"SAYANG. Esok sayang dah boleh balik"
Ujar Fahim sambil menyimpan bekas makanan yang bersepah diatas meja itu."Finally!. Abang pergi esok juga kan?"
"Amboi happy bukan main ya dia dapat keluar hospital. Ya abang pergi esok juga tapi petang-petang lah sikit"
Liyanna mengangguk sambil tersenyum nipis."Sayang ada rasa nak makan apa-apa tak?"
Fahim menyoal isterinya kot-kot lah ada mengidam nak makan apa-apa asal jangan mengidam pelik-pelik sudah lah."Buat masa ni tak ada lagi hehe"
"Ok. Kalau sayang nak makan apa-apa cakap dekat abang tau nanti abang boleh tolong belikan tapi jangan minta yang pelik-pelik pula"Fahim menarik hidung isterinya dengan kuat
"Ish sakitlah abang!"
Fahim masih lagi meneruskan perbuatannya namun ditempat lain pula iaitu pipi tembam isterinya.Dia tak kisah pun dengan jelingan maut isterinya tu.Liyanna menepuk biceps Fahim sehingga Fahim mengaduh kesakitan.
"Aduhh!"Sebenarnya....
Tak sakit pun!"Abang nak pergi surau kejap nak solat. Sayang ada nak kirim apa-apa tak?"
Jam menunjukkan pukul 2:00 petang Fahim masih lagi tidak menunaikan solat zuhurnya jadi dia ingin ke surau untuk menunaikan perkara yang wajib dulu."Tak ada tapi Liya nak pesan jaga hati dan jaga pandangan"
Jelingan maut dihadiahkan kepada sang suami.Terletus tawa kecil di bibir Fahim
"Jangan risau Liya ku sayang. Abang akan menurut perintah yang sayang berikan"
Fahim mendabik dadanya.Apa dia ingat ni dekat pangkalan ke macam manaSetelah itu Fahim melangkah keluar dari situ sempat dia menghadiahkan satu kenyitan mata buat isterinya.
Liyanna menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Ada-ada saja suaminya ni tak kira tempat nak bersweet-sweet bagai. Namun dalam hatinya seperti ada rama-rama yang berterbangan hehe
Namun hanya sekejap senyumannya terus mula mengendur apabila mengingatkan yang dia sudah berbadan dua sekarang ni
Mampukah dia menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya dimasa hadapan?
Macam mana kalau dia tak mampu menjadi seorang ibu yang baik?
Namun fikirannya yang sedang melayang jauh terus terbantut apabila pintu itu dikuak dari luar.
Tersemburlah wajah Mia dan Jannah yang sedang tersenyum manis kearahnya."Assalamualaikum bakal ibu!"
Diantara mereka berdua Mia lah yang paling seronok apabila dia dapat mengetahui tentang kandungan sahabatnya.Bukan main seronok dia apabila Haris menelefonnya dan memberitahu semua tentang sahabatnya terhadap dia termasuklah penyakit yang dihidapi oleh Liyanna.
Dia juga turut bersimpati atas kesihatan sahabatnya tidak menyangka bahawa Liyanna seorang yang ceria menyimpan semua itu seorang diri
Oh jangan tanya macam mana dia boleh rapat dengan Haris. (hehe smirk)
"Waalaikummusalam"
Liyanna menjawab sambil tersenyum nipis.
Mia dan Jannah melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang bersebelahan dengan katil pesakit yang diduduki oleh Liyanna.Lalu mereka berbual sehinggalah Mia dan Jannah meminta izin untuk balik.
**
"SAYANG dengar cakap mama dan umi tau nanti abang tak ada ni"
Liyanna hanya mengangguk sambil mendengar Fahim membebel. Rasanya dah lebih 100 kali Fahim pesan."Sayang faham tak ni?"
"Faham suamiku"
Liyanna tersengih memandang Fahim yang sedang duduk sambil mengikat tali kasut."Ok lah abang pergi dulu. Ingat apa yang abang pesan"
"Ok abang Liya ingat"
Liyanna menyambut tangan Fahim untuk bersalaman sebelum dia menghantar sosok tubuh Fahim yang masuk kedalam perut kereta dengan ekor matanya."Bye abang!"
Liyanna melambai tangannya kearah Fahim. Setelah kereta Fahim hilang dari ekor matanya dia terus memusingkan badannya untuk kedapur.Nak join mama dan umi mengumpat!
"Fahim dah pergi ke Liya?"
"Dah umi"
Liyanna melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang memang sedia ada di dapur itu."Bila graduasi kakak?"
Mak Leha menyoal lalu mengambil tempat bersebelahan dengan Liyanna
"Awal bulan depan"Mak Leha mengangguk sebagai jawapan lalu dia mengambil satu potongan buah nanas lalu dimasukkan kedalam mulutnya.
Liyanna mencebik sendirian apabila melihat uminya yang sedang makan buah nanas tanpa menghiraukannya.
Nak makan tapi tak boleh huarghh!
"Umi. Liya nak sikit boleh hehe"
"Tak boleh. Kakak tu mengandung"
Liyanna mendengus geram. Pasrah yang dia memang tak boleh nak makan buah nanas.Rasanya baru tadi Fahim pesan dekat dia supaya dia dengar cakap umi dan mama.
Nak buat macam mana perutnya memang craving nak makan buah masam-masam sekarang ni."Liya naik atas dulu lah umi"
"Ok"
Liyanna melangkah kearah tangga untuk menuju kebiliknya.Dia merebahkan badannya diatas katil.
Penartss!!Dia menggosok perutnya yang masih lagi tidak tampak membulat.
"Hmm nak letak nama apa eh?"
Liyanna mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiriTiba-tiba kedengaran deringan dari telefonnya.
Dia mengambil lalu melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.Siapa lagi kalau bukan Fahim huhu
"Assalamualaikum sayang"
"Waalaikummusalam abang!"
Liyanna tersengih apabila mendengar suara suaminya. Baru sejam tinggal tapi dah rindu dengan suara suaminya."Abang rasa kan nanti anak kita lahir nama apa yang patut kita letak?"
"Awal lagi sayang. Tapi abang ikut sayang je. Ikut suka hati sayang lah nak letak nama apa pun tapi jangan yang pe-"
Tanpa membiarkan suaminya menghabiskan percakapan dia terus membantah"Ok kalau macam tu Liya nak letak nama Gojo Satoru lah!"
Dengan riangnya Liyanna menjawab.
Tersedak Fahim dibuatnya. Isteri dia ingat ni cerita anime ke apa hah!Boleh pulak isteri dia pergi menganimekan anak mereka. Haih isteri-isteri nasib sayang
"Apa kejadah pulak sayang ni. Anak kita tu bukan orang jepun"
"Lah tadi kan abang cakap suka hati Liya lah nak letak nama apa pun"
Mencebik Liyanna dibuatnya dahlah sejak mengandung ni emosi dia tak stabil"Lain kali biar abang habis cakap dulu baru boleh jawab"
Menggeleng kepala Fahim dibuatnya.
"Yelah-yelah!"Vote and Comment
TODAY IS MY BIRTHDAY 3/7
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...