bab 15

3K 127 22
                                    

"SHAFIQ!"

Arisya meluru ke arah Arfan sebelum tubuh abangnya dipeluk erat.

"Eh eh molek (elok) sikit aku sakit lagi ni." Dipukul-pukul perlahan tangan Arisya yang sedang erat memeluknya.

"Eleh mu rindu aku gok kang." Arisya menjeling abangnya.

"Takdok maknenye."

"Zaf kabo doh (dah bagitahu) ke aku ea, mu tu sedor je terus cari aku," beritahu Arisya sebelum dia tersenyum kemenangan.

Arfan memberi renungan tajam kepada Nadhif yang hanya mengangkat bahunya gaya tidak bersalah. Dasar member takleh function langsung!

"Kemain aku wak (buat) drama suruh Zaf jaga mu sebab aku ingat aku nok mati doh." Arfan tergelak kecil.

"Tulah kau, aku dah cakap kau belum nak mati lagi, dia pengsan jugak, mengada betul." Nadhif memeluk tubuhnya.

"Nasib baik Zaf memang jaga mu dik, kalau aku ada haritu mesti mu dok kena culik." Wajah Arisya ditilik oleh Arfan. Masih ada lagi lebam walaupun sudah tidak berapa kelihatan. Terkejut juga dia semalam sewaktu Nadhif menceritakan hal tersebut kepadanya.

"Bukan saloh mu pun." Arisya mengukirkan senyuman tawar sebelum tangan Arfan dimukanya ditepuk beberapa kali.

Arfan hanya memerhati tingkah adiknya sebelum menoleh ke arah Nadhif seketika.

"Apa kata korang dua kahwin?"

Terhenti tingkah Arisya yang sedang menepuk tangan abangnya itu. Nadhif pula sudah berdehem beberapa kali, dah macam nak tercabut anak tekak ni. Haish Arfan ni pun, tak reti nak tapis langsung percakapannya tu.

"Apa pulak sampai ke situ kau ni Fiq?"

"Eh betul apa, nanti kalau aku takde, adalah orang yang nak tolong tengok-tengokkan adik aku ni dekat negeri orang. Lagipun kau kan orang sini, haa biar si Fiya ni duduk terus kat Selangor, dia kan suka pergi BookXcess, kau angkut sekali kedai buku tu masuk dalam rumah korang nanti." Arfan sudah mula berceloteh.

"Mu ni takdok takdok nok gi mane?" marah Arisya. Bab-bab kena tinggal ni dia memang tak suka. Trauma betul.

"Nok nikoh lah boh!" Tersenyum lebar Arfan sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Oh ye, cakap pasal ni kan..."

"Hai Shafiq!" Kedengaran suara yang cukup dikenali oleh Arisya dari muka pintu.

Arfan sudah terbeliak mata melihat kehadiran dua orang gadis di hadapannya itu. Si Aleesa tu takpe lagi, tapi gadis di belakang Aleesa itu yang membuatkan dia tidak keruan.

Diana Delisha. Situationshipku.

Alamak ini parah.

"Mu memang nok kene lah Fiya, bakpe mu kabo (kenapa kau bagitahu) ke sekye (diaorang)!" bisik Arfan agar hanya Arisya yang dapat mendengarnya.

Arisya hanya tersenyum puas sebelum dia menoleh ke arah Nadhif. Mereka membuat 'fist-bump' udara, di mana tangan mereka tidak bersentuhan.

Macam biasa, itu idea Arisya dan Nadhif hanya melayan sahaja karenahnya.

"Fiya, tekak aku ni tiba-tiba rasa macam dahaga pulak, jom teman aku pergi cafe kat bawah." Nadhif mahu meninggalkan Arfan bersama Diana serta mengambil peluang untuk memberitahu Arisya sesuatu.

"Tiber rasa nak kencing pulak guys, cari tandas jap." Aleesa pantas meninggalkan ruangan wad itu. Faham akan maksud tersirat perbuatan Nadhif.

Pandai-pandai lah kau Shafiq, nak kahwin sangat kan?

Arisya dan Nadhif turut beredar dari bilik tersebut dan berjalan menuju ke kafeteria hospital di tingkat bawah.

