BAB 4

731 36 2
                                    

Volume di telifon kepalanya yang sudah naik paling tinggi pun masih sahaja tidak dapat membuat suara lain menghilang.

Dan itu membuat Annabella yang mahu belajar.

Tapi walaupun dia terasa terganggu masih sahaja dia biarkan.

Saking tidak perdulinya dia. Dia langsung tidak mendengarkan panggilan rakan-rakannya padanya.

Sehinggalah bahunya di cuit oleh Jannah.

"Apa dia?" Annabella merespon.

Telifon kepala di tariknya Jannah membuat perdengaran Annabella tidak lagi dengarkan lagu.

"Ha. Nak apa?" soal dia.

Tidak lagi memandang kepada Jannah.

"Ni...tengoklah pilih baju dengan makeup apa yang kau nak pakai untuk date esok.." ujar Jannah.

"Makeup?"

"Hummm makeup. Kalau kan pergi date kena makeup barulah Tengku Dafrim makin terpikat dengan kau." Ujar Jannah.

Annabella yang mendengar itu langsung menjelingkan mata.

"Tak payah makeup. Aku tak nak." Balas Annabella.

"Alah...kenapa?" soal Jannah.

Entah tahu ataupun memang tidak tahu.

Seketika Annabella berpaling kepada Jannah.

"Aku ni pergi date terpaksa. Apa gunanya aku pakai makeup? Memang tidaklah." Balas Annabella.

Memang tidaklah dia nak pakai solekkan. Apatahlagi, dia bersetuju untuk keluar dengan lelaki tersebut juga hanya kerna dia tidak mahu di ganggu lelaki itu lagi.

"Hish. Kau ni. Tak baiklah. Tengku Dafrim tu ikhlas sukakan kau tau. Inilah peluang yang kau ada. Mana tahu sangkut bebetul kau jadi girlfriend dia lepas tu terus naik level nikah dengan dia. Sekurang-kurangnya kau boleh terlepas terus daripada keluarga toxic kau dekat sana tu." Ujar Jannah.

Dan di saat dia menyatakan perihal keluarga toxic di sana. Annabella sudah tahu siapa.

Tapi Annabella lebih memilih bersikap tenang untuk menghadapi.

"Tak payah ada lelaki pun aku boleh keluar daripada keluarga toxic tu."

"Macam mana? Ha. Macam mana kau cakap dengan aku?" nyata Jannah.

"Aku ada cara aku sendiri. So kau tak payah risau. Sepanjang aku ada dekat sini aku dah persiapkan semuanya untuk hadap diorang kalau aku balik Malaysia satu saat nanti" Balas Annabella.

Jannah menjelingkan mata keatas. Mahu percaya atau tidak.

"So sekarang. Kau jangan cakap pasal lelaki atau next level ke apa. Sebab itu tak akan terjadi."

"Tapi Anna..."

"Kau masih nak aku keluar date dengan Tengku Dafrim kan. Kalau kau tak nak. Sekali aku call. Terus date tu akan batal." Potong Annabella. Mengugut.

"Eh! Jangan!" cegah Jannah.

Seperti Annabella tidak tahu. Tujuan Jannah sungguh berkeras mahu Annabella setuju kern aini bukan sahaja date antara dia dan Tengku Dafrim.

Tapi ini date berkumpulan berpasang-pasangan antara mereka berempat.

Dan Annabella tahu, jika dia membatalkan. Sekaligus mereka yang lain juga terpaksa tidak bertemu.

"Apa susahnya. Kalau aku tak pergi. Korang bertiga keluar jelah dengan kawan-kawan Tengku Dafrim tu. Senang. Lagipun aku daripada awal memang tak nak." Ujar Annabella lagi.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)Where stories live. Discover now