BAB 4

26 1 0
                                    

MUJURLAH walau selepas kemalangan pun kereta itu masih boleh dipandu. Jika tidak, jenuhlah Aydeen kerana ketika kejadian, dia tidak membawa wangnya, malah lesen pun dia tinggalkan.

Sebab itulah dia setuju saja dengan apa yang dicakapkan oleh Nafis. Dia tidak boleh menghubungi sesiapa pun.

Kereta diparkir di ruang kosong bengkel kereta.

"Don..." Aydeen memanggil.

Lelaki yang juga memakai jumpsuit keluar dari ruang bengkel. Dia berjalan laju apabila namanya dipanggil.

"Kau tengok kereta tu." Aydeen muncungkan mulutnya ke kereta Proton Wira tersebut.

"Aik, kenapa remuk ni, bos?" tanya Don, memerhati kesan remuk itu.

"Aku hentam belakang kereta orang." Selamba saja Aydeen memberitahu Don.

"Habis tu, bos okey ke ni?" tanya Don sambil memandang tubuh bosnya itu. Bimbang ada luka di mana-mana.

"Aku okey aje," kata Aydeen.

"Macam mana boleh langar orang ni, bos?" tanya Don, masih membelek kereta.

"Aku tak perasan," balas Aydeen

"Kau tahu tak, disebabkan aku tak mampu nak bayar kerosakan kereta dia, dia tawarkan hal lain pada aku." Aydeen memberitahu Don.

Dengan Don, hampir 90 peratus dia bercerita kerana Don orang yang paling rapat dengannya sejak dia bersekolah rendah.

"Bos tak mampu bayar?" Kening Don bertaut.

Mustahillah. Atas bawah dia pandang bosnya itu, tidak percaya.

"Aku kan keluar sehelai sepinggang. Dah separuh jalan baru teringat aku tak bawa apa-apa. Time tulah aku terlanggar kereta si Nafis tu." Aydeen menyambung.

"Budak Nafis mana yang berani tawarkan sesuatu untuk bos?" tanya Don pelik.

Tak ada lelaki yang mahu berbicara dengan Aydeen yang serius memanjang. Nak tegur pun kena fikir seratus kali. Tapi, kalau sudah kenal, orang akan tahu Aydeen bukanlah sepertimana yang terpancar pada mukanya.

"Dia tawarkan aku jadi cina buta. Kalau aku tak setuju, dia nak aku bayar dia lebih satu kali ganda. Lagipun dia cakap nak repot polis. Gila ke nak biarkan aku ada kes polis? Mati tak bertanda aku nanti..." Aydeen menjegil.

Don ketawa kecil.

"Bos setuju ke?" tanya Don. Menarik pula cerita bosnya ini.

"Aku setujulah. Tapi, aku lupa nak tengok orangnya. Entah-entah kulit macam buah manggis." Aydeen ketawa.

"Bos setuju tanpa tengok muka?!" Don menjerit.

Apalah yang ada dalam fikiran bosnya ini?

"Aku macam berminat sebab dia tawarkan pada orang asing." Aydeen menjawab mudah.

"Hmm, orang suruh kahwin tak mahu pula. Asyik menolak saja. Kesian orang di sana tu..." Don sengih.

"Tu hubungan menjerat diri." Aydeen melangkah.

"Yang bos setuju ni, tak rasa menjerat diri?" tanya Don.

"Yang ni aku rasa aku tak terjerat. Tapi, kalau yang lama, memang aku akan terjerat," kata Aydeen yakin.

Malas berbicara lagi tentang hal yang dibangkitkan oleh Don, dia menuju ke kereta Toyota Hilux yang rosak. Sudah dua hari keretanya itu ada di sini.

Sengaja dia datang sendiri sebab nak tekan mekanik supaya buat kerja dengan cepat. Kalau dengan Don, mungkin mereka boleh berbolak-balik.

Nak dijadikan cerita pula, dia tertolak tong minyak hitam dengan sikunya ketika bangun daripada melihat kerosakan kereta. Habis tubuhnya bermandikan minyak hitam.

Selepas membersihkan diri, dia memakai jumpsuit itu. Kononnya nak pulang tukar baju, terjadi pula insiden kemalangan tersebut.

Aydeen mengeluarkan kad kecil yang diberikan Nafis tadi. Pengarah sebuah syarikat. Dia menyimpan nombor telefon Nafis ke dalam telefonnya. Selepas itu, dia terus menghantar mesej kepada Nafis. Memberitahu dia mahu lihat gambar bekas isterinya.

Dia menanti mesej daripada Nafis. Tidak lama selepas itu, Nafis memberikan gambar tersebut. Gambar perkahwinan. Aydeen menggeleng kerana tidak faham dengan penghantaran gambar tersebut.

Aydeen melihat gambar bekas isteri Nafis. Cantik! Itu saja yang dapat Aydeen cakap. Walaupun jantungnya berdetak laju saat memandang wajah bekas isteri Nafis.

"Don," panggil Aydeen.

Dia menghulurkan telefon kepada Don. Don mencapai dan melihat gambar tersebut.

"Apa motif dia bagi gambar kahwin?" tanya Don.

"Haisy, kau ni tak baca ke mesej dia tu?" Aydeen menjegil Don.

Don sengih. Dah bosnya bagi tengok gambar saja, mana mungkin dia nak baca mesej.

"Bukan kulit manggis ni, bos..." Don berkata, terus ketawa.

"Ya, kulit mat salih." Aydeen ketawa.

"Nanti kau siasat siapa sebenarnya Nafis tu." Aydeen menyuruh Don mengekori Nafis.

Mahu tahu serba sedikit tentang Nafis dan bekas pasangannya. Ada juga kerisauan andainya mereka sebenarnya mengenali dirinya walaupun sebenarnya ramai yang tidak mengenalinya.

"Baik, bos." Don sengih.

LELAKI YANG KAU PILIHWhere stories live. Discover now