Nicholas, Elle dan Alex menjemput Kak Erra yang akhirnya dibebaskan setelah hampir 4 hari dia duduk di sebalik sel besi untuk memberi keterangan. Permintaan dan keterangan yang diberikan oleh Elle dan Nicholas sebagai mangsa gagal menjadikan Kak Erra sebagai suspek utama di dalam kes mereka.
Saat ini, Max Henderson telah tersenarai sebagai salah seorang yang dikehendaki oleh pihak polis di bandaraya Metropolitan pada hari ini. Elle memeluk erat tubuh kakaknya yang sedikit pucat itu. Elle menggosok badan Kak Erra sebelum mereka masuk ke dalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Alex itu mula bergerak meninggalkan bangunan yang tertulis New York Police Department itu.
Kak Erra melihat bangunan pencakar langit yang begitu tinggi di luar tingkap kenderaan milik Nicholas itu. Kak Erra mengeluh perlahan. Sehingga ke hari ini, masih tiada apa-apa maklumat berkenaan kehilangan suaminya. Elle menoleh ketika dia mendengar keluhan dari kakaknya itu. Tangan Kak Erra digenggam. Kak Erra menoleh.
"Are you okay?" Tanya Elle. Kak Erra tersenyum sebelum dia mengangguk. Senyuman Kak Erra adalah senyuman yang dipaksa. Elle mengelus tangan kakaknya dan bersandar di bahu Kak Erra. Kak Erra tersenyum sebelum kepalanya turut bersandar di kepala Elle.
"He will be fine, right?" Tanya Kak Erra. Elle diam. Tidak tahu sama ada dia perlu angguk atau geleng. Elle hanya diam.
"He will be fine. Don't worry, Troverò la soluzione migliore per trovare Samuel. (Aku akan cuba yang terbaik untuk mencari Samuel)" Nicholas bersuara. Kak Erra sebak sebelum dia menangis. Elle menoleh sebelum dia mengangkat kepalanya. Kepala Kak Erra ditarik dan dibawa ke pelukannya.
"Sono preoccupato per lui. (I'm worried about him.)" Kata Kak Erra. Elle mengangguk sebelum dia memujuk kakaknya itu. Nicholas melihat kedua adik beradik itu berpelukkan sesama sendiri. Nicholas menoleh ke hadapan. Tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia memberi pesanan kepada Enzo yang sedang mencari Samuel bersama beberapa orang kanannya.
Nessuna ombra, Signore (Masih tiada bayangan)
Hanya itu jawapan dari Enzo. Nicholas melirik ke arah Alex. Seolah-olah berkomunikasi hanya melalui pandangan mata. Alex mengangguk.
Mereka tiba di rumah Maria. Maria menyambut kedatangan mereka dengan tangan yang terbuka. Setelah mendengar penjelasan dan penerangan dari anak dan menantunya, Maria faham apa yang berlaku kepada Erra. Dia yang awalnya menentang pembebasan Kak Erra itu mula menerima Erra. Maria menyuruh Erra untuk menginap di rumahnya untuk sementara waktu. Kawalan keselamatan yang agak ketat di kawasan rumahnya itu meyakinkan mereka bahawa saat ini, rumah Maria adalah tempat yang paling selamat untuk mereka menetap buat sementara waktu.
"Where's Nicky?" Tanya Nicholas.
"She's with Enzo." Jawab Maria. Nicholas mengerutkan dahinya.
"Si stanno avvicinando? Davvero sospetto. (Makin rapat ya? Suspicious)" Nicholas berkata. Maria tersenyum. Dia menepuk bahu anaknya dengan perlahan sebelum dia membawa pinggan yang berisi lempeng ke ruang tamu. Elle dan Kak Erra ada di situ.
"Here we go." Kata Maria sebelum dia meletakkan pinggan itu di atas meja. Mata Elle bulat ketika dia melihat pinggan itu.
"Is it Lempeng?" Tanya Elle.
"Yes it is. Your favourite, right?" Tanya Maria. Elle berasa terharu dan teruja. Laju dia mengambil sekeping lempeng itu dan dimakan begitu sahaja. Kak Erra dan Ibu mertuanya menatap Elle dengan pelik. Elle makan dengan sangat laju.
"I miss Malaysian food." Kata Elle sambil mengunyah.
"Malaysia.. is a heaven for foodies." Maria berkata. Elle mengangguk.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...