TRES : PART 25 [√]

33 5 0
                                    











          "Mak," Encik Kamal menghentikan bicara ibunya

   "Tu isteri Tuan Idrees, pemilik projek rumah anak-anak yatim, Puan Aila," Encik Kamal berdiri. Dia memberitahu Hajah Kalsom yang masih menatap Ukaila tajam

Ukaila menundukkan pandangan. Jemarinya dimainkan sesama sendiri. Dia resah !

   "Maafkan pakcik.. tuan, puan. Ni ibu pakcik, Hajah Kalsom. Mulut dia memang macam tu, tapi hati dia baik," bela Encik Kamal. Ukaila senyum nipis disebalik mask

Bela selagi boleh bela.

   "Huh!" Hajah Kalsom mendengus kuat. Dia membuka langkah mendekati sofa.

   "Puan Aila konon. Kau.. Ukaila Zulaikha," sinis suara itu bertanya. Encik Kamal membulatkan mata. Matanya melirik pada Ukaila.

Kenapa dia tidak berfikir seperti itu? Adakah benar ini Aikha, anaknya?

   "Bagus kau sekarang eh. Dah pandai jerat jerung sekarang. Berapa kau jual badan kau dekat jantan kaya ni?" Ukaila memejamkan mata. Ayat itu tertanam ke dalam dasar hati.

Idrees menaikkan wajah memandang Hajah Kalsom. Boleh tahan mulut wanita tua ini

Ukaila menatap wajah Hajah Kalsom tajam. Dulu, dia masih boleh bertahan kerana ada ibu disampingnya. Tapi tidak sekarang. Tuduhan itu terlalu melampaui batas

Ukaila mencabut mask dari wajahnya. Terpampang wajah cantik itu. Semua yang berada disitu terkejut dengan kehadiran gadis itu. Ada yang teruja ada juga yang tidak puas hati

    "Kan aku dah cakap, dia anak kau, Kamal," Hajah Kalsom berkata lagi. Ukaila mengetap bibir

   "Aikha!" panggil satu suara. Gadis itu berlari memeluk erat tubuh tinggi milik Ukaila.

   "Sha," sebutnya perlahan. Dia membalas pelukan itu

   "Kau pergi mana? Puas aku dengan Zain cari kau sekeluarga selama ni," gadis itu meleraikan pelukan. Ukaila terkaku mendengar pengakuan Tasha

   "Aku ada je dekat Malaysia ni," balas Ukaila perlahan. Zain, lelaki yang menyapa mereka tadi dilihat sekilas. Dia hadiahkan senyuman nipis

   "Aku dah agak tadi tu kau. Minah ni tak percaya," Zain menghampiri mereka berdua. Dia berjabat tangan dengan Idrees.

   "Zain, abang sepupu Aikha. Yang ni, Tasha, kembar lain mak ayah Aikha," seloroh Zain. Idrees tersenyum nipis

   "Idrees, suami Aila" Idrees memperkenalkan diri. Zain menepuk bahu Idrees berkali-kali.

   "Congrats, bro"

   "Suami konon. Kau tahu tak perempuan ni dah pernah sondol abang sepupu dia sendiri," bidas Hajah Kalsom. Idrees yang mendengar menatap tajam wajah tua itu. Ukaila terdiam lagi.

   "Nek, benda dah lepas. Tak payah diungkit lagi. Lagipun, benda entah betul entah tidak. Entah-entah si Badrul tu reka cerita. Bukan orang tak tahu betapa dia tergilakan si Aikha ni dulu," bidas Zain panjang lebar. Sakit hatinya melihat sepupu kesayangan dituduh melulu.

   "Engkau tak payah nak bela sangatlah sepupu kesayangan kau ni. Dari emak dia sampailah dia aku takkan pernah percaya. Dasar tak kenang budi!" Jerkah Hajah Kalsom lagi. Kali ini, Ukaila melangkah selangkah ke arah Hajah Kalsom

   "Kalau Hajah nak hina saya, silakan saya tak kisah. Tapi, bila Hajah hina ibu saya, itu dah melampau," ujar Ukaila senada. Sudah lama dia pendam perasaan ini

Wajah tua Hajah Kalsom dipandang tajam 

   "Kau ingat aku takut dengan kau? Sikit pun aku tak takutlah," bicaranya kasar. Ukaila tersenyum sinis

TRES (On Going)Where stories live. Discover now