"SAYANG meh sini kejap abang nak cakap benda"
Liyanna yang baru keluar dari tandas itu terus melangkah kearah suaminya.Fahim menarik lengan isterinya supaya duduk diatas ribanya.Fahim meletakkan wajahnya di ceruk leher Liyanna.Liyanna menggeliat kegelian apabila merasakan deruan nafas hangat milik Fahim di lehernya
"A-abang nak cakap apa dekat Liya?"Namun Fahim hanya mengabaikan soalan dari isterinya dia hanya ingin berehat sekarang ni apabila kepalanya berasa pening hanya bau Liyanna sahaja yang boleh menyembuhkannya ketika ini
"Ok dah!"Fahim menjauhkan wajahnya dari leher isterinya. Kening Liyanna berkerut apabila melihat wajah pucat milik suaminya. Dia mengelus pipi suaminya dengan lembut. Tak panas pun dahi Fahim
"Abang kenapa ni?"
"Abang pening sikit. Tapi dah ok"
Fahim mencium pipi isterinya sekilas dia memeluk pinggang isterinya dengan erat"Abang nak cakap something dekat Liya ni"
"Apa?"
Fahim mengeluh sebelum dia tersenyum nipis kearah isterinya. Geram je nak cubit pipi tembam isterinya itu dengan mata bundar yang berkelip-kelip tu. Banyak perubahan pada isterinya sekarang ni pipi semakin tembam muka pula berseri-seri."Minggu depan abang kena pergi lapor diri.Tadi abang baru dapat panggilan dari pihak atasan"
Senyuman di bibir Liyanna mula mengendur apabila mendengar suaminya ingin balik ke pangkalan pada minggu depan.Fahim mengeluh apabila melihat isterinya yang sedang menunduk sambil menggigit bibir tahu sangat isterinya nak menangis
"Nangis lah sayang jangan pendam"Setelah mendapat lampu hijau Liyanna terus menyembamkan wajahnya di dada Fahim.
Teresak-esak dia menangis di dada bidang Fahim.Fahim pula menggosok-gosok belakang isterinya untuk menenangkan isterinya dari tangisan.
"Abang memang wajib pergi ke?""Iya sayang. Abang janji tak lama pun ok"
Inilah yang dirisaukan oleh Fahim. Dia berat hati ingin meninggalkan isterinya yang terlampau cengeng ni"Nanti abang hantar sayang pergi rumah mama ok?"
Liyanna mendiamkan diri sementara sebelum dia mengangguk kecil.Bibir sedaya upaya cuba untuk menguntum senyuman."Liya taknak abang pergi"
Liyanna menggumam keseorangan tanpa dia sedari Fahim turut mendengar percakapannya lalu Fahim menarik Liyanna kedalam pelukan
"Abang janji nanti selesai kerja abang. Abang balik terus ok baby"Dia tersenyum nipis apabila mendengar cebikan di bibir isterinya. Comel geram je nak cubit-cubit pipi tu eee
"Dah jom tidur"**
"MAMA. Minggu depan Fahim kena pergi lapor diri jadi Fahim ingat nak hantar Liya dekat rumah mama boleh?"
Fahim bercakap dengan Puan Sri Sofea didalam panggilan telefon.Dia memandang sekilas kearah isterinya yang sedang terbongkang tidur diatas katil. Lepas solat subuh tadi Liyanna terus tidur penat katanya manakala Fahim hanya membiarkan isterinya berehat.
"Eh boleh je apa pula tak boleh lagipun dah lama mama tak berjumpa dengan menantu mama"
"Terima kasih mama"
Fahim tersenyum nipis sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya.Dia melangkah kearah isterinya sebelum dia mengelus pipi isterinya
"Ermm.."Liyanna merengek kecil tatkala merasakan satu tangan yang sedang bermain di mukanya
"Wake up baby dah tengah hari ni""Hmm"
Liyanna mencelikkan matanya lalu menggenyeh matanya yang masih lagi tersisa rasa kantukBaru saja Liyanna ingin bangun dari pembaringannya dia terus menekup mulutnya apabila tekaknya berasa mual. Tanpa menunggu lama dia terus berlari ke arah tandas.Dibuang segala isi perutnya di dalam singki itu.
