BAB 3

678 26 3
                                    

"Anna. Annabella!" sejurus Namanya di panggil seperti itu langsung langkahnya terhenti.

Dengan itu juga ketiga-tiga gadis yang mengikutinya daripada belakang juga berhenti daripada melangkah secara mendadak.

Nasib tidak ada yang jatuh.

"Apa dia?" dengan sorok mata tajam dia memandang kepada tiga rakannya itu.

Dan Jannah terlebih dahulu mendekati kepada Annabella.

"Anna...kau marah ke...sorrylah aku Cuma nak kau berkenalan dengan Tengku Dafrim je. Lagipun itu permintaan dia. Dia nak sangat berkenalan dengan kau." Perjelas Jannah.

Tanpa Annabella sendiri minta perjelasan.

"Aku tak suruh kau explain apa-apa pun." Nyata Annabella.

Membuat keadaan makin sunyi. Memang Annabella di kenali antara mereka berempat dia yang paling garang.

Walaupun pendiam. Tapi Annabella kalau sudah di fasa marahnya. Garangnya tiada tandingan. Seram mereka yang lainnya.

Tapi segarangnya Annabella gadis itu masih boleh berlembut hati. Apalagi Jannah si penyejuk hatinya.

"Tapi aku nak. Aku nak explain. Aku tak nak kau rasa aku paksa. aku Cuma nak kau ada kenalan kawan lelaki itu sahaja." Ujar Jannah.

Annabella sedia menjeling mata ke atas.

"Anna..." Jannah merengek.

"Okey. Fine. Aku berterima kasih Jannah. Sebab kau ada usaha macam itu. Tapi aku tak nak. Aku tak nak berkenalan dengan sesiapa pun. Apatah lagi lelaki. Aku datang sini, aku nak study. Nak capai cita-cita aku." Luah Annabella.

Kedua mereka yang berbicara lagi dua orang sahabat mereka itu berdiri memandang mereka tanpa memahami.

"Tapi Anna aku..."

"Annabella." Panggilan satu suara asing antara mereka itu membuatkan seketika beralih pandang kepada pemilik suara.

Seperti yang Annabella tidak harapkan.

'Hish dekat mana-mana mesti ada dia ke sekarang ni?!'

Di lihat lelaki itu mendekati bersama-samaan dengan rakan-rakannya.

Dan seperti yang Annabella ketahui sendiri mereka adalah kumpulan pelajar lelaki yang sungguh popular di kampus.

Sekaligus itu membuat tarikkan kepada seluruh pelajar lain yang mendengar panggilan Tengku Dafrim itu tadi.

'Aduh...lepas ini memang semua akan tahu nama aku!'

"What you want?"

"You" Tengku Dafrim berterus terang.

Ayris menghela nafas dengan menjeling mata ke atas.

"Tengku Dafrim."

"Ye saya." Dengan semangat tertiba lelaki itu selangkah mendekati kepada Annabella.

Tapi kali ini, tidak Annabella berundur ke belakang. Sudah di lihati orang dahpun. Sudah pasti dia akan di jadikan target.

"Saya bukan berniat untuk biadab atau apa. Tapi saya rasa dah cukup jelas apa yang saya cakap melalui perbualan telifon kita semalam." Ujar Annabella.

Di kernakan tinggi Tengku Dafrim di rata-rata sedikit tinggi daripadanya. Annabella tidak payah susah-susah untuk mendongak lebih untuk memandang wajah si jejaka.

"Yang mana? Yang awak kata kita tak sesuai?" nyata lelaki tersebut.

Annabella yang mendengar cuba untuk lebih bersabar.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now