TRES : PART 28 [√]

37 1 2
                                    











               Tasha mengelap mukanya dengan makeup remover. Kemudian, dia melabuhkan duduk disisi katil. Wajah pucat Ukaila menggamit pandangannya 

   "Aku bersyukur kau datang balik kat sini. Walaupun aku tahu kau tak jangka pun yang kau akan jejakkan kaki kau dekat sini lagi kan," Tasha berbicara sendiri

   "Aku minta maaf sebab aku tak mampu nak pertahankan kau malam tu," dia menekur lantai. Perasaan sebak mula bertandang dalam hati

   "Kalau bukan sebab malam tu.. kau, makcik, abang Kael, abang Wais mesti tak tinggalkan rumah ni kan?" Tasha merenung dalam wajah Ukaila

   "Tapi aku tahu, kau bahagia bila kau keluar dari rumah ni kan," sambung Tasha lagi

   "Tambah-tambah lagi, kau ada suami yang handsome macam Idrees.. untung kau dapat lelaki macam dia," 

   "Tengok dari cara dia, aku tahu dia mampu untuk lindungi kau," Tasha menggenggam jemari mulus milik Ukaila

Tok! Tok!

Ketukan di pintu menyentakkan Tasha. Dia bangkit dari duduk. Pintu bilik dibuka sedikit. Dia cuba mengintai disebalik pintu.

   "Hah!" sergah satu suara dari luar. Dia menolak kuat daun pintu sehingga Tasha tertolak ke belakang.

Tasha terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Wajah sinis itu menyapa pandangan.

   "Bad..Badrul," Tasha menapak kebelakang selangkah. Bersedia akan sebarang kemungkinan.

   "Tasha..Tasha," seru Badrul dari muka pintu. Dia mendekati Tasha sebelum menutup pintu dan menguncinya dari dalam

Dia sepatutnya berterima kasih pada Haida kerana memberitahunya tentang kewujudan Ukaila malam ini.

   "Lama tak jumpa kau. Makin cantik pula kau sekarang," Badrul melangkah lagi. Tasha pula menapak kebelakang.

Badrul ketawa mengejek.

   "Kau buat apa ni? Keluar?!" bentak Tasha kuat. Dia berharap bahawa ada orang yang akan menyelamatkan mereka berdua

   "Aku datang jenguk sepupu akulah, takkan tak boleh," bicaranya sarkastik. Wajahnya berpaling ke katil. Sekujur tubuh itu menarik perhatiannya

Dia mendekati Tasha.

   "Kk..kau jan..jangan dd..dekat," gugup bicara Tasha. Langkahnya sudah terhenti. Dia sudah tiada ruang untuk melarikan diri. Belakang badannya sudahpun bertemu dengan dinding

Badrul mengusap dagunya. Bibirnya dijilat perlahan

   "Kau nak lari mana, Sha. Dalam bilik ni cuma ada kau, aku dan Aikha. Tu pun dia masih elok tidur," Badrul berhenti dihadapan Tasha

   "Nak harapkan orang dekat luar? Diorang sedap makan dekat luar, konon nak raikan kepulangan aku," dia ketawa lagi

Tasha mula geram. Tangannya digenggam. Bersedia untuk menyerang

Dengan sekuat hati, tangan kanannya diayunkan ke perut Badrul. Meringkuk tubuh Badrul menahan sakit. Tasha membuka kuda-kuda. Kedua kakinya dipasakkan agar stabil untuk menyerang

Badrul terbatuk. Perit juga tumbukan dari Tasha. Seketika dia lupa, Tasha pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando.

   "Boleh tahan ganas. Aku suka, aku suka," komen Badrul selamba. Perih pada perutnya masih terasa

Dia berdiri tegak.

Selamba dia melangkah ke arah Tasha. Sikit tidak merasa gentar akan gadis itu. Kepala dan bahunya direnggangkan.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now