"MARI nok ambik barang ke?" Arfan menyoal sebaik sahaja dia melihat wajah Arisya dan Nadhif di muka pintu.
'Tapi kenapa macam serius betul muka diaorang berdua ni? Aku ada buat salah ke?' desis Arfan di dalam hati.
"Actually Fiya nak tunjuk something kat korang berdua." Ditarik tangan suami dan abangnya untuk duduk di sofa rumah sewa milik Arfan itu. Lalu dia mengorak langkah menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik lamanya.
Almari pakaian dituju. Masih ada beberapa helai baju yang belum dipindahkan ke rumahnya dan Nadhif. Tapi ini bukan soal baju!
Jambakan bunga yang diterima beberapa bulan lepas dan kad kecil dibawa turun untuk ditunjukkan kepada dua orang lelaki yang setia menunggu di ruang tamu.
"Bakpe ea?" Berkerut kening Arfan apabila dirinya disuakan bunga tersebut. Ditoleh ke sisi untuk melihat Nadhif namun riak wajah lelaki itu kelihatan tegang sahaja.
Aura Panther keluar tapi timing tak kena. Ini bukan medan perang Nadhif oi!
Arisya mengeluh kecil sebelum dia menceritakan segalanya daripada awal sehingga akhir kepada mereka berdua. Arfan sudah mengeluarkan pelbagai reaksi tetapi Nadhif hanya diam mendengar bicara isterinya.
"Dan mu langsung dok terfikir nok kabo (bagitahu) ke sek aku (kitaorang) pasal mende ni?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Arfan.
"Orang nok kabo tapi dok ingat." Tersebik habis bibir Arisya. Dia juga yang kena.
"Fiq, kau dengar kan apa Raf cakap haritu?" soal Nadhif sebelum rambutnya diraup kasar.
"Of course lah dengar, aku terus cari kau tapi Yad cakap kau dah berdesup lari tinggalkan kitaorang." Terasa bagai ingin luruh jantung apabila adiknya dijadikan bualan antara Kadok dan Rafid pada malam itu. Hendak mencari Nadhif namun lelaki itu sudah menghilangkan diri terlebih dahulu.
"Aku rasa dia target Fiya sebab nak balas dendam dekat aku." Nadhif mengurut pelipisnya. Sakit kepala memikirkan tentang kejadian haritu.
"Kau rasa Raf tu orang yang sama ke yang..." Arfan tidak menghabiskan kata. Dilirik pandangan mata kepada adiknya yang hanya termenung melihat bunga matahari yang sudah layu di atas meja kopi itu.
"...yang culik Fiya dulu kan? Itu ke yang Fiq nak cakap?" Wajahnya diangkat untuk mencari anak mata Arfan. Dia mahukan jawapan.
Liur ditelan terasa kelat. Perlahan-lahan, Arfan mengangguk.
"Haritu waktu Fiya kena culik, abang ada buat report polis tak?" Arisya menyoal suaminya.
"Ada. Tapi masih dalam siasatan. Diaorang tak jumpa siapa yang culik Fiya so diaorang hold dulu kes tu," jelas Nadhif kesal.
Keluhan kecil dilepaskan sebelum bunga di atas meja dipandang, jambakan pertama mempunyai tiga batang bunga, manakala yang baru diterima semalam mempunyai lima batang bunga matahari.
Apa main tiga, lima ni? Dia nak ajar kira nombor ganjil ke? Eh hello, kita dah ada sampai sijil master lah, salah orang nak ajak main kira-kira ni. Pergi ajak budak tadika lah kalau macam ni.
"Polis takde lead, tapi kita mungkin ada," kata Arfan keras. Suspek utamanya? Mestilah Rafid Amsyar. Aduhai lelaki ini beban sungguh. Ingin sahaja dia humban Rafid ke dalam Laut China Selatan.
"Gorgeous, you need to be more careful from now on, kalau nak pergi mana-mana pastikan berteman. Kalau bukan dengan abang, ajak kawan. Yang penting jangan sorang," pesan Nadhif serius.
Arisya hanya mengangguk sekilas sebelum badannya disandarkan ke sofa.
Ya Allah, apa yang dah jadi ni?
PERUT yang berbunyi mengganggu misi marathon drama Arisya. Sekarang dah bermula cuti semester jadi dia akan gunakan masa yang terluang ini dengan baik.
Dikerling jam di dinding. Dah pukul 1 petang, patutlah lapar semacam. Tekak pula rasa macam teringin nak makan nasi ayam.
Tiba-tiba muncul idea untuk mengajak Nadhif keluar makan tengah hari bersama memandangkan sekarang sudah hampir waktu rehat. Suaminya itu awal pagi lagi sudah keluar ke pangkalan untuk menyelesaikan kerjanya.
"Buat surprise pun macam menarik jugak kan." Arisya bercakap sendirian sebelum kaki dibawa ke tingkat atas untuk bersiap.
NADHIF yang baru keluar dari kapal peronda sedikit hairan apabila menangkap dua kelibat wanita menuju ke arahnya.
"Zaf!" tegur Farah.
"Eh korang buat apa kat sini?" soal Nadhif. Peluh yang membasahi dahi dilap dengan hujung baju uniform biru mudanya.
"Sekarang lunch hour kan? Kitaorang nak ajak kau lunch, esok aku dengan Farah dah nak balik Seremban," balas Bella dengan mesra. Tangan sudah bergerak untuk menarik lengan Nadhif sebelum satu suara menyampuk dari belakang.
"Amboi Zaf, sampai dua kau rembat ea, Fiya nak letak mana?" Suara Wildan mencelah.
"Mengarut apa kau ni, diaorang kawan aku lah," bidas Nadhif pantas. Si Wildan ni pun suka hati je. Ada yang kena tumbuk nanti.
Wildan mengerling ke arah lengan Nadhif yang sudah dipegang oleh gadis di hadapannya itu.
"Kalau ye pun kawan, tak perlu kut pegang sampai macam tu. Tak manis orang tengok." Wildan menegur perlahan sebelum senyuman tipis diberikan.
Nadhif terus merentap lembut tangannya daripada pegangan Bella apabila ditegur. Dia pun tidak perasan akan tingkah gadis itu tadi.
"Sorry I tak perasan." Muka Bella pula sudah merah padam. Malu ditegur sebegitu oleh rakan Nadhif.
"Takpe aku tegur je, aku dengar korang nak lunch tadi kan, nak join sekali boleh ke?" soal Wildan sambil tersengih-sengih. Sebenarnya dia hanya mahu menemani Nadhif. Nanti tak manis pula kalau orang tengok lelaki itu keluar makan bersama dua orang perempuan yang bukan isterinya.
"Elok juga tu, nanti tak memasal aku kena fitnah pula." Nadhif pun takut juga ingin menerima pelawaan Bella dan Farah tadi. Buatnya bini dia datang buat kejutan lepastu tengok mereka bertiga?
Uish haru mat. Aku sayang bini aku.
Bella dan Farah juga tidak kisah, asalkan dapat makan bersama sahabatnya yang satu itu sebelum pulang ke Negeri Sembilan.
"Jom, aku belanja korang semua." Farah mendahului rakan-rakannya yang lain.
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.