Chapter 37 [The story]

4.2K 241 24
                                    

⚠ DISCLAIMER: This part might be boring because of the flashback story about Sam, His father and himself ✨

🦋🦋🦋🦋

Elle melihat Nicholas yang sedang duduk di balkoni bilik tidur mereka itu. Termenung jauh suaminya saat ini. Elle mengetuk pintu balkoninya itu dan dibalas dengan tatapan dari suaminya. Elle senyum.

"Saya ganggu abang ke?" Elle bertanya. Nicholas senyum dan menggelengkan kepalanya. Dia memanggil isterinya untuk duduk bersama-sama. Elle menurut. Nicholas menarik tangan Elle dan dia dudukkan Elle di pangkunya. Elle terkejut sebelum dia mengelus rambut suaminya. 

"Tak sangka kan abang, rupanya selama ni, Sam tu boleh berjalan rupanya. Sampainya hati dia tipu Kak Erra. Dia tak tahu ke macam mana sayangnya Kak Erra tu dekat dia." Kata Elle. Alangkah terkejutnya Kak Erra dan dirinya ketika mendengar pengakuan Samuel sebentar tadi. Sungguh kecewa Kak Erra mendengar pengakuan dari Samuel sehingga dia tidak mampu berhenti menangis. Kini, Kak Erra mengunci dirinya di dalam bilik tetamu rumah Maria. Kak Erra enggan bertemu dengan sesiapa termasuklah Sam sendiri. Bagi Elle, seandainya dia berada di tempat Kak Erra sendiri pun akan rasa terluka. Elle sendiri yang melihat betapa susah payahnya Kak Erra yang berusaha untuk menyembuhkan Samuel. Kak Erra yang tidak pernah berputus asa demi suaminya sudah tentu rasa kecewa dengan penipuan dan pengakuan dari suaminya sebentar tadi.

Nicholas menoleh. Elle turut melihat suaminya. Nicholas menghela nafasnya sebelum dia meraih tangan isterinya itu. Elle menunduk.

"Sebenarnya..." Nicholas bersuara.  Elle melihat Nicholas.

"Sam.. Dia memang sudah pulih sepenuhnya beberapa bulan terdahulu." Kata Nicholas. Elle mengerutkan dahinya. Nicholas dipandang.

"Abang tahu. Abang tahu yang dia dah pulih."

"Macam mana abang tahu?" Tanya Elle.

"Sebab dia.."

"Dia apa?" Tanya Elle dengan nada yang sedikit tinggi. Nicholas melihat isterinya sebelum dia mengenggam kemas tangan isterinya.

"Abang nak kongsikan satu cerita dekat Love. Love nak dengar tak cerita abang?" Tanya Nicholas. Elle melihat suaminya dengan nafas turun naik. Elle memejamkan matanya sebelum dia mengangguk. Nicholas mencium tangan isterinya sebelum dia menghela nafas. Bersiap sedia untuk menceritakan apa yang seharusnya isterinya  tahu.

"Samuel.. Dia sebe-."

"Sekejap. Saya nak duduk dekat kerusi." Kata Elle. Elle ingin bangun namun dihalang oleh Nicholas.

"No! Stay here. Jangan bergerak sehingga abang selesai cerita." Kata Nicholas. Elle kemudiannya mengangguk dan membetulkan kedudukannya di pangku Nicholas. 

"Sam, he is an ex-bodyguard of my father." Kata-kata Nicholas membuatkan Elle tergamam. Matanya sedikit membulat mendengar kata-kata suaminya. 

"He is an ex-bodyguard of my father.  Macam yang abang cerita dahulu dekat Love. My dad, dia pernah mengetuai satu kumpulan rahsia dekat Itali. Kumpulan yang abang sendiri tak tahu kewujudan masa abang kecil dahulu. Abang percaya yang my dad tu hanyalah seorang ahli perniagaan syarikat yang biasa. Pergi kerja dan pulang kerja macam biasa. Abang sendiri tak tahu bila dia bergiat aktif dengan kumpulan rahsia tu. Abang dapat tahu tentang kegiatan dia semasa abang diculik, keluarga abang yang menjadi mangsa. Atau lebih tepatnya, abang yang menjadi mangsa. Abang diculik oleh musuh dia sendiri. I'm still young during that time. Abang masih kecil lagi. Masih tak faham dan tak tahu apa yang sedang berlaku. Inilah juga antara salah satu punca kenapa my mom and my dad divorced. I don't remember what the name of the gang is.. If I'm not mistaken, it called Angeath. Singkatan kepada Angel of Death. " Kata Nicholas. 

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now