CHAPTER 2: SAMBUNGAN

503 28 0
                                    

"Eh Danny! Kenapa dengan telinga kau tu?!"

Tanya Ayra dengan cemas. Mana tidaknya, Penuh darah ditangan Danny dengan darah. Sudah pasti Ayra risau. Ayra sudah menganggap mereka semua itu sebagai keluarga.

Walaupun ada kalanya Zack cemburu dengan keakraban mereka bersama Ayra, namun semua itu tidak dipeduli oleh Ayra. Dia tidak akan mengikut telunjuk Zack 100% seperti dahulu lagi.

"Ni semua Ayyad tak guna tu punya pasal"

Kata Alex kerana dia berada di tempat kejadian dan dia sempat melarikan diri sebelum dijadikan sasaran yang seterusnya. Danny sudah tidak larat untuk menjawab sebarang soalan dari Ayra.

"Ayyad ni pun, hmm"

Ayra mengeluh dengan perangai keanak-anakan adik iparnya itu. Bila nak berubah pun tak tahulah nak kata.

"Takpe, meh sini Ayra ubatkan"

Pelawa Ayra. Dia sudah mahir dengan memberi rawatan segera kerana perkara tertembak dan luka itu sepertinya sudah setiap hari dia jumpa.

Danny yang 'sedikit' kesakitan terus pergi kearah Ayra seperti anak kecil yang dipanggil oleh oleh ibunya. Telinganya yang berdarah itu dibuka. Darah masih keluar tapi ada juga yang sudah kering kerana lama dibiarkan dan terkena angin.

"Tak banyak lukanya tapi ada koyak sikit. Alhamdulillah tak dalam"

Ayra menyuruh Alex mengambil peti kecemasan lalu satu persatu ubat-ubatang dan peralatan dikeluarkan. 

Kapas dikeluarkan lalu diletakkan Dermacyn wound care diatasnya untuk membersihkan darah-darah yang berada disekitar cuping telinga Danny.

Alex pula hanya melihat sahaja dan bersedia untuk membantu Ayra sekiranya diperlukan. Ayra pula teliti membersihkan luka milik Danny. Danny cuba berlagak macho dengan menahan rasa sakit yang dirasakan.

"Darah dah berhenti. Syukur sebab bukan luka teruk. Ni Ayra nak letak Iodine. Tahan tau"

Kata Ayra. Danny hanya mengangguk faham saja. Iodine diletakkan pada kapas lalu dengan berhati-hati Ayra meletakkan pada luka di telinga Danny.

Danny menggenggam kuat bantal sofa yang berdekatan dengannya tanda dia sedang menahan sakit. Alex hanya mengerutkan dahinya. 

Dia juga terasa sakit yang sama kerana sudah banyak kali hidupnya dilukakan oleh Ayyad.

Setelah selesai meletakkan ubat, Ayra menampal plaster pada telinga Danny. Danny menghela nafas lega lalu terbaring diatas sofa. 

ZACK MUAYYAD: KENAPA MAFIA INI YANG KAU PUJAWhere stories live. Discover now