ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 34

1.8K 85 2
                                        

"Sayang masak apa tu?"
Soal Fahim apabila melihat isterinya yang sedang lincah bergerak di dapur. Fahim bergerak menuju ke belakang isterinya lalu mengepung kedudukan isterinya.

"Ish abang ke tepi sikit, Liya nak memasak ni"
"Masak lah abang tak kacau pun"
Selamba Fahim berkata tanpa menghiraukan wajah cemberut milik isterinya.

"Ni yang abang sekat saya ni apa? Nak berjalan pun susah"
Bebel Liyanna sambil menolak tangan Fahim yang sedang mengepung kedudukannya. Fahim tergelak kecil sebelum dia membiarkan isterinya bebas.

"Mari abang tolong, sayang tolong pergi ambil dokumen abang dalam bilik dekat atas meja boleh?"
Ujar Fahim lalu menyambung kerja isterinya
"Hm, yelah"
Tanpa membantah Liyanna terus membuka langkahnya untuk ke biliknya.

Sesampai dibiliknya, matanya melilau mencari dokumen milik suaminya. Apabila dia melihat dokumen itu berada dia atas meja soleknya dia terus melangkah kearah meja soleknya untuk mengambil dokumen itu. Apabila dia mencapai dokumen itu tiba-tiba dua helai kertas yang terselit di dalam dokumen itu jatuh.
"Haih kertas apa pula ni"

Liyanna tunduk untuk mengambil dua helai kertas yang  jatuh itu baru saja dia ingin menyelitkan kembali kertas itu di dokumen namun tanpa sengaja dia membaca maklumat yang tertulis di kertas itu 'INSTANBUL TURKEY' tiba -tiba dia terdengar satu garau yang muncul di pintu.
"Suprise"

Liyanna memandang kearah Fahim dengan pandangan yang bingung. Fahim tergelak kecil apabila melihat wajah bingung milik isterinya
"Itu tiket untuk kita pergi honeymoon. Sayang okey tak kalau kita pergi dekat situ"
Bahagian tersedar mata Liyanna terus membulat tatkala mendengarkan ucapan suaminya

"Really!?"
"Yes"
Dengan terujanya Liyanna terus berlari kearah Fahim lalu melompat kearah suaminya. Fahim bagaikan tahu tindakan isterinya terus mendepakan tangannya untuk isterinya

"Thank you abang!?"
"My pleasure"
Pelukan mereka dileraikan sebelum Liyanna kembali memandang kearah suaminya
"Bila abang prepare semua ni?"
"Minggu lepas. So sayang okey tak dengan tempat ni?"
Bimbang jikalau tempat ini tidak mampu memenuhi cita rasa isterinya
" Liya okey je lagipun Liya tak pernah pergi dekat sini"
Liyanna tersenyum kearah Fahim sebelum Fahim turut membalas senyuman isterinya.


**

Liyanna memandang ke arah beberapa luggage yang sudah tersusun rapi di ruang tamu. Warna biru navy itu pilihan Fahim, katanya lebih nampak “gentleman style”. Sedangkan Liyanna pula sempat menyelitkan satu beg kecil berwarna pastel pink
"Itu untuk barang kecik je!"
katanya waktu Fahim menjeling.

"Sayang, perlu ke bawa banyak sangat tudung ni? Lima hari je kita dekat Istanbul tu."
Fahim sudah mengangkat kening sambil menutup zip luggage Liyanna.

Liyanna menjuihkan bibir, pura-pura merajuk.
"Abang tahu tak dekat Istanbul tu sejuk, kadang-kadang hujan. Tudung lain untuk warna baju lain, for sure lah kena matching. Takkan nak ambil gambar honeymoon nanti warna clash. Abang nak tengok feed Instagram Liya kelam?"

Fahim tergelak kecil, kemudian menarik tangan isterinya yang sedang bersilang dada.
"Okay, okay. Semua yang sayang bawa ni mesti penting. Abang percaya. Cuma abang risau berat luggage tu lebih had. Kang kena bayar extra dekat airport."

"Abang kan kaya"
Liyanna sempat mengusik sambil menjeling nakal.

"Alahai, bukan pasal tu sayang. Abang takut nanti abang kena dukung beg tu sekali dengan sayang."
Fahim menjawab selamba, lalu mengucup dahi Liyanna yang tersengih malu. Dia bukannya kisah pun kalau duitnya habis kerana duit boleh dicari.

Malam itu rumah mereka penuh dengan suasana manis. Liyanna sibuk check list dokumen pasport, tiket penerbangan, itinerary yang sudah dicetak siap-siap. Fahim pula memastikan kamera, power bank, dan segala kabel sudah masuk dalam satu beg khas.

Sesekali, Fahim mencuri pandang wajah isterinya yang tekun menyusun fail. Hatinya bergetar tak sangka, wanita yang dulu cuma hadir dalam hidupnya sebagai pertemuan tak sengaja kini bakal menjadi teman pengembaraan dunia dan akhirat.
"Sayang"
Seru Fahim perlahan.
"Ya?"  Liyanna mengangkat kepala.

"Abang janji honeymoon kita dekat Istanbul ni bukan sekadar jalan-jalan. Abang nak kita cipta memori yang sayang akan ingat sampai bila-bila. This is the beginning of our forever"

Liyanna terkaku seketika. Hatinya terasa penuh dengan rasa syukur
"Abang ni jiwang lebih. Nanti Liya nangis baru tahu."

Fahim hanya ketawa kecil sebelum mendekat dan mengusap pipi isterinya
"Kalau nangis pun, biar dekat bahu abang je. Biar abang yang hapuskan air mata tu"

Dan malam itu berakhir dengan persiapan yang lengkapdan hati yang semakin penuh cinta. Esoknya, mereka bakal melangkah ke destinasi impian iaitu Istanbul Turkey,  kota penuh sejarah dan romantis, tempat bermulanya kenangan baru mereka sebagai suami isteri.














Hai🥲
Sorry baru ada masa nak update.
Kita bagi sweet-sweet dulu lepas balik honeymoon
Baru kita hehe🥱

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang