04. Kejadian Hujung Minggu

5.5K 94 12
                                    

Sudah dua minggu Raudhah bertugas di tempat kerja baru itu. Semakin hari semakin selesa dengan rakan rakan kerja, murid murid dan ibu bapa kepada murid murid itu. Semakin lama dia bekerja semakin dia perasan yang pihak bapa terutama sekali yang berbangsa asing suka menggatal dengan cikgu cikgu pada waktu menghantar dan mengambil anak anak mereka. Cikgu cikgu di sekolah itu pula ada suka melayan terutama sekali cikgu Florence. Cikgu Nadirah pula langsung tidak melayan mereka dan mereka pun memahami. Raudhah pula cuba bersikap profesional apabila berinteraksi bersama mereka. Tidak melayan sangat buat masa yang sama bersikap ramah terhadap mereka. 

Yang paling kerap berinteraksi dengan cikgu Raudhah adalah Mr. Daniel. Banyak kali di pelawa untuk di hantar pulang tapi di tolaknya. Walaupun Raudhah semakin selesa berjabat tangan dengan orang bukan muhrimnya, masih lagi ada rasa takut untuk rapat dengan Mr. Daniel. Melihat cara Mr. Daniel melihatnya dan senyum terhadapnya, Raudhah dapat merasakan yang Mr. Daniel ada niat nakal terhadapnya.

Waktu rehat telah tiba. Raudhah diminta berjumpa dengan Shabana. Raudhah pun mengetuk pintu pejabatnya.

“Masuk!” terdengar suara Shabana dari dalam bilik. Raudhah pun memasuki bilik itu.

“Hi Raudhah sila duduk.”

“Baik Sha…”

“Sebenarnya saya nak check dengan awak bagaimana awak dapat sesuaikan diri di sekolah ini”

“Oh gitu semuanya ok Sha… rakan kerja pun banyak membantu.”

“Hmm bagus lah gitu… bagaimana pula dengan murid murid

“Adalah beberapa yang tak dengar kata tapi itu lazim budak budak kan”

“Hmmm bagus tu saya pun kagum dengan cara awak mengendalikan kelas awak”

“Terima kasih”

“Bagaimana pula dengan ibu bapa mereka, mereka ada bagi apa apa masalah tak”

“Buat masa kini tidak lah…. Dorang sangat ramah… lebih lebih lagi para bapa”

“Hmmm saya nampak Mr. Daniel semakin rapat dengan awak… awak ok ke”

“Ok je.. Janji tak melampau batas saya tidak kisah…. Cuma kadang kadang dia ada pelawa saya balik tapi saya takut lah. Mana tahu dia buat apa apa kat saya.”

“Takut apa? Kena rogol? Jangan risau kan Jack ada dalam kereta itu. Habis anaknya mengadu pada isterinya.”

“Hmmm tetap takut lah Sha… saya ni dah kahwin… “

“ Apa kata lain kali dia ajak awak ikutkan je.”

“Kenapa Sha”

“Yelah awak kan sedia maklum… yang Mr. Daniel tu antara penderma kita yang terbesar. Jadi kita kenalah kita jaga hatinya sikit. Saya tak minta banyak pun.” 

“Hmmm tapi Florence kan ada…”

“Well two is better than 1 right? Jangan risau kalau ada apa apa yang awak kurang selesa boleh datang kepada saya.”

“Hmm saya cuba Sha… “

“That’s the spirit… awak kena ingat syarikat kita besar bukan saja sekolah ni saja jadi lagi banyak sponsor kita ada lagi banyak cawangan kita boleh buka.”

“Setuju Sha… Saya akan buat sebaik mungkin.”

“Baiklah awak boleh teruskan waktu rehat awak saya tak mahu ambil masa yang panjang.”

“Terima Kasih Sha”

Raudhah keluar dari bilik itu. Dirinya rasa kecewa dengan permintaan dari pengetuanya. Sebagai seorang ketua dan seorang wanita islam, dia sepatutnya memberi nasihat agar berhati hati ini dia lebih fikirkan keuntungan. Mungkin itu sebab dia cepat menjadi pengetua pada usia begitu. Sambil turun tangga sambil Raudhah memikirkan kata kata Shabana.

Korupsi PendidikanWhere stories live. Discover now