bab 27

3K 94 5
                                    

DERINGAN telefon milik Nadhif mematikan tingkahnya yang sedang mengelus lembut rambut Arisya. Dipangku sedikit kepala untuk mengambil telefonnya di atas meja sisi katil.

"Hello tuan?" Berkerut sedikit kening Nadhif apabila mendengar maklumat daripada Tuan Hamid.

"Baik, saya akan ke sana sekarang." Dimatikan talian sebelum comforter yang membaluti tubuh diselak. Tualanya dililitkan ke pinggang sebelum Nadhif melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

"Gorgeous, abang kena pergi ibu pejabat sekarang. Ada urusan." Tergopoh-gapah Nadhif bersiap sebelum dia melabuhkan ciuman di tengah dahi Arisya.

"Abang, hati-hati tau," pesan Arisya sebelum kelibat Nadhif hilang dari pandangan.

"DAH agak dah, IPM mesti panggil kita nanti," bisik Wildan kepada Nadhif sebaik sahaja lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Skrin yang memaparkan gambar Rafid Amsyar dipandang oleh Nadhif dengan riak wajah kosong.

"Tuan!" Terus tegak tubuh mereka berempat apabila Tuan Hamid masuk untuk memberi arahan.

"Saya kumpulkan pasukan korang hari ini untuk satu operasi khas." Tuan Hamid memulakan bicara.

"Mesti korang dah tau ini siapa kan?" Dihalakan alat kawalan jauh ke arah skrin tersebut.

"Pengawai penyiasat dapat maklumat yang Rafid Amsyar, bekas anggota tentera maritim telah menjadi pembekal maklumat maritim kepada lanun-lanun yang kita dah ambush semasa Ops Helang haritu," terang Tuan Hamid.

"Tak cukup dengan anak dia..." Gambar di skrin bertukar kepada gambar lanun yang pernah ditembak mati oleh Nadhif semasa operasi di Sabah beberapa bulan yang lalu.

"...bapak lanun ni pulak datang buat hal," sambung Tuan Hamid semasa gambar di skrin itu sekali lagi bertukar.

"Kadok." Arfan membaca sekilas nama yang tertera.

"Tapi kenapa baru sekarang dia munculkan diri tuan?" soal Fayyad untuk mendapatkan kepastian.

"Dia dah makin sombong sekarang, kerja melanun dia semakin menjadi-jadi sebabtu dia berani munculkan diri," jawab Tuan Hamid keras.

"Kita juga dapat maklumat yang mereka akan berjumpa dekat Jalan Chow Kit esok malam. Jadi, tugas kamu semua adalah untuk dapatkan maklumat tentang gerak-geri mereka dengan lebih lanjut. We go undercover, pastikan tak kantoi." Tuan Hamid memberi arahan.

"Faham?"

"Faham tuan!" Serentak mereka berempat bersuara.


"KORANG, target dah masuk market." Suara Wildan kedengaran di earpiece mereka bertiga.

Mata Nadhif sempat menangkap kelibat Kadok dan dua orang bawahannya menuju ke arah gerai paling hujung. Berkemungkinan besar untuk memastikan mereka terhalang daripada dilihat oleh orang ramai.

"Nampak."

"Shadow pay attention dekat bahagian belakang gerai paling hujung, aku syak Delta akan datang dari sana." Nadhif memberi arahan.

"Roger that." Dengan berhati-hati dan tanpa mengeluarkan bunyi, Fayyad menyelinap dan menyembunyikan diri di sebalik dinding gerai tersebut.

Arfan yang menjaga di bahagian hadapan market tersebut membuka langkah mendekati kereta milik anak buah Kadok dan meletakkan location tracker di bahagian bawah bonet. Dia mendekati satu gerai yang bertentangan dengan gerai paling hujung untuk bergaul dengan orang awam sekaligus memerhati dari jauh.

"Tracker aku dah letak, sekarang aku tengah perhatikan diaorang dari arah jam dua belas." Arfan memberi maklumat terkini kepada ahli pasukannya.

"Aku dah nampak Delta and he's approaching the target's table." Mata tajam Fayyad memerhati setiap gerak geri Rafid yang sedang berjalan menuju ke arah meja Kadok. Sempat dia melihat sebuah fail merah yang diletakkan di atas meja makan gerai tersebut.

"Roger that, aku akan gerak ke arah kau Shadow." Nadhif pantas berjalan menuju ke arah dinding gerai tersebut di mana Fayyad juga turut bersembunyi.

"Arghh shit!" bisik Fayyad keras.

"Kenapa?!" Kedengaran suara Wildan yang jelas kerisauan melalui earpiece mereka.

"Bodohlah kau ni Panther, cuba bagi salam sikit kalau datang tu, nasib baik aku tak tembak kau on the spot." Fayyad menggosok dadanya berulang kali. Mahu luruh jantungnya melihat kelibat Nadhif yang tinggi dek galah ini tiba-tiba berdiri di sebelah.

"Lah itu pun nak terkejut ke?" Nadhif mengangkat sebelah kening sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari begnya.

"Macam-macam lah kau ni Shadow." Wildan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Ingatkan apalah tadi, rupa-rupanya terkejut sebab Nadhif.

Nadhif hanya tersengih sinis sebelum sound amplifier dilekapkan pada bahagian dinding yang menghala ke arah meja Kadok dan Rafid. Frekuensi dibaiki agar mereka dapat mendengar perbualan mereka dengan jelas.

"Ak... den... Zafran." Suara Rafid samar-samar kedengaran melalui earpiece mereka berempat.

"Aik, asal nama aku lak ni?" Nadhif sudah mula berasa tidak sedap hati.

"Panther, cuba kau baiki sikit lagi, kurang jelas tapi yang pasti aku dapat tangkap nama kau," beritahu Arfan.

"Same." Wildan juga mengiyakan bicara Arfan.

Dibaiki lagi frekuensi alat tersebut dengan harapan mereka tidak terlepas maklumat yang penting.

"Siapa Zafran?" Kini suara Kadok kedengaran sangat jelas di telinga mereka berempat. Terus sahaja diberikan fokus sepenuhnya terhadap perbualan mereka berdua.

"Ni, anak kau kan? Dia mati kena tembak dengan Zafran ni lah waktu misi korang kat Sabah tu," jelas Rafid tenang.

Liur yang ditelan terasa sangat kelat. Nadhif sudah tidak senang duduk di sebalik dinding itu.

"Okay...teruskan..." Kadok berkata penuh minat.

"No, sebelum tu..." Rafid mengangkat jari telunjuknya dan didekatkan ke bibir memberi isyarat agar Kadok diam.

"Nadhif Zafran..."

"...I know you're eavesdropping our conversations right now, aku rasa better kau baliklah, takut nanti tak sempat jumpa bini kau." Rafid melemparkan pandangan ke arah dinding berhadapan mereka berdua sambil tertawa kecil. Bukannya dia tidak nampak kelibat Nadhif menghampiri dinding tersebut tadi.

"Shit!" Tergopoh-gapah Nadhif memberikan alatan tersebut kepada Fayyad sebelum dia membuka langkah berlari ke arah kereta miliknya.

Hanya satu nama sahaja yang terlintas di dalam fikirannya sekarang.

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now