"Mummy!"
Jeritan nyaring Hazel memenuhi ruang tamu itu. Semua yang berada di ruang tamu itu menggelengkan kepala
Hazel berlari sebelum memeluk erat tubuh langsing itu. Ukaila yang baru melangkah masuk tersenyum manis. Tubuh kecil itu didakapnya erat.
"I miss you, mummy" Hazel berkata girang.
Dia yang paling excited apabila mengetahui bahawa mummy kesayangan serta uncle handsome ialah ibu bapa kandungnya.
Hari-hari dia menyoal Puan Syuhada tentang mummy dan daddynya itu
"I miss you too, little baby" Ukaila mengusap lembut belakang tubuh kecil itu
Idrees yang baru melangkah masuk bersama-sama beg pakaian Ukaila tersenyum. Dia berdiri dibelakang Ukaila
"Hey, little missy" Idrees menyapa. Hazel mengangkat wajah. Matanya membulat
"Ouhhh, daddy!" Hazel melompat-lompat di hadapan Ukaila. Terlepas tawa mereka semua melihat gelagat si kecil
"Alah, makin mengadalah drama queen kita ni nanti. Ada daddy and mummy yang boleh layan kerenah dia," seloroh Ukael. Dia tersenyum manis.
Dia tumpang bahagia. Ingatan adik perempuannya sudah kembali dan keluarga kecil itu kembali bersatu.
"Daddy, nak dukung" pinta Hazel. Idrees mengangguk sebelum meletakkan beg pakaian itu di tepi sofa. Tubuh genit itu diangkat.
Ukaila memandang dua beranak itu. Sejak bila Hazel suka didukung? Selama ini elok sahaja berjalan sendiri.
"Tak payah layan sangat mengada Hazel tu Idrees. Makin menjadi-jadi nanti," ujar Puan Syuhada lembut
Ukaila mengambil tempat di sofa berangkai tiga. Dia melabuhkan duduk dihadapan ibu dan mentuanya selepas bersalaman dengan mereka.
Idrees membawa langkah ke arah Ukaila. Tempat disisi Ukaila diduduk. Hazel diletakkan diatas ribanya. Matanya meliar.
"Haze mana?" Dia bertanya setelah bayang-bayang anak lelakinya itu tidak kelihatan
"Dia ada dekat atas dengan Darian. Harini ada latihan taekwando," Uwais menjawab. Idrees mengangguk.
Sudah dia maklum tentang hal itu. Lebih baik dia didedahkan dengan martial arts dari kecil. Sekurang-kurangnya, dia mampu pertahankan diri jika berlaku perkara yang tak diingini.
"Ouh, bercakap pasal ni, Idrees ingat nak masukkan Darian, Haze dan Hazel ke kelas menembak, sekurang-kurangnya diorang boleh belajar basics menembak," Idrees menyatakan hasratnya
Alpha Delilo memerlukan pewaris. Dan untuk waktu ini, hanya mereka bertiga yang ada. Chempaka, cukup belajar martial arts sahaja.
"Ikut suka kamu. Daddy tak kisah," Tan Sri Henry membalas. Jujur dia juga tidak kisah. Idrees juga dia latih ketika umur 4 tahun.
Lebih awal, lebih bagus.
"Kenapa aku tengok korang berdua ni macam pengantin baru eh. Malu-malu kucing," Uwais yang sedari tadi diam membuka mulut. Dari mereka berdua masuk lagi, dia perhati.
Ukaila memandang Idrees sekilas. Jujur, dia masih malu dan segan. Idrees pula tersenyum nipis
"Eh kau ngah, orang baru jumpa balik tu jangan diusik. Tak pasal-pasal kau dapat anak buah baru," seloroh Ukael pula.
"Uhuk!" Idrees dan Ukaila tersedak liur. Baru je keluar hospital, dah fikir soal anak lagi
"Haaa, tu petanda baik ngah. Tak lama lagi ada la tu," Ukael berkata lagi dengan sisa tawa. Seronok pula kenakan mamat beku itu. Bukan senang nak tengok mamat beku ni blushing. Asyik-asyik dingin je muka
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...