"YOU ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" soal Arisya semasa keluar dari kedai makan tersebut bersama Nadhif.
"Hmm, ingatkan nak pergi pantai." Nadhif memandang sisi wajah Arisya. "Kau nak ikut?"
"Habestu kereta I macam mana?"
"Kau balik hantar kereta pastu naik dengan aku. Okay tak?" Nadhif memberi cadangan.
Boleh je padahal pergi dengan dua kereta tetapi Nadhif ingin Arisya naik bersamanya.
Mengada.
"Fiya?" Nadhif sudah berdiri di hadapan Arisya apabila gadis itu sedari tadi hanya diam.
"Ye? Oh haa boleh boleh." Terkejut Arisya dibuatnya.
Terus dia meloloskan diri ke dalam kereta sebelum menghidupkan enjin. Dihantukkan kepalanya ke stereng berkali-kali untuk membuang rasa malu.
'Boleh pulak aku termenung depan dia tadi.'
Gear dimasukkan sebelum kereta itu dipandu pulang ke rumah. Sesekali Arisya akan mengerling cermin pandang belakang untuk melihat kereta yang dipandu Nadhif mengekorinya.
Sampai sahaja di rumah, Arisya berlari-lari anak untuk menyimpan kunci kereta milik papanya sebelum dia bergegas keluar untuk meloloskan diri ke dalam kereta abangnya itu.
"Woi! Nok gi mane?"
Baru sahaja tangan ingin membuka pintu kereta, kedengaran jeritan abangnya yang tak ubah seperti baru tertelan speaker. Bingit betul.
Arisya mendengus kecil sebelum pandangannya dialihkan ke arah Nadhif yang sedang keluar dari tempat pemandu.
"Nak gi dating. Kenapa? Kau nak ikut ke?" seloroh Nadhif kepada sahabatnya itu.
Dating? Boleh tak kalau Arisya nak lompat bintang kat tengah halaman rumah sekarang ni?
"Amboi. Banyak lah kau ea, aku ikut jugak lah."
Kepala terus menoleh ke arah Arfan dengan kelajuan maksima. Tak fun langsung, bagilah orang keluar berdua je.
"Bakpe mu nok ikut pulok?" soal Arisya tidak puas hati.
"Eh dokleh (tak boleh), mu tau dok bila berdua-duaan dengan bukan mahram, ekgi (nanti) ada yang ketiga." Arfan mula membuka kata-kata.
"Apa yang ketiga tu?" Dilayan sahaja celoteh sahabatnya itu walaupun Nadhif tahu apa yang akan dijawab oleh Arfan.
"Setan."
"Tapi kan bro, kau dengan setan aku nampak cam takde beza pun." Selamba saja Nadhif membalas.
Terletus tawa Arisya apabila mendengar jawapan Nadhif, ditambah pula dengan muka abangnya yang sudah masam.
"Kau ni memang tak guna betul lah Zaf!" tempik Arfan sebelum dia berlari mendekati tempat duduk di sebelah pemandu. Sempat dia memberikan jari tengah kepada Nadhif.
"Mu dakyoh lah duduk sini, biar aku je."
Arisya menjeling tajam abangnya sebelum tangan naik memukul belakang kepala Arfan. Dia tergelak riang apabila mendengar lelaki itu mendengus kesakitan.
Sepanjang perjalanan ke pantai, hanya Arfan sahaja yang bercakap daripada tadi. Sesekali ada lah si Nadhif tu melayan sebelum dia kembali fokus kepada pemanduaannya.
Arisya? Berbakul-bakul soalan ditanya, sepatah sahaja yang dijawab. Malas nak layan, merajuk lagi nampaknya.
NADHIF menghampiri pantai tersebut dengan senyuman. Sungguh dirasakan tenang apabila dia berdiri di situ sambil menikmati ciptaan Yang Esa.
"Fikir apa tu?" Arisya menegur Nadhif sebelum mengambil tempat di sebelahnya.
"Takde apa pun." Nadhif menoleh ke arah Arisya. Raut wajah gadis itu diperhatikan dari sisi.
