ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 33

2.2K 100 2
                                        

Setelah mereka selesai mengemas barang di rumah baru mereka tadi Fahim terus mengajak isterinya untuk keluar mencari barang dapur dan Liyanna hanya bersetuju dengan ajakan suaminya
"Let's go sayang"
Kata Fahim apabila mereka sudah tiba di hadapan sebuah pasar raya yang besar
"Ok"

Mereka berdua terus melangkah keluar dari perut kereta sebelum Fahim berlari menuju kearah isterinya, tangan kanannya bergerak mencapai tangan kiri isterinya untuk digenggam erat manakala tangan kirinya terletak elok didalam poket seluar jeannya
"Gatal lah abang ni"
Liyanna berkata selamba

"Kenalah gatal kalau tak nanti ada orang culik sayang"
Liyanna hanya menjeling suaminya sebelum mereka hanya meneruskan perjalanan untuk mencari barang an dapur
"Kita nak pergi mana dulu ni?"
Fahim menyoal sambil memandang kearah isterinya

"Kita pergi barangan basah dulu"
"As your wish darling"
Dengan lembut Fahim bersuara sebelum dia menarik tangan isterinya untuk menuju ke barangan basah manakala Liyanna hanya menurut langkah suaminya.

"Sayang beli dulu apa yang sayang nak abang nak pergi cari barang kejap"
Liyanna hanya mengangguk sebelum dia melihat kelibat Fahim yang kian menghilang dari radar matanya

Liyanna hanya memilih barangan basah dengan tenang namun tiba-tiba satu perasaan menyelinap di dadanya tatkala dia terbau satu perfume yang tidak asing baginya. Takut! Ya itu yang dia rasakan sekarang ini.

Tangannya automatik menggigil badannya juga turut mengeras apabila teringat akan hari yang mana kesuciannya hampir diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya. Dia pasti lelaki itu berada disini dan lelaki itu baru saja lalu di belakangnya.

Badannya terus tersentak apabila satu tangan menyentuh bahunya
"Argh!"
Tanpa sengaja dia terjerit kecil hingga menarik perhatian orang yang terdekat disitu
"Sayang ok tak ni?"

Liyanna terus memusingkan badannya kebelakang lega kerana suaminya yang menyentuhnya tadi
"O-okey"
Fahim menilik wajah isterinya bagai mencari satu rahsia disebalik mata bundar itu, dia tahu ada satu perkara yang terjadi selepas dia meninggalkan isterinya keseorangan tadi.

Liyanna yang perasan akan pandangan Fahim itu terus mengalihkan pandannganya kearah lain.
"J-jom kita pergi cari barang lain"
Ajak Liyanna sebelum dia menarik lengan suaminya manakala Fahim hanya menurut sebelum matanya bergerak ke sekeliling tempat itu untuk memastikan sesuatu dan dia menjumpainya kerana tanpa sengaja matanya tertangkap satu sosok manusia yang berpakai hitam sedang mengintipnya di sebalik rak namun apabila sosok asing itu sedar bahawa Fahim sudah melihatnya dia terus berlari pergi dari situ.

Fahim hanya tersenyum sinis sambil sebelah tangannya diggempal menjadi penumbuk dia bukannya tidak tahu apa yang dirahsiakan oleh isterinya dia tahu semua itu tatkala dia ingin melangkah kearah isterinya tadi dia ternampak satu sosok yang agak aneh berlalu di belakang isterinya dan dia juga nampak bahawa isterinya seperti dalam ketakutan dan dia terus pergi kearah isterinya lalu menyentuh bahu isterinya.
'He's back!'

Fahim janji akan menjaga dan melindungi isterinya. Dia tekad tidak akan membenarkan perkara seperti dulu terjadi lagi kepada isterinya.

**

Setelah pulang dari membeli barang keperluan mereka tadi Liyanna hanya senyap dan termenung saja. Fahim perasan akan itu namun dia tidak mahu mendesak Liyanna untuk memberitahunya dia tidak mahu isterinya stress dia mahu isterinya menceritakan Hal itu sendiri.

Kini mereka berdua berada didalam bilik Liyanna hanya khusyuk termenung di beranda sambil mengamati pemandangan malam. Fahim yang baru saja melangkah keluar dari bilik air terus mengeluh tatkala melihat isterinya.

Dia melangkah kearah isterinya dengan perlahan. Liyanna tidak sedar bahawa suaminya sudah pun berada di sebelahnya kerana dia sedang ralit termenung
"Sayang okey?"

Liyanna sedikit tersentak apabila satu suara menyoalnya sebelum dia berpaling kearah figura itu. Liyanna melihat suaminya sedang memandangnya dengan pandangan yang sayu tanpa sedar setitis air matanya menitis Fahim yang melihat itu kalut mengesat air mata isterinya
"YaAllah, kenapa sayang menangis ni? Abang ada buat salah ke?"
Fahim terus menarik tubuh kecil isterinya kedalam pelukan dia hanya membiarkan isterinya melepaskan segala tangisan didalam pelukannya.

Liyanna menggeleng kepalanya didalam pelukan suaminya. Dia takut tika ini kerana lelaki yang membuat dirinya terasa jijik sudah kembali dan dia takut perkara itu akan berulang lagi terhadap dirinya
"Habistu kenapa ni sayang? Jangan buat abang risau"
Fahim masih lagi setia mengelus belakang tubuh isterinya untuk menenangkan isterinya bibirnya juga turut dilabuhkan diatas mahkota isterinya

"H-he's back abang"
Akhirnya terluah juga perkara itu dibibir isterinya. Fahim tersenyum lega tatkala isterinya meluahkan perkara yang ditakuti oleh isterinya
"L-Liya takut b-benda tu j-jadi lagi"

"Shh"
Fahim terus melepaskan pelukan itu. Dia memegang kedua-dua belah bahu isterinya sambil menghadap kearahnya. Dia memandang wajah yang sembap itu dengan sayu
“Sayang, dengar baik-baik apa yang abang nak cakap ni. Selagi abang masih bernafas, selagi jantung ni berdegup, tak akan ada satu pun perkara buruk yang abang biarkan menyentuh hidup sayang. You have me, and I’ll always be the place you lean on, the shoulder you cry on, the arms that keep you safe. You are my woman and that means your pain is mine, your happiness is mine.Kalau dunia ni cuba lukakan sayang walau sedikit, abang sanggup berdiri di hadapan sayang, melindungi sayang walau nyawa jadi taruhan. If I have to burn the whole world to keep you safe, I will. You are my priority, sayang...always, yesterday, today, and for the rest of my life. So, jangan pernah ragu, selagi abang ada you will never be alone.”
Kata Fahim dengan suara yang tegas. Sisi protective nya sudah keluar apabila berkaitan dengan keselamatan isterinya.

Liyanna terkedu dengan ucapan panjang lebar dari suaminya. Dia tersenyum nipis sebelum dia memeluk erat tubuh kekar itu dan Fahim membalas pelukan itu dengan erat
"Thank you abang sebab buat Liya rasa selamat"
"Always sayang, because you're mine! No one can take you from me! You're my woman! Forever!"
Tegas Fahim berkata

















Hmm jealous nyeeeee
Do votes and comments✨


𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang