ARISYA keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Tingkahnya terhenti seketika apabila terdengar daun pintu bilik dibuka.
Siapa?
Tergamam seketika apabila melihat jasad seseorang di hadapan mata. Terasa seperti rindu yang ditahan selama dua minggu terbang pergi.
"Gorgeous rindu abang tak?" Nadhif menyoal dalam nada keletihan.
"Abang!" Dicampak tualanya ke atas kerusi sebelum tubuh Nadhif dirangkul erat.
Tubuhnya disambut oleh Nadhif dan dipusing ke kiri dan kanan. Pecah tawa Arisya melihat perilaku Nadhif kepadanya.
Nadhif meleraikan sedikit pelukan mereka sebelum dahi isterinya dikucup. Kemudian turun ke bibir isterinya dan akhirnya Nadhif mencium haruman wangi di leher isterinya. Bergejolak rasa di dada.
"Zaf..." Suara Arisya perlahan menegur Nadhif yang bagai sudah tenggelam dalam dunia sendiri.
Nadhif tersenyum tipis dan merenung sepasang anak mata dihadapannya. Tatapan meminta izin dengan penuh harapan. Apabila renungan itu dibalas dengan anggukan, lantas dipaut kepala Arisya dan dirapatkan kepada wajahnya.
"I miss you gorgeous..." Tidak menunggu balasan daripada Arisya, bibir isterinya dipagut rakus.
Arisya terkaku sebentar sebelum tingkah Nadhif dibalas dengan penuh rasa cinta. Nadhif meleraikan kucupannya dan merenung anak mata Arisya bagi meminta kepastian buat kali kedua.
"Are you sure?"
Arisya angguk.
"Words, gorgeous. I need your words," kata Nadhif lembut.
"Yes," ucap Arisya antara dengar dan tidak dengar. Sampai bila dia harus menyorok disebalik traumanya itu? Dia juga mahu memberi Nadhif hak yang sepatutnya lelaki itu perolehi sejak dari hari pertama mereka diijabkabulkan.
Rambut Arisya yang sedikit menutupi wajah diselit ke belakang telinga gadis itu sebelum Nadhif berbisik halus di cuping telinga isterinya.
"Nadhif Zafran milik Arisya Shafiyyah."
Malam itu mereka hanyut dalam dunia dimana hanya ada mereka berdua. Dua jiwa yang mendakap erat antara satu sama lain bagai tidak mahu lepas walaupun sedetik.
"ESOK gorgeous pack barang yang penting aje, baju-baju boleh tinggal kat sini, in case kita datang bermalam lagi." Nadhif mengelus lembut rambut isterinya.
"Kita tak tinggal sini ke?" soal Arisya. Dia ingatkan memang Nadhif mahu menetap di rumah mummy dan daddy.
"Eh apa pulak, abang nak juga manja-manja dengan isteri abang ini..." Dicuit hidung isterinya.
"...just the two of us, no disturbance." Penuh menggoda nada Nadhif ketika itu.
Mendengar bicara Nadhif, automatik pipinya terasa bahang. Dia masih malu dengan agenda mereka tadi.
"Sayang?" Nadhif tunduk sedikit memandang wajah Arisya.
"Hmm..." Arisya panggung sedikit kepala untuk melihat wajah Nadhif. Perlahan-lahan gadis itu mengukirkan senyuman manis.
"Rumah kita?" soal Arisya.
"Rumah kita." Nadhif sengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.
"Abang tak cakap awal-awal sebab abang kena lead operasi haritu so abang tak nak tinggalkan gorgeous sorang-sorang kat rumah," jelas Nadhif.
"And it will be like that everytime abang ada operasi, gorgeous akan balik rumah mummy and daddy okay?" kata Nadhif persis seperti memberi arahan kepada anak buahnya. Dia tidak mahu peristiwa hitam itu berulang kembali.
"Baik tuan!" Arisya mengangkat tabik hormat sebelum ketawa mereka berdua pecah. Haih bahagia sungguh hati ini sekarang. Rasa macam tengah menternak rama-rama pula dalam perut ni.
"AMBOI, rumah besar-besar nak buat apa?" Arisya menoleh ke arah suaminya yang sedang menanggalkan kaca mata hitam.
Hensem pulak.
Amboi menyempat ye engkau Fiya.
"Untuk kita, dan anak-anak kita lah gorgeous." Ditarik manja hidung isterinya.
"Amboi banyak cantik, abang lah yang beranak." Dijelingkan matanya ke atas.
"Abang tak boleh beranak tapi abang boleh...aduh!" Terlompat Nadhif dek cubitan ketam Arisya yang singgah di perutnya.
"Haa gatal lagi." Arisya tayang riak wajah tak bersalah. Langkah dibuka meninggalkan Nadhif yang sedang menggosok perutnya sambil mengadu kesakitan.
"Gorgeous bukannya ada kunci rumah pun nak jalan laju-laju." Nadhif tersenyum sinis sambil mengangkat gugusan kunci ditangannya.
"Tentera dokrok cetong (tak kuat langsung)! Cubit sikit jebek doh (dah tersebik)," sindir Arisya. Dia tahu suaminya tidak faham. Buktinya? Muka Nadhif sedang berkerut mencerna ayat yang baru sahaja dituturkan.
"Gorgeous maki abang ke?"
"Maybe." Pecah tawa Arisya melihat wajah cemberut Nadhif.
"Takmboh saeng gining." Nadhif cuba meniru gaya Arfan bercakap namun kedengaran sangat hodoh di telinga Arisya.
"Kelakarnya abang ni! Dah dah jangan cakap loghat ganu lagi, buruk naw." Dikesat air matanya yang mengalir dek terlalu sakan menggelakkan Nadhif.
"Ooo seronok gelakkan abang. Tunggu lah nanti abang belajar cakap ganu dengan Shafiq." Nadhif membuat nada berjauh hati.
"Macamlah Shafiq tu nak ajar abang." Arisya memeluk tubuh gaya protes.
"Abang bayarlah upah, confirm dia setuju." Nadhif meniru gaya dan intonasi isterinya.
"Ishh diam ah." Tubuhnya dibawa naik ke tingkat atas untuk memulakan misi merajuk.
"Eh gorgeous!" jerit Nadhif dengan nada menggelabah sebelum dia turut membuka langkah mengekori isterinya.
"Jangan lah merajuk! Malam ni abang nak peluk siapa?!" laung Nadhif dari anak tangga.
"Peluk diri sendiri!" Suara Arisya kedengaran samar-samar dari tingkat atas.
"Allahu..."
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.