Pagi di Istanbul menyambut mereka dengan udara sejuk yang segar dan langit biru cerah. Dari balkoni hotel, Liyanna sudah terpesona melihat pemandangan Hagia Sophia yang tersergam indah tak jauh dari situ.
"Abang, cantiknya rasa macam mimpi kita ada dekat sini"
Liyanna bersandar di railing balkoni sambil menikmati hembusan angin
Fahim muncul dari belakang lalu menyarungkan jaket ke bahu isterinya
"Sayang ni setiap kali terpesona, abang makin risau"
" Risau apa pulak?"
" isau nanti ada orang lain pun sama terpesona tengok isteri abang ni"
Jawapan Fahim membuat Liyanna tergelak besar, lalu menepuk bahu suaminya manja.
Selepas sarapan Turki yang penuh dengan roti, keju, zaitun dan teh panas, mereka memulakan perjalanan pertama ke Hagia Sophia.
Liyanna berdiri di hadapan bangunan bersejarah itu, matanya bersinar-sinar.
"Ya Allah, abang! Tempat ni besar dan megah sangat. Macam dalam buku sejarah yang Liya baca masa sekolah dulu"
Fahim memandang wajah isterinya yang penuh keterujaan
"Kan abang dah kata, abang bukan saja bawa sayang jalan-jalan. Abang nak bagi sayang pengalaman yang sayang akan kenang selamanya"
Mereka melangkah masuk, mata Liyanna tak berhenti mengagumi seni bina dan kubah yang indah. Dia sibuk mengambil gambar, sementara Fahim pula lebih gemar mengambil gambar Liyanna.
"Abang, ambil gambar sini!"
Liyanna memanggil sambil berdiri di bawah kubah besar. Klik! Fahim tersenyum puas
"Perfect. Tapi lagi perfect kalau ada gambar kita berdua"
Fahim menarik tangan isterinya, mengajak bergambar selfie berdua dengan latar Hagia Sophia.
Tak berhenti di situ, mereka terus pergi Grand Bazaar, pasar tertutup yang penuh dengan kedai menjual perhiasan, karpet, lampu mozek dan manisan Turki. Liyanna hampir rambang mata.
"Abang, tengok ni! Cantiknya lampu ni"
Fahim tersenyum, lalu tanpa banyak soal terus membayar satu lampu kecil mozek berwarna biru. "Untuk hias rumah kita buat kenangan"
Liyanna hanya mampu tersenyum lebar sambil menggeleng
"Abang ni romantik sangat"
Hari itu berlalu penuh dengan gelak tawa, kamera penuh dengan gambar, dan hati mereka penuh dengan memori baru. Istanbul seakan menyambut cinta mereka dengan tangan terbuka.
**
Malam itu, angin sejuk berhembus lembut di tebing Selat Bosphorus. Lampu-lampu kota Istanbul berkelipan, mencerminkan cahaya indah di permukaan air. Liyanna berdiri di atas dek kapal, matanya terpegun melihat pemandangan yang seakan hidup dalam sebuah lukisan
"Abang, cantiknya"
Suaranya tenggelam dalam kagum.
Fahim yang berdiri di sisi, menyeluk tangan ke dalam poket coat lalu menoleh ke arah isterinya
"Cantik, tapi tetap tak boleh lawan pandangan isteri abang sekarang ni"
"Abang ni, janganlah asyik sweet talk"
Liyanna menahan senyum sambil cuba menutup rasa malunya.
Kapal perlahan-lahan bergerak, membawa mereka menyusuri selat yang memisahkan Asia dan Eropah itu. Dari kejauhan, kelihatan Jambatan Bosphorus dengan lampu LED bertukar warna, menjadikan suasana lebih magis.
Pelayan kapal datang membawa set hidangan makan malam. Roti hangat, kebab, nasi pilaf, dan manisan Turki terhidang di meja mereka. Fahim sengaja menyuapkan sepotong baklava ke mulut isterinya.
"Abang, ramai orang tengoklah!"
Liyanna menepis perlahan, wajahnya merona merah
"Biar. Dunia pun tahu yang Liyanna Amaira milik Tengku Mohd Fahim"
Suasana itu membuat Liyanna terkekeh, lalu membalas dengan menyuap secubit daging kebab ke mulut Fahim. "Okay, sekarang giliran abang pulak"
Selepas makan malam, muzik tradisional Turki mula dimainkan. Ramai pelancong bangun menari. Liyanna hanya memandang, tetapi Fahim tiba-tiba berdiri lalu menghulurkan tangan.
"Dance with me?"
"Eh abang, janganlah. Malu"
"Kalau malu dengan orang, tak apa. Pandang abang je. Kita menari untuk kita berdua"
Akhirnya, Liyanna mengalah. Dengan senyuman malu-malu, dia meletakkan tangannya dalam genggaman Fahim. Mereka menari perlahan di dek kapal, dengan hembusan angin malam dan panorama kota Istanbul sebagai saksi.
"Sayang tahu tak?"
bisik Fahim di telinga isterinya
"Moment macam ni kalau abang ulang sampai seratus kali pun takkan puas"
Liyanna tersenyum, matanya bersinar di bawah cahaya lampu kapal.
"Asalkan dengan abang, Liya sanggup"
Dan malam itu, di tengah Selat Bosphorus yang memisahkan dua benua, cinta mereka semakin erat, seakan tiada apa yang mampu memisahkan.
VOTES AND COMMENTS🫰🏻
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)