Chapter 35 [I'm back, Love]

4.2K 197 8
                                    

Elle meratapi tubuh suaminya yang terbaring di ruangan unit rawatan rapi itu. Elle berdiri di luar unit itu dan menatapnya melalui cermin kaca. Nicholas baru sahaja selesai menjalani pembedahan memandangkan Nicholas mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian lengan dan bahunya. Elle yang juga sedang dirawat itu melihat Nicholas dengan air mata yang berjurai.

"Mrs Romano?"

Elle menoleh. Sarah, jururawat peribadi yang dipertanggungjawabkan untuk merawatnya muncul. Dia mendekati Elle.

"You shouldn't be here, Mrs Romano. You need a rest too. If he saw you like this, he would be hurt." Sarah berkata dengan lembut. Air mata Elle jatuh.

"Is he still unconscious?" Tanya Elle.

"Yes. He is. Don't worry, we have the best doctors and nurses for him. They will monitor him until he's awake." Kata Sarah.

"He will wake up.. soon, right? He will be better? Right?" Elle bertanya. Sarah mengangguk. Elle kemudiannya menangis.

"You should rest, Mrs Romano." Sarah memujuk. Bahu Elle dipaut dan dipujuk lembut.

"Can I meet him? Can I see him? Please? I'm begging you." Kata Elle merayu. Sarah menghela nafasnya. Dia menoleh ke arah jururawat yang sedang duduk di kaunter itu. Elle melihat ke arah mereka. Elle menyatukan dua tangannya. Merayu supaya mereka mengizinkan dirinya untuk melawat Nicholas.

Jururawat itu bangun dan mengambil kelengkapan untuk Elle. Elle dipakaikan pelitup muka dan juga sarung tangan getah. Pintu ruangan unit rawatan rapi yang duduki oleh Nicholas itu dibuka. Mereka mempersilakan Elle untuk melangkah. Elle mengucapkan terima kasih kepada mereka dan masuk ke dalam ruangan itu. Elle menuju ke katil Nicholas. Hatinya sayu melihat tubuh Nicholas yang berbalut di bahagian atas dada sehingga ke pinggangnya. Wayar ECG yang bersambung ke mesin monitor di sebelah katilnya. Wajah Nicholas yang dipasang dengan alat pernafasan itu dipandang dengan sayu.

Elle mendekati Nicholas dan duduk di kerusi penjaga itu. Tangan Nicholas dilihat sebelum dia menyentuh tangan itu. Dicium tangan suaminya lama dengan sebak. Elle menutup mulutnya.

"I should listen to you, Abang. I should listen to you." Kata Elle perlahan. Menyesal namun tahu, tiada gunanya untuk dia menyesal saat ini.

"Abang, you are strong. I