ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 35

1.9K 78 0
                                        

Pagi itu, suasana rumah pasangan baru itu penuh dengan debaran gembira. Liyanna bangun awal, walaupun semalam dia sibuk sangat kemas barang sampai hampir pukul 1 pagi baru tidur. Senyuman di wajahnya tak pernah lekang bila melihat dua luggage besar di ruang tamu tanda mereka bakal memulakan perjalanan paling indah selepas akad nikah, iaitu honeymoon ke Istanbul.

"Sayang, dah siap?" suara Fahim kedengaran dari dapur. Lelaki itu segak dengan kemeja putih santai dipadankan dengan seluar jeans hitam. Di tangannya, dua cawan kopi panas sudah tersedia.

"Dah. Abang ni macam pergi kerja pulak. Kita nak pergi honeymoon tau, bukan meeting"
Liyanna sempat mengusik, mengambil kopi dari tangan suaminya.Fahim tersenyum kecil.
"Kalau dengan sayang, tiap hari pun honeymoon."
Liyanna pura-pura menjeling, tapi pipinya jelas bersemu merah.

Beberapa minit kemudian, teksi yang ditempah sudah sampai. Fahim mengangkat luggage ke bonet, manakala Liyanna memastikan pasport dan tiket berada dalam beg tangan. Perjalanan ke lapangan terbang dipenuhi gurau-senda, malah Liyanna sempat berangan-angan ingin mencuba makanan Turki yang selalu dia tengok dalam vlog travel YouTube.

Sampai di KLIA, suasana sibuk dengan penumpang yang lalu-lalang. Liyanna menggenggam tangan Fahim erat, takut terpisah dalam keramaian.
"Abang, Liya rasa macam mimpi lah kita nak pergi Istanbul. Tempat yang Liya selalu tengok dalam drama Turki tu"

Fahim berhenti sejenak, menunduk memandang wajah isterinya
"Ini bukan mimpi sayang. Ini kenyataan dan abang bahagia sebab orang yang ada sebelah abang sekarang ialah isteri abang sendiri"
Liyanna tersenyum.

Selepas urusan check-in luggage selesai, mereka duduk sebentar menunggu panggilan boarding. Fahim sempat keluarkan kamera.
"Sayang, pandang sini"
"Alah abang, muka Liya tak ready lah"

"Tak kisah. Abang nak capture moment kita, natural lebih cantik"
Klik! Kamera menangkap senyuman tulus Liyanna yang cuba menahan malu.

Tak lama kemudian, pengumuman boarding kedengaran. Debaran semakin terasa. Tangan Liyanna kembali menggenggam tangan Fahim, kali ini lebih kuat.
"Ready, Mrs. Fahim?"  bisik Fahim di telinga isterinya.
" Always ready, Mr. Fahim"

Mereka melangkah masuk ke pintu pesawat, meninggalkan tanah air dengan hati penuh cinta. Dan di hadapan mereka terbentang satu kota penuh sejarah dan keindahan Istanbul, Turkey destinasi impian yang kini menjadi kenyataan.

**

Pesawat Malaysia Airlines itu akhirnya mendarat di Istanbul Airport selepas lebih sepuluh jam penerbangan. Liyanna yang dari tadi berbaring di bahu Fahim kini mula mengerling ke arah tingkap.

"Ya Allah, abang tengok tu!" Matanya bercahaya melihat panorama lampu-lampu kota Istanbul yang berkelip di bawah sana.Gahim tersenyum kecil, bahagia melihat keterujaan isterinya
"Cantik kan? Tapi bagi abang, ada satu je pemandangan paling cantik sekarang ni"
Liyanna mengerutkan dahinya
"Apa?"

Fahim mengangkat tangan lalu menyentuh hujung dagu isterinya dengan manja
"Pemandangan depan mata abang. Isteri abang sendiri"

'Flashh!"'

“Abang ni"
wajah Liyanna sudah merah padam, tetapi dalam hati dia senyum tak henti.

Selesai urusan imigresen dan ambil bagasi, mereka keluar dari balai ketibaan. Angin sejuk musim luruh terus menyapa wajah. Liyanna menarik nafas dalam-dalam, terasa segar dengan aroma asing yang penuh dengan vibe kota sejarah itu.

"Abang, sejuknya!"
Liyanna cepat-cepat merapatkan tubuhnya ke arah Fahim.Fahim tanpa ragu menyelimutkan shawl yang dibawanya ke bahu isterinya
"Kan abang dah kata, musim luruh kat sini anginnya tajam sikit. Nasib baik sayang bawa shawl lebih"
" Nasib baik ada abang" 
Balas Liyanna, sambil tersenyum kecil.

Mereka menaiki teksi yang akan membawa ke hotel di kawasan Sultanahmet berdekatan dengan Hagia Sophia dan Blue Mosque. Sepanjang perjalanan, mata Liyanna tak berhenti memandang ke luar. Bangunan-bangunan klasik, jalan berbatu, serta lampu jalan yang hangat membuatkan dia rasa seolah-olah masuk ke dalam drama Turki kegemarannya.

"Abang kita betul-betul dekat Istanbul sekarang" Suaranya penuh syukur, hampir berbisik.
Fahim menggenggam tangan isterinya erat
"Ya, sayang. Dan ini baru permulaan. Kita akan cipta banyak kenangan indah dekat sini. Honeymoon pertama kita"

Kereta berhenti di hadapan hotel butik yang bergaya klasik Eropah dengan pintu kayu antik dan lampu gantung berwarna kuning keemasan. Liyanna berdiri terpaku, terpesona.
"Cantiknya, macam lukisan"

Fahim hanya tersenyum, kemudian merangkul bahu isterinya.
"Dan Liyanna Amaira lah masterpiece paling indah dalam hidup Tengku Mohd Fahim"
Liyanna hanya mampu ketawa kecil, tapi hatinya bergetar bahagia. Malam itu, Istanbul menjadi saksi kepada permulaan kisah cinta yang akan dikenang seumur hidup.















VOTES AND COMMENTS
Kita bagi sugar-sugar dulu💅🏻

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang