bab 12

3K 124 7
                                    

MATANYA dibuka dengan susah payah, kepalanya masih berdenyut dan tangannya terasa seperti diikat pada sesuatu.

"Sayang dah bangun?"

Dah bila masa pula dia jadi sayang orang ni?

Suara seseorang disitu menyentakkan Arisya. Lelaki tadi masih memakai pelitup muka.

"Penat aku tunggu kau bangun. Kalau boleh aku nak ratah je kau tadi." Sinis sahaja suara lelaki itu.

"Kau nak apa?!" laung Arisya sekuat hati. Bergema bangunan usang itu dengan suaranya.

"Aku nak kau." Ringkas, padat, dan sesat.

"Tolong lepaskan aku." Arisya yang tadinya marah terus merayu. Dia tidak mahu diperkosa oleh lelaki asing di hadapannya ini.

"Kau ingat senang senang je aku nak lepaskan kau? Eh perempuan, aku taulah si Zafran tu sukakan kau dan aku tak suka! Kau milik aku! Kenapa dalam banyak-banyak orang, Zafran juga yang harus jadi saingan?!" tempik lelaki itu tidak ubah seperti orang gila.

"Bila masa pulak Zaf sukakan aku ni. Kau dah salah orang!" Dalam esakannya, Arisya menjerit kegeraman.

Mendengar bicara Arisya, terus sahaja lelaki itu melepaskan ketawa besar.

"Kau ni, muka je cantik. Tapi buta." Lelaki itu berdecit kecil sebelum kepalanya digeleng beberapa kali.

Air mata yang bergenang di tubir mata mula menitis. Arisya tidak mengerti, takkanlah disebabkan itu sahaja dia boleh menjadi mangsa?

Eh pergi settle cara jantan lah, adumak.

Lelaki itu berjalan menghampiri Arisya. Sedaya upaya Arisya mengesot dan cuba menjauh tetapi pergerakannya terbatas disebabkan ikatan di tangannya itu.

"Kau tak boleh lari!" Rahang Arisya dipegang kuat. Susah payah Arisya mencari nafas yang semakin hilang. Kaki diangkat lalu menendang alat sulit lelaki itu.

"Arghh!" Lelaki itu tunduk seketika sebelum anak matanya merenung tajam ke arah Arisya.

"Kau memang nak cari pasal kan betina?! Kau jangan cabar aku!" Pisau lipat diguna untuk memotong tali pada pergelangan tangan Arisya dan dengan sepantas kilat tubuh gadis itu dibaringkan. Baju yang dipakai oleh Arisya direntap kasar sehingga bahagian dadanya terdedah.

"Stop...please." Arisya sudah mengeliat kegelian apabila lelaki itu bertindak untuk mencium wajahnya. Esakannya juga semakin lama, semakin kuat.

"Nanti Zaf mesti tak sudi dengan kau, sebab kau dah tak suci. Don't worry Fiya, I can take care of you." Lelaki itu mencengkam rambut Arisya agar gadis itu sedikit terdongak, mendedahkan bahagian leher miliknya.

"Pergi mampus!" Dihantukkan kepalanya pada kepala lelaki itu sebelum Arisya memejam erat mata, menahan rasa pening yang semakin ketara.

Pang!

Pang!

Tamparan bertalu-talu diberikan pada wajah pucat Arisya sehingga gadis itu hampir tidak sedarkan diri. Tepi bibirnya sudah berdarah dan tubuhnya terasa sangat lemah. Tangisannya semakin lebat apabila lelaki itu mula mencium pipi Arisya sehingga ke bahagian bahu yang sudah terdedah sepenuhnya.

Sesiapa...

Tolong...

Kudratnya sudah tiada dan Arisya hanya mampu berdoa agar mahkota yang dijaga penuh rapi tidak diambil daripadanya secara tidak rela sebelum dia tidak sedarkan diri.

Bang!

Tembakan dari pintu masuk mengejutkan lelaki yang menindih tubuh Arisya itu. Dengan pantas dia bangun untuk melarikan diri. Dia tidak boleh ditangkap sekarang.

"Woi! Kau nak pergi mana sial!" Wildan melepaskan tembakan tepat ke kaki kanan lelaki itu sebelum dia menghilang ke belakang bangunan untuk mengejar lelaki tersebut.

"Ya Allah, Fiya!" jerit Nadhif sebelum dia segera berlari ke arah gadis itu.

Hatinya bagai hancur selumat-lumatnya melihat keadaan Arisya yang sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan badannya yang lebam dan berdarah.

Nadhif menanggalkan hoodienya sebelum dia dengan berhati-hati menyarung hoodie tersebut ke badan Arisya. Hood baju itu diangkat untuk menutup rambut milik Arisya serapi mungkin.

"Kau kena bertahan, please..." ucap Nadhif sambil menahan esakan.

Kenapa...

Kenapa dia boleh berasa sesakit ini apabila melihat keadaan Arisya sekarang? Hatinya bagai ditusuk belati.

"Aku minta maaf aku terpaksa sentuh kau Fiya." Tubir matanya sudah bergenang dengan air mata sebelum duduknya dibetulkan untuk mengangkat tubuh gadis itu.

Derupan tapak kaki yang mendekati tidak dihiraukan sehinggalah Wildan meletakkan tangannya ke atas bahu Nadhif.

"Aku tak sempat nak tangkap jantan tu," jawab Wildan termengah-mengah.

"We sort that out later." Tubuh Arisya diangkat dengan penuh berhati-hati sebelum wajah Wildan dipandang.

" Wildan, hospital now."



RAMBUTNYA diraup berkali-kali. Nadhif sudah mati akal. Arfan masih lagi koma dan Arisya pula tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Bagaimana dia hendak memberitahu berita ini kepada kedua ibu bapa mereka? Tanpa sedar, keluhan berat dilepaskan.

Dikerling jam tangannya untuk seketika. Sudah pukul tiga pagi dan si Wildan ini boleh pula terlena di atas kerusi bahagian menunggu.

Setengah jam menunggu, akhirnya pintu bilik rawatan dibuka dan kelihatan seorang doktor keluar menghampiri Nadhif.

"Waris?"

"Saya kawan pesakit. Boleh saya tahu keadaan dia sekarang?" soal Nadhif risau.

"Ada beberapa kesan lebam di kawasan leher dan bahu. Kami sudah membuat pemeriksaan dan tiada sebarang tanda yang dia telah diperkosa tetapi dari segi emosi, pesakit kemungkinan besar akan mengalami trauma tentang kejadian itu."

Wajah diraup seketika sebelum Nadhif beristighfar panjang.

"Baik, terima kasih doktor." Senyuman tawar diberikan kepada doktor tersebut.

Setelah kelibat doktor itu hilang, Nadhif mengejutkan Wildan yang hampir tergolek jatuh dari atas kerusi menunggu tersebut. Dah tau tubuh itu sasa, pergi baring juga atas kerusi yang kecil tu dah kenapa? Manalah nak muat.

"Macam mana?" Polos Wildan menyoal.

"Macam mana apa. Kita balik dulu lah, esok pagi aku datang sini balik," kata Nadhif sebelum badannya diregangkan sedikit.

"Takpe bro, pasal Shafiq kau jangan risau, aku boleh tolong tengok-tengokkan dia. Kau settle dulu hal kat sini. Lagipun kau ni...macam ada something je dengan perempuan tu." Kening diangkat gaya memprovok sambil bibir Wildan dimuncungkan ke arah wad yang menempatkan Arisya.

Bukannya dia tidak nampak Nadhif menitiskan air mata semasa mereka dalam perjalanan menyelamatkan adik Arfan tadi.

"Takut kau je yang kena masuk wad ICU nanti," bidas Nadhif perlahan.

Ada sesuatu ke dia dengan Arisya? Dia hanya sukakan gadis itu, sama ada perasaannya dibalas atau tidak, dia juga tidak pasti. Namun keadaan Arisya yang terbaring tidak sedarkan diri tadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa kesal dalam dirinya kerana tidak mampu menjaga gadis itu dengan baik seperti yang telah dititipkan oleh Arfan.

Betul ke dia hanya suka semata-mata?

Atau lebih daripada itu?

COAST GUARD : Lieutenant NadhifWhere stories live. Discover now