiannya mengambil napkin dan mengelap tangannya. 

"Turunkan saya." Kata Elle. Nicholas menurut. Dia merangkul tubuh Elle dan dia meletakkan isterinya dengan hati-hati. Elle tersenyum. Dia mengepit bekas Strawberi itu di pinggangnya dan melangkah meninggalkan dapur. Ya. Dia berpindah ke ruang tamu pula. Nicholas menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia mengekori isterinya. Eh, Elle bukan menuju ke arah ruang tamu sebaliknya ke pintu utama Palazzo mereka. Nicholas mengejar isterinya.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now