Idrees menarik handbreak. Kawasan rumah kampung dua tingkat itu dipandang.
"Are you sure about this, little rose?" Idrees bertanya buat kesekian kalinya. Kini, mereka berada di hadapan rumah Hajah Kalsom.
Ukaila memandang rumah yang dipenuhi saudara-maranya. Jam dikerling. Mungkin majlis sudah selesai memandangkan mereka tiba lewat dari waktu yang ditetapkan.
Dia menarik nafas dalam. Wajah Idrees dipandang. Dia tarik senyum
"Sure. Lagipun, Hajah takkan berani nak malukan diri dia sendiri depan orang ramai ni," dia menyimpul senyum nipis. Jemarinya digenggam sekilas.
"And Zain ada cakap, Badrul masih dalam lokap," Ukaila menyedapkan hati walhal jantungnya kini berdegup laju
Idrees mengangguk. Jam tangan dikerling sekilas
"Tapi, Qhalaff dengan Yan dah tunggu kita dekat hotel. Diorang nak tengok site rumah anak-anak yatim tu esok sebelum kita balik ke KL," Idrees cuba mengingati isterinya tentang kewujudan dua insan itu
"Kalau macam tu, kita ajak diorang datang sini sekali. At least, kita ada back up," ujar Ukaila memberi cadangan. Idrees ingin bersetuju tapi mereka berdua tidak diundang ke majlis ni
"Okey je, tapi diorang kan tak diundang segan lah nak bawa diorang ke sini. Lagipun, kita ni pun bukan dijemput sangat," Idrees mengutarakan pendapatnya. Ukaila tersenyum
"Pasal tu jangan risau. Nanti saya bagitahu Tasha ke Zain ke untuk jemput diorang," ujar Ukaila bersahaja. Lagi ramai back upnya lagi panas orang tua tu
Nak nak back up yang handsome! Mahu terkeluar biji mata sepupunya disini
"Jom keluar, nanti saya cakap dekat Tasha," Ukaila membuka pintu kereta. Baju kurung putih miliknya dirapikan. Rambut panjangnya dibetulkan sedikit.
Idrees menggelengkan kepala sebelum keluar dari perut kereta. Baju kemeja putih miliknya dikemaskan. Telefon miliknya disimpan dalam poket seluar berwarna nude miliknya.
Idrees menghulurkan tangan cuba menggapai jemari mulus milik isterinya. Ukaila membalas genggaman itu.
Jujur, dia gementar. Kelihatan sanak-saudaranya ramai memenuhi kediaman Hajah Kalsom. Siang tadi tidak seramai ini.
"Assalamualaikum," Idrees memberi salam. Wajah kacaknya menayangkan wajah bersahaja. Tidak bermasam muka tidak juga tersenyum manis
Orang yang berada disitu terkedu dengan kehadiran dua insan yang tidak dikenali itu
"Aila, Idrees" panggil Zain dari muka pintu. Dia lengkap berpakaian kemeja baby blue malam ini.
Terkejut mereka yang berada disitu. Mereka berbisik sesama sendiri. Ukaila yang mereka kenal dahulu sudah berubah.
"Aila? Siapa tu Zain?" seorang mak cik mendekati mereka. Ditangannya terdapat beberapa bungkus plastik
"Ni lah Aikha. Anak Pak Cik Kamal dengan Mak Cik Syuhada?" Ukaila memandangnya sebelum tersenyum nipis.
"Mak Cik Joyah," panggil Ukaila. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Hulurannya bersambut
"Iya saya. Ukaila, anak Syuhada" Ukaila memberitahu. Dia tunduk mencium jemari tua milik Mak Cik Joyah
"Kamu ingat mak cik lagi? Dah besar kamu ya sekarang," Ukaila mengangguk. Siapa tak kenal, makcik paling kepoh dekat kampung ni. Apa yang orang tak tahu dia tahu awal-awal lagi
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...