"Kau ok ke kalau kita pindah rumah aku minggu depan?"
Soal Fahim kepada isterinya yang sedang khusyuk membelek skrin telefon manakala dia pula sedang berbaring diatas katil
"Saya ok je"
Ringkas Liyanna menjawab sebelum dia kembali menghadap telefon bimbitnya. Fahim menjulingkan matanya keatas sebelum dia bersuara
"Busy sangat ke dengan telefon tu sampai abaikan suami sendiri?"
Cemburu? Ya dia cemburu dengan telefon bimbit kerana isterinya lebih mementingkan telefon daripadanya entah apa yang dilihat oleh isterinya dalam telefon tu khusyuk sangat sampai tak berpaling tengok kiri kanan dah
Tangan Liyanna yang sedang membelek skrin telefon itu terus berhenti apabila mendengar suara cemberut milik suaminya.
Mamat ni pehal buang tabiat ke apa? Selalunya muka ketat je memanjang.
Perhatian Liyanna terus beralih kepada suaminya yang turut memandang kearahnya dengan wajah yang mendatar.
"Tengok apa dalam phone tu?"
Soal Fahim dengan nada yang mendatar
"Tengah chat Mia je. Kenapa?"
Namun Fahim masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan isterinya.
"Ye ke?"
Liyanna mendengus kuat sebelum dia menarik nafas
"Ye lah takkan saya nak menipu awak pula"
Geram apabila suaminya tidak percaya akan dia. Fahim ingat dia ni playgirl ke macam mana hah.
"Mari sini kejap"
Fahim memanggil Liyanna untuk datang ke katil. Dengan malas Liyanna menturuti juga arahan suaminya.
Setelah sampai di katil dia memandang Fahim dengan wajah yang cemberut.
"Nak apa?"
Soal Liyanna dengan nada yang malas
"Aip, tak baik cakap kasar dengan suami nanti masuk neraka"
Buat kali pertama Liyanna rasa ingin menghempuk kepala suaminya dengan periuk. Suaminya ini memang menguji kesabarannya.
Liyanna menarik nafas perlahan sebelum dia kembali bersuara
"Ye, awak nak apa?"
Soal Liyanna dengan nada yang sengaja dibuat lembut. Fahim hendak ketawa apabila melihat reaksi isterinya. Saja hendak mengusik.
"Argh!"
Liyanna terus terjerit apabila tangannya ditarik oleh suaminya sehingga terduduk diatas peha suaminya.
"Awak ni kenapa hah!?"
Marah Liyanna dengan nada yang tertahan.
Fahim melepaskan tawa kecil. Liyanna yang sedar akan kedudukannya itu terus kalut untuk bangun berdiri namun Fahim menahannya dari bangun berdiri
"Ish awak ni kenapa? Lepaslah!"
Liyanna cuba untuk menolak tangan suaminya dari memeluk pinggangnya.
"Liyanna Amaira"
Panggil Fahim dengan nada yang beku dan ia terus menghentikan pergerakan Liyanna. Takut apabila suaminya menyeru namanya.
"Listen to what i want to say and look at me when i talk with you"
Fahim bersuara dengan nada keras kalau bercakap dengan nada lembut memang taklah isterinya hendak mendengar kata-katanya.
Perlahan-lahan Liyanna mengangkat wajahnya untuk melihat kearah suaminya.
"From now i want you to call me abang"
Terus terbeliak mata Liyanna
"No! Awak bukan abang saya"
Geram dengan sikap isterinya Fahim terus memejamkan matanya sebelum dia menarik nafas perlahan
"I don't have to be your brother for you to call me brother. I'm your husband, so you have to call me brother as a sign of respect for me. Understand, sayang?"
Dengan lemah lembut Fahim mengatakan sambil matanya tidak lepas memandang kearah anak mata isterinya yang turut memandang kearahnya
'Only Allah know how much he love his wife'
"F-Faham"
Jawab Liyanna dengan nada yang separuh berbisik
"Good. Let start it from now, you call me abang and i call you sayang. Boleh?"
"B-boleh a-abang"
Fahim terus tersenyum sehingga menampakan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya
Liyanna terpana apabila melihat pemandangan tersebut.
MasyaAllah suami siapa ni!?
"Thank you sayang"
Fahim terus melabuhkan satu ciuman di pipi isterinya. Wajah Liyanna terus membahang. Tawa kecil terus terlepas di bibir Fahim tatkala isterinya menyorokkan wajahnya di ceruk lehernya.
'Such a cute woman!'
Votes and comments🫰🏻
Sorry cliche!
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)