TRES : PART 21 [√]

24 5 0
                                    













          "Siapa cakap Haze tak ada mak ayah? Daddy and mummy diorang masih hidup," Idrees berjalan masuk ke dalam bilik Cikgu Karim

Setelah mendapat info dari Ukael, dia terus bergegas ke sekolah Haze.

Cikgu Anne terkaku di tempatnya. Wajah lelaki ini bagai familiar baginya.

   "Encik ni siapa ya? Macam mana boleh masuk ke sini? Setahu saya, orang sembarangan tak boleh masuk ke sini," Cikgu Karim mencelah. Idrees tersenyum sinis

Orang sembarangan kau kata?

Ukaila masih terkelu ditempatnya. Jantungnya berdegup laju. Tak mungkin!

   "I've told you. Saya, daddy Haze. Are you deaf?" Kasar sahaja bunyinya. Terkelu Cikgu Karim seketika.

   "Betul ke encik ni ayah diorang? Silap-silap mak dia tak tahu siapa ayah diorang," Idrees menikam pandangan Cikgu Anne

Mahu luruh jantung Cikgu Anne menentang pandangan tajam itu

   "Don't you dare to talk bad about her! Don't cross the line!" Idrees memberi amaran. Dia paling pantang orang berkata buruk perihal isteri dan anak-anaknya

Idrees memandang wajah Cikgu Karim

   "You may check it up," Idrees memberi arahan.

Cikgu Karim lantas mencari profile Haze. Satu persatu helaian dibuka. Matanya tertancap pada satu helaian kertas.

Nama bapa : Hayl Idrees Henry

Nama ibu : Ukaila Zulaikha Kamal

Cikgu Karim mengangkat wajah. Matanya membulat memandang wajah ketat Idrees.

   "Found it?" sinis Idrees bertanya

   "Hayl Idrees?" Idrees mengangkat kening

Selama ini dia tahu bahawa Ukael dan Manis hanyalah penjaga kepada Haze dan Hazel. Dan, ibu kepada kembar itu bernama Ukaila.

Tetapi, dia lupa untuk memeriksa nama bapa kepada kembar ini.

Dan dia ialah...pemilik sekolah ini?!

Hailious Q'Academy!

Idrees seperti dapat membaca fikiran Cikgu Karim. Dia membuat isyarat supaya lelaki itu menutup mulut.

   "Now you know. You better shut her mouth up or both of you lost your job," Idrees berkata mudah

Cikgu Karim menggeletar. Amaran itu tidak boleh dibuat main. He is man with words. Dia ada kuasa untuk memecatnya.

   "Eh, encik ni kenapa? Suka hati je nak buang orang? Encik ingat encik ni pemilik sekolah ni ke? Kerja tak seberapa ada hati nak buang orang, huh" berang Cikgu Anne. Matanya mencerlung memandang wajah kacak itu

Idrees menikam pandang itu. Cuba memberi amaran

Cikgu Karim menarik tangan Cikgu Anne kuat. Hampir tersadung Cikgu Anne apabila ditarik sebegitu

   "Apa ni, cikgu?!" kuat Cikgu Anne menengking

Cikgu Anne berdiri disebelah Cikgu Karim. Begitu juga dengan Yusuf yang kelihatan hairan turut berdiri disebelah ibunya

   "Kami minta maaf," Ukaila terkedu apabila Cikgu Karim menundukkan kepalanya sedikit kepadanya

Matanya naik memandang Idrees disisi. Idrees menayangkan riak beku.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now