"Cantik kan?" Arisya yang terlalu kagum melihat pemandangan di hadapannya tidak sedar yang dia sedang diperhatikan oleh Nadhif.
"Cantik," bisik Nadhif perlahan.
Nadhif sedikit tersentak apabila telefonnya berdering. Terus dia beristighfar panjang apabila menyedari bahawa dia telah merenung Arisya terlalu lama.
"Hello?"
Arisya hanya memerhati riak wajah Nadhif yang tenang itu berubah cemas. Berita apa yang telah diterima oleh lelaki itu?
"Baik tuan, kami akan segera ke sana." Nadhif meletakkan panggilan sebelum matanya mencari kelibat Arfan yang tidak jauh daripada mereka berdua.
"Fiq! Kita kena balik sekarang!" tempik Nadhif kepada Arfan yang tergesa-gesa berlari mendekati Nadhif dan Arisya.
"Pehal lak ni?" soal Shafiq.
"Aku baru dapat info ada kes seludup minyak secara haram kat Tanjung Piai. Tuan Hamid nak team kita yang pergi pantau." Serius sahaja Nadhif semasa menerangkan maklumat tersebut kepada Arfan. Auranya sudah bertukar, tiada lagi raut wajah yang tenang seperti tadi.
"Kena gerak Johor sekarang ke?" Arfan meraup rambutnya kebelakang.
"Yes, kita balik and pack apa yang perlu lepastu terus gerak pergi kuarters di Kemaman. Katanya nanti akan ada helikopter yang tunggu kita kat sana."
"Ini kes berat ke? Sampai minta pasukan STAR (Special Task and Rescue) turun padang." soal Arfan hairan kerana cuti mereka masih berbaki tiga hari lagi tetapi sebagai anggota kumpulan elit, mereka harus sentiasa bersedia.
"Maybe." Nadhif juga sedikit terkejut apabila Tuan Hamid begitu tekad menghantar unit udara maritim untuk mengambil dia dan Arfan di Terengganu.
"Uniform and alatan kita macam mana bro? Takkan nak rembat yang pasukan maritim kat Johor punya?" soal Arfan berbaur gurauan.
"Takdenya, Tuan Hamid dah arahkan Fayyad dengan Wildan untuk settlekan, pandai-pandai lah dorang tu," jelas Nadhif kepada Arfan yang hanya mengangguk beberapa kali.
MENGUCAP panjang Arisya apabila melihat cara Nadhif memandu kereta abangnya itu. Dibuatnya kereta Bezza itu seperti sports car.
Dia ni cita-cita nak jadi F1 driver ke?
"Fiq, kete (kereta) mu ni ekgi biar aku jelah bawak balik Shah Alam." Arisya memberi cadangan memandangkan abangnya akan bergerak ke Johor melalui udara nanti. Mujur juga dia tidak membeli lagi tiket penerbangan pulang ke Selangor.
"Eh siyes ah, mu berani ke nok drive sampai Selangor ni?" Memang Arfan tidak mahu meninggalkan keretanya di rumah tetapi boleh percaya ke adiknya yang sorang ini?
"Ye boleh je, aku gerok lepas subuh mesti sapa sebelum malam." Arisya meyakinkan abangnya. Arfan pun satu, macam lah dia tidak pernah pulang ke Terengganu dengan keretanya sendiri.
"Okay, nanti drive hati-hati."
"Baik bos." Arisya membuat tabik hormat kepada Arfan.
Nadhif yang tadinya hanya diam tiba-tiba teringat akan satu lagi perkara yang diberitahu oleh Tuan Hamid tadi. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia menoleh ke arah Arfan semasa berhenti di lampu merah.
"Fiq...there's one more thing yang Tuan Hamid bagitahu aku tadi."
"Apa dia?"
"Kita kena team up dengan Charlie Team."
Arfan meraup wajah sebelum dia menyandarkan kepalanya di headrest kereta tersebut.
"Shit."
YOU ARE READING
COAST GUARD : Lieutenant Nadhif
Romance(complete) ⁺✧ - COAST GUARD SERIES #1 blurb di dalam.