"Kau nak air tak?" soal Nadhif setibanya mereka di kiosk minuman.

"Nak teh ais." bisik Arisya perlahan. Apa masalah lah dia ni, sejak dari kecil mesti takut nak order sendiri.

Nadhif mengangguk sekilas sebelum dia memesan air miliknya dan Arisya.

"Kau duduk dulu, nanti aku datang."

"Tapi..."

"Pergilah dulu."

"Tak naklah I takut." Anak matanya melilau melihat suasana di dalam kafeteria tersebut. Ini merupakan hospital khas untuk tentera, jadi memang hampir kesemua di kafeteria itu anggota tentera. Naik segan pula Arisya. Ada juga yang tersengih-sengih melihat Arisya dan Nadhif bersama.

"Leftenan Nadhif."

Nadhif menoleh ke arah Irsyad yang sedang tersengih-sengih ke arahnya dan Arisya.

"Kau kenapa tersengih-sengih ni?" soal Nadhif. Mukanya tidak usah dikata, memang tiada perasaan langsung.

"Ini girlfriend tuan ea? Cantik betul."

Arisya yang mendengar terus membulat matanya. Tidak berani mencelah, dia hanya tunduk dan bermain dengan jari-jemarinya.

"Amboi kau ni sibuk betul, dah kalau girlfriend aku pun apa salahnya?" omel Nadhif. Ish air ni lambat pulak nak siap. Bancuh air ke kutip daun teh yang lama sangat ni.

Panjang umur. Air yang tadinya ditunggu sudah siap dibancuh. Nadhif membuka langkah mengambil kedua-dua gelas dan bergerak ke arah Arisya.

"Sorrylah Irsyad takleh sembang panjang nanti buah hati aku ni kering tekak pulak tunggu air lama sangat," seloroh Nadhif. Dah Irsyad cakap Arisya tu girlfriend dia kan? Haa dia layan jelah.

Irsyad hanya mengangguk beberapa kali sebelum tersengih gaya ingin mengusik.

"Jom Fiya." Nadhif memberi isyarat mata kepada Arisya sebelum mereka berjalan beriringan ke meja yang kosong.


RALIT Nadhif memerhati tingkah Arisya yang tekun menghabiskan airnya itu. Ini laju-laju nak ke mana?

"Aku sebenarnya okay je dengan cadangan Shafiq tu tapi kau setuju ke?" Nadhif membuka bicara.

"Cadangan mana ni?" Arisya sudah tidak senang duduk. Haa sudah, jangan yang bukan-bukan ye Nadhif Zafran.

"Pasal kita."

"Kita?"

"Kita kahwin jom," ajak Nadhif bersahaja.

Wow. Dia ajak kahwin macam ajak lepak mamak. Hampir jatuh rahang Arisya mendengar ungkapan dari mulut Nadhif itu. Mujur air yang diminum tadi sempat masuk ke dalam tekak, kalau tak habis tersembur ke arah wajah kacak lelaki itu.

"Ni ke cara you lamar I? Tengah-tengah kafeteria panas ni? Tak romantik betul." Tersebik bibir Arisya. Nadhif ni pun nak buat kelakar ke apa? Dekat sini jugaklah dia nak keluarkan kata-kata keramat tu.

"Okay lah ni daripada aku bawak kau ke Thailand nikah terus." Nadhif tersenyum sinis.

"I tak cantik lah Zaf."

Penyataan Arisya membuatkan dahi Nadhif berkerut seribu. Dah kenapa pula keluar isu ni?

"Aik? Apa kaitan kau tak cantik dengan aku nak kahwin dengan kau ni?" Pelik betul Nadhif dengan Arisya ni.

"Yelah you ada rupa, I rasa you boleh cari perempuan yang lagi better daripada I."

"Tapi aku nak kau je." Lembut suara Nadhif berkata, bagai ingin memujuk.

"Bagi I masa untuk fikir." Arisya tunduk memandang jarinya. Sesekali dia memintal hujung tudung bawalnya itu.

"Aku sanggup tunggu dengan harapan yang kau akan terima lamaran aku yang tak seberapa ni."

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now