Fahim menggosok-gosok belakang isterinya dia membuka pili air untuk membantu isterinya membasuh mulut.
"Nak muntah lagi?""Tak nak"
Fahim terus membawa isterinya ke katil dia meletakkan isterinya diatas katil.
"Pening ke?""Ikit"
Fahim menggelengkan kepalanya bahasa apalah isterinya cakap ni nasib lah dia faham. Dia mengambil minyak cap kapak lalu dicalitkan sedikit di jarinya sebelum dia meletakkan di tepi dahi isterinya.Dia memicit-micit dahi isterinya dengan lembut
"Abang. Liya apar la"
"Sayang nak makan apa?""Hmm itut abang lah!
"Ok kejap abang turun masak"
"Nak itut!"
Fahim tertawa kecil sebelum dia mengangkat isterinya di dalam dukungannya.Dia mendukung isterinya persis koala. Sampai di dapur dia meletakkan isterinya diatas meja.
"Sayang duduk sini ok biar abang masak""Otey abang!"
Fahim mencium puncak hidung isterinya sebelum dia menyediakan bahan untuk memasak nasi goreng.Liyanna termenung melihat badan tegap milik suaminya yang sedang mengacau nasi goreng di dalam kuali
'Encemnye cuami Liya'**
"ASSALAMUALAIKUM MAMA"
Fahim perlu balik ke pangkalan pada pagi esok dia saja datang hari ini kerana ingin meluangkan masa bersama mama dan papanya."Waalaikummusalam eh masuk lah apa pula tercegat dekat situ"
Puan Sri Sofea datang menyambung kedatangan anak dan menantunya"Papa dekat mana ma?"
"Ada dekat atas tengah buat apa entah"
Fahim mengangguk sebagai jawapan"Fahim naik atas kejap nak jumpa papa. Sayang duduk dengan mama kejap ye"
Liyanna mengangguk sambil tersenyum nipisLiyanna menghantar kelibat Fahim keatas dengan ekor matanya
"Mama. Umi tak kerja ke hari ni?"Liyanna mengajukan soalan kepada Puan Sri Sofea
"Kerja tapi dia balik kejap lepas asar nanti dia datang jumpa Liya"
Puan Sri Sofea memandang wajah menantunya yang tampak berseri dari sebelum ni.Hmm something fishy~
Puan Sri Sofea tersenyum sendirian
'kena bagitahu dekat Leha ni'Nak dapat cucu ke ni gess!
"Liya dah makan?"
"Belum. Nak tunggu abang dulu"
Puan Sri Sofea mengangguk sebagai jawapan tiba-tiba kedengaran sebuah kereta yang masuk di hadap garaj rumah Puan Sri Sofea."Siapa pula yang datang ni. Kejap eh Liya mama pergi tengok"
Liyanna mengangguk sebagai jawapanTanpa sempat Puan Sri Sofea ingin melihat tiba-tiba Khairina muncul dihadapan pintu rumahnya
"Eh Khai buat apa dekat sini?""Saja datang nak melawat mak long. Takkan tak boleh datang sejak ada menantu ni?"
Sinis Khairina menjawab terhadap Puan Sri Sofea"Mak long tanya je sebab jarang kamu nak datang rumah Pak long kamu ni"
Khairina hanya mendiamkan dirinya. Dia melangkah untuk bersalaman dengan Puan Sri SofeaLiyanna yang hanya diam di tempat duduknya dikerling sekilas olehnya. Senyuman sinis ditayangkan kepada Liyanna.
Dia datang sini kerana dia dapat mengetahui bahawa Fahim balik ke sini. khairina ingin menuju kerumahnya tadi tapi dia melihat kereta Fahim yang meluncur masuk di rumah Puan Sri Sofea jadi dia membuat keputusan untuk berpatah balik.
Do votes and and comment ✨
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...