BAB 6

18 0 0
                                    

HIDNI turun dari kereta Isya. Dia berdiri di pintu yang masih belum ditutup. Hidni mengenakan kurung moden warna beige. Senada dengan warna selendangnya.

Meskipun hanya mengahwini seorang cina buta, Hidni tetap mahu pakai cantik-cantik. Jatuhlah keanggunannya kalau dia semberono saja.

Nafis menghampiri Hidni.

"Cantiknya awak, Nini." Nafis memuji.

Tak sabar rasanya menunggu si cina buta itu jatuhkan talak. Tak sabar mahu berbulan madu dengan Hidni sekali lagi. Betapa dia amat rindu untuk membelai Hidni lagi.

"Awak pun kacak hari ni. Macam awak yang nak jadi pengantin." Hidni senyum manis sambil mencuit baju Nafis.

Walaupun mereka sedang membelakangkan keluarga, tapi mereka terpaksa kerana cinta. Kalaulah mak Nafis tahu apa yang mereka rancangkan, rasanya terbalik dunia ini.

Walaupun mak Nafis nampak lembut, tapi kadang-kadang percakapan yang keluar dari mulutnya sampai ke tulang putih.

"Amboi, kau orang ingat sikit ya. Ni pejabat agama. Tak payah nak bercinta bagai. Pengantinnya, lelaki lain!" Isya menjerkah.

Dia menjegil kedua-dua bekas pasangan itu.

"Kau ni, tak kasihankan kami ke, Isya?" Nafis menjeling Isya.

Isya hanya mencebik. Malas dia nak layan Nafis. Dia yang buat salah, pandai pula nak suruh Hidni nikah dengan cina buta. Dia? Senang-senang saja. Menunggu bulan jatuh ke ribu. Yang nak kena hadapnya adalah Hidni.

"Mana pengantin tu?" tanya Isya sambil memandang jam di tangan, kemudian memandang Nafis.

"Nanti dia sampailah. Orang naik kereta Wira saja, sebab tulah lambat." Nafis tergelak-gelak.

Masih teringat lagi keadaan kereta Aydeen. Agaknya sempat tak Aydeen baiki kereta tersebut?

"Kau hina orang, Nafis?" tanya Isya.

Geram dengan mulut Nafis yang kadang-kadang menyakitkan hati. Ikut sedap mulut saja nak bercakap. Tak fikir orang terasa ke tidak.

Macam manalah Hidni melekat dengan dia sampaikan tak nampak lelaki lain langsung?

Kalaulah dia di tempat Hidni, tak ingin nak ikut rancangan Nafis. Memang Hidni suka menempah bala. Nak kata bodoh pun, Hidni lebih bijak daripadanya. Tapi itulah, Hidni buta kerana cinta.

"Kalau tak sungguh, aku tak katalah." Nafis angkat keningnya dengan senyuman sinis.

Isya hanya menggeleng. Kadang-kadang dia berdoa semoga jodoh Hidni dan Nafis habis sampai di sini saja. Hidni pun sudah terikut-ikut dengan sikap Nafis.

"Alah kau ni, Isya, chilllah." Hidni menyokong Nafis.

"Ya, kita chill saja. Tengok sejauh mana kau orang nak chill." Isya menjuih.

Tak lama selepas itu, mereka nampak sebuah kereta Proton Wira memasuki kawasan pejabat agama. Pandangan mereka terarah ke situ.

"Tu dah sampai pengantin tu..." Nafis tergelak-gelak melihat kereta itu merayap masuk ke tempat letak kereta.

Sempat rupanya baiki kereta tersebut. Tapi, tak sempurna mana. Hai, kalau namanya orang tak berduit, begitulah lagaknya.

"Kau tengok kereta dia tu. Nak mampus tak mau, nak elok pun segan. Orang yang perlu duit saja akan jadi cina buta." Nafis ketawa lagi.

Lucu betul dia melihat kereta tersebut. Mulutnya muncung lagi walaupun dia nampak tiada lagi kesan remuk di depan kereta tersebut.

"Kau bayar dia berapa?" Isya hanya menggeleng dengan kata-kata hinaan Nafis.

LELAKI YANG KAU PILIHWhere stories live. Discover now