"T-TA-"
Tanpa sempat Liyanna menghabiskan ayatnya Maksu Selina menolaknya sehingga dia tersembam ke belakang"Tsk!"
Menggerimis kesakitan Liyanna apabila pinggangnya terkena di bucu meja makan yang tajam. Dia terus menggigit bibirnya untuk menahan diri dari mengeluarkan sebarang suara."Kau ni kenapa hah! Baru masuk keluarga ni dah mula nak tunjuk taring tu! Dasar perempuan sundal!?"
Puan Sri Sofea yang turut mendengarkan itu terus bersuara."Kau ni kenapa Lina! Kau cakap menantu aku ni perempuan sundal!?"
"Kalau kau nak tahu angah menantu kau yang kau sayang ni sangat bukan setakat sundal tapi mandul!?"
Kedengaran suara makcik-makcik yang turut berada disitu sedang berbisik sesama sendiri air mata Liyanna yang ditahan dari tadi lagi terus mengalir di pipinya.Dia hanya memerlukan suaminya yang berada disisinya sekarang ni.
'Abang.Liya perlukan abang''Pang!'
Berdesing telinga Mak Su Selina tatkala penampar sulung milik Puan Sri Sofea hinggap di pipi kanannya."Orang yang kau cakap sundal dan mandul tu menantu aku!?. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni Lina!?"
Maksu Selina terus memandang Puan Sri Sofea dengan pandangan yang cukup tajam"Eh angah betul lah apa yang aku cakap. PEREMPUAN NI MEMANG SUNDAL DAN MANDUL!?"
Menggigil hebat tangan Liyanna ketika ini dalam hati hanya Allah yang tahu betapa hancurnya ketika ini'abang dekat mana?'
Serentak itu muncul satu suara garau lelaki yang mendatar muncul dari pintu dapur.
"Perempuan yang Maksu cakap sundal dan mandul tu isteri Fahim"Fahim mengetap rahangnya dengan kuat dari tadi lagi dia mendengar dan melihat segala perbuatan,herdikan terhadap isterinya dan pergaduhan di dapur.
Mereka yang berada disitu turut mengangkat wajah apabila mendengar satu suara lelaki.
Nellysha terus menelan air liurnya yang terasa berpasir."Tapi betul lah kan dia man-"
"SHE'S MY WIFE!?"
Terhinjut bahu Maksu Selina dan Nellysha tatkala Fahim menjerkah mereka"Eh. Fahim tengok lah perempuan tu buat apa dekat anak Maksu!"
Maksu Selina juga turut meninggikan suaranya untuk menyebelahi anaknya.Tiba-tiba terletus tawa kecil di bibir Fahim namun kedengaran agak menyeramkan di telinga mereka
"Nak tipu orang pun agak-agak lah. Pastikan biar tak ada bukti dulu"Maksu Selina mengerutkan keningnya sebelum dia dan Nellysha melihat kearah tempat yang ditunjuk oleh Fahim. Terbeliak mata Nellysha tatkala melihat cctv yang berada di dinding itu.
"Tapi aku taknak tengok dalam cctv aku nak kau cakap depan-depan dekat aku. Betul ke isteri aku yang buat kau?"Nellysha menunduk ketakutan dengan wajah yang pucat mencuka bagai tiada darah yang mengalir kalau ditoreh mungkin tidak akan keluar darah
"Aku tak suka ulang soalan yang sama jadi BILA AKU TANYA JAWABLAH!?"Terhinjut bahu Nellysha apabila melihat sisi agresif milik Fahim
"T-tak Nelly yang jatuhkan jag ni"
Fahim tersenyum sinis sebelum dia menarik lengan isterinya untuk mengikuti langkahnya.**
"SAYANG ada sakit dekat mana-mana tak?"
Fahim menarik lengan isterinya untuk duduk dibirai katil lalu Liyanna melabuhkan punggungnya ditepi Fahim."Tak ada"
Liyanna tersenyum nipis. Tentang luka di pinggangnya itu biarlah dia seorang je yang tahu.Tiba-tiba dia mendesis kesakitan apabila tangan kekar Fahim memegang tempat lukanya apabila Fahim ingin menariknya kedalam pelukan.
Kening Fahim langsung berkerut tatkala mendengar Liyanna mendesis . Tanpa mendengar jawapan dari Liyanna dia terus mengangkat baju isterinya separas pinggang dan disitu kelihatan ada satu luka yang masih baru dan darah masih lagi tidak kering
"Who did this?"Liyanna meneguk air liur kesat tatkala mendengar suara mendatar milik Fahim
"L-Liya ja-"
Tanpa sempat Liyanna ingin menghabiskan ayatnya dia terus berlari ke tandas sambil menekup mulutnya menggunakan sebelah tangannya apabila tekaknya berasa mual'Uwerk'
Liyanna memuntahkan segala isi di dalam singki itu.Fahim juga turut berlari kearah tandas apbila melihat isterinya yang berlari masuk kedalam tandas. Dia menggosok-gosok belakang isterinya.
"Nak muntah lagi?"Liyanna menggeleng sebelum dia memegang lengan kekar milik Fahim. Dia memejam matanya tatkala pening yang datang menyengat di kepalanya.
Fahim yang faham akan itu terus memapah isterinya sehingga ke katil.
Dia mengambil minyak gamat dan kapas lalu dituangkan sikit minyak gamat itu di atas kapas sebelum di meletakkannya di tempat luka isterinya. Sempat dia membaca beberapa potongan ayat suci."Ya Allah, tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, Berilah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain."
"Abang Liya pening lah"
Fahim terus bersandar di kepala katil.
Dia menarik kepala isterinya untuk tidur diatas pehanya.Fahim memicit dahi milik isterinya dikucup sekilas dahi Liyanna.
"Sleep well sugar"'You mess up with wrong person'
Hehe
Do votes and comment✨
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...