BAB 8

16 0 0
                                    

"KITA nak ke mana ni? Perjanjiannya bukan begini, kan?" Hidni naik angin.

Sudahlah kereta ini penuh dengan barang-barang yang Hidni tidak pernah kenal namanya.

Eiii, kenapalah Nafis pilih mekanik jadi suami cina butanya? Bau minyak pun sudah boleh buat Hidni sesak nafas.

"Dah dengar kan tadi? Memang tak ada janji apa-apa. Tapi, kita dah kahwin. Seorang isteri tempatnya di sisi suami. Kau pun tahu kan sebab dah pernah berkahwin." Aydeen memandang Hidni.

Matanya menikam mata Hidni. Hidni melarikan pandangan.

"Tapi, ni hanya kisah cina buta, kan? Kau tak boleh paksa-paksa aku macam ni. Aku nak balik!" Hidni menjerit.

Dia menendang kusyen depan berkali-kali. Hidni tidak kisah jika dianggap kurang ajar pun. Apa yang pasti, dia tidak ikut lelaki ini.

"Memanglah kisah cina buta saja. Tapi, aku tak paksa pun kau kahwin dengan aku. Kau terpaksa ke?" tanya Aydeen sinis.

Hidni terdiam. Memanglah dia setuju, tapi bukan dipaksa ke rumah lelaki yang entah siapa-siapa ini.

"Kita nak ke mana?" tanya Hidni lagi.

Dia mula bimbang apabila kereta yang dipandu lelaki itu masuk ke jalan yang tidak pernah dia lalui. Kiri dan kanan ada pokok getah, membuatkan jalan yang mereka lalui redup saja dan nampak menakutkan.

Dalam kepalanya, sudah terbayang-bayang ada pondok buruk. Adakah memang benar dia akan dihantar ke pondok buruk yang menyeramkan?

"Ke rumah akulah."

"Aku nak balik!" Hidni menjerit sambil cuba membuka pintu kereta.

Aydeen sempat menarik Hidni rapat ke tubuhnya. Mujurlah dia duduk di belakang dengan Hidni. Jika tidak, mungkin Hidni akan terjun dari kereta.

Hidni masih meronta-ronta.

"Kau nak aku buat tak senonoh dalam kereta ke?" Aydeen memegang kedua-dua belah tangan Hidni.

Memandang tajam wajah Hidni. Bukan main lagi rontaannya. Tak padan dengan perempuan.

"Kau nak?" tanya Aydeen lagi. Dengan niat mahu Hidni bertenang saja.

Hidni menghentikan tingkahnya. Tiba-tiba menangis pula.

"Lain kali kalau tak berani masuk sarang buaya, jangan nak cari cina buta. Kau ingat semua cina buta nak lepaskan perempuan yang jadi isteri dia? Tambahan pula janda cantik macam kau..." Aydeen pandang Hidni yang sedang menangis.

Tersembur ketawa daripada pemandu kereta Proton Wira tersebut.

"Gila!" Hidni menjerit.

"Bos, kereta ni macam semput saja. Sempat ke kita sampai ke rumah?" tanya Don yang dari tadi diam saja dengar pasangan pengantin baru itu bergaduh.

Baru satu jam lebih berkahwin, mereka sudah bergusti di dalam kereta.

"Kau pandu sampai rumah juga, Don. Jangan mati tepi jalan. Jatuh standard aku." Aydeen ketawa.

Hidni hanya mendengar dan dia langsung tidak faham apa yang dicakapkan oleh kedua-duanya. Biarlah dia bertenang dan mereka pun akan tenang.

Selepas itu, dia akan cuba terjun sekali lagi.

Perjalanan mereka hanya berselisih dengan beberapa buah kereta saja. Nampak sangat jalan ini jarang dilalui oleh orang. Selebihnya, jalan itu kosong kiri dan kanannya.

Hidni tidak kira, dia mahu terjun juga. Biarlah badannya sakit pun, asalkan dia dapat larikan diri daripada lelaki-lelaki gila ini.

Pintu dibuka. Kereta yang laju tidak difikirkan lagi, apa yang dia tahu hanya mahu terjun. Akhirnya, Hidni terus terjun dari kereta.

LELAKI YANG KAU PILIHWhere stories live. Discover now