ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 32

2.3K 112 1
                                        

"Fahim dengan Liya pergi dulu ye abi, umi"
Fahim bersalaman dengan kedua dua ibubapanya sebelum diikuti oleh Liyanna
"Ye lah elok-elok. Nanti jangan lupa datang sini"

"Baik umi, assalamualaikum"
"Waalaikummusalam.Liya kalau anak umi ni buli kamu,  kamu bagitahu je dekat umi biar umi pukul dia pakai periuk"
Kata Datin Fakhira tegas.

Liyanna tertawa kecil sebelum memandang kearah wajah cemberut suaminya
"Baik umi kalau dia buli Liya, Liya bagitahu dekat umi ye"
Mereka semua tertawa kecuali Fahim yang sudah mengecilkan pandangannya kearah isterinya. Amboi tak sedar ke suami kau ada dekat tepi je ni

"Alah umi ni kalau buli pun, buli untuk dapat cucu je lah"
Selamba Fahim berkata tanpa menghiraukan wajah isterinya yang sudah terkejut sambil memandang kearahnya
"Amboi"
"Ok lah kita orang pergi dulu"
Mereka berdua melangkah masuk kedalam perut kereta Audi R8 milik Fahim

Fahim menekan hon keretanya sebelum ia bergerak meluncur diatas jalan raya untuk menuju ke rumahnya. Liyanna masih lagi menutup mulutnya sambil melihat kearah cermin kereta, Fahim memandang kearah isterinya sebelum dia tersenyum kecil.

Tangan isterinya diambil untuk digenggam erat lalu dia membawa tangan itu ke bibirnya. Liyanna tersentak akan tindakan Fahim.
"Kenapa senyap?"
Soal Fahim sambil menumpukan perhatiannya terhadap pemanduannya

"Tak ada benda yang nak dibualkan"
Ringkas Liyanna menjawab. Dia hanya membiarkan Fahim menggenggam tangannya lagipun suaminya juga yang pegang bukannya orang luar.
Selamat.Ya,itulah perasaan yang dia rasakan apabila berada didalam pangkuan Fahim kerana dia yakin Fahim akan menjaganya dan melindunginya.

"Alah sayang, banyak lagi topik yang boleh dibualkan"
Dia ingin mendengar suara dari isterinya kalau boleh setiap masa dia ingin mendengar suara dari isterinya. Dia tidak kisah kalau orang luar nak cakap dia obses dengan bini sendiri pun sebab Liyanna isterinya. Haknya! Miliknya! Hanya Dia!

"Topik apa?"
Soal Liyanna
"Really sayang? We have many topic that we can talk, like a about our future junior"
Senyuman nakal terbit di pinggir bibir Fahim. Mata Liyanna sudah membulat sebelum dia mencubit pinggang suaminya sedikit.
"Jangan mengarut"

"Alah sayang ni"
"Diam abang"
Terletus tawa kecil dari bibir Fahim tatkala melihat wajah membahang milik isterinya. Saja nak menyakat.

**

"Masuk lah dulu abang nak angkat barang dalam kereta"
Liyanna memandang wajah Fahim sekilas sebelum dia mengangguk kecil. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah suaminya.

Dia melihat sekeliling rumah suaminya yang bertemakan warna hitam putih. Nampak simple tetapi menarik kerana kena dengan cita rasanya.
"Macam mana okey tak rumah abang ni?"

Liyanna memandang kearah belakang tatkala mendengar soalan dari suaminya
"Okey je untuk kita berdua"
Ringkas Liyanna menjawab sebelum dia terus melangkah kearah sofa yang terletak di ruang tamu rumah itu.

Fahim tersenyum senget tatkala mendengar jawapan dari isterinya. Okey untuk sekarang ya sayang nanti 5 tahun akan datang belum tentu muat entah-entah kena beli rumah baru tak gitcheww
"Okey untuk sekarang sayang, Nanti 5 tahun akan datang belum tentu muat"
Selamba Fahim berkata tanpa memandang kearah wajah isterinya yang kelihatan bingung dengan kata-katanya.

"Hah? Apa maksud abang? 5 tahun lagi tak muat?"
Apakah slow sangat isterinya ini, memang semua perkara nak dijelaskan ke camne readers yang baca ni pun boleh faham.
"Haih, yelah 5 tahun akan datang nanti mana tahu kita ada 10 orang anak ke"
Selamba Fahim berkata tanpa melihat wajah isterinya yang sudah terkejut itu

"Amboi, dia ingat kita ni kilang buat anak ke?"
Liyanna menjeling tajam kearah suaminya. Sedap-sedap dia je cakap nak 10 orang anak yang kena rasa sakitnya kita bukan dia
"Saja booking awal"
Fahim masih lagi dengan mood mengusiknya sambil berjalan menuju kearah sofa yang diduduki oleh isterinya sebelum dia melabuhkan punggung disebelah isterinya.

"Hei, gatal lah abang ni! Kalau nak anak ramai pergi lah kahwin dengan perempuan lain!"
Tanpa sedar Liyanna tidak sengaja menaikkan suaranya dan terlepas cakap. Wajah Fahim yang ceria tadi kini sudah bertukar menjadi serius sebelum dia memandang kearah isterinya.

Liyanna menggigit bibirnya dengan giginya apabila tersedar yang dia tidak sengaja menaikkan suara terhadap suaminya. Habislah dia.
"What did you say?"
Fahim menatap wajah isterinya dengan mendatar badannya juga turut beralih menghadap isterinya.

"M-maaf a-abang Liya t-tak sengaja"
Tergagap-gagap Liyanna ingin menyampaikan perkataan maafnya terhadap suaminya tatkala Fahim menatapnya dengan wajah yang mendatar
"Abang tak nak dengar sayang minta maaf tapi abang nak sayang ulang balik apa yang sayang cakap"
Tegas Fahim berkata

"K-kalau abang nak a-anak ramai a-abang k-kah-"
Belum sempat Liyanna menghabiskan ayatnya matanya terus membulat tatkala merasakan bibirnya ditindih dengan satu benda yang lembut. Fahim menjauhkan wajahnya dari isterinya lalu tersenyum senget tatkala melihat wajah bingung milik wanitanya.

Liyanna yang sedar akan itu terus memandang kearah lain untuk menutupi wajahnya yang sudah membahang
"Pandang abang"
Liyanna memalingkan wajahnya kearah suaminya dengan perlahan

"Dengar apa yang abang nak cakap ni.Don’t you ever say that again. I married you because I love you, not because I’m waiting for an excuse to find someone else. Kalau abang nak anak, it will be with you, only you. So stop thinking nonsense, selagi abang bernafas, there’s no other woman for me. Understand?”
Cukup syahdu Fahim menyampaikan perkara tersebut. Perut Liyanna terasa berbunga-bunga tatkala mendengar ucapan tersebut. Sungguh dia terharu kerana dia ditakdirkan untuk menjadi isteri seorang lelaki yang cukup sempurna dimatanya iaitu Tengku Mohd Fahim.










DO VOTES AND COMMENTS✨
HAI SORRY LAMBAT!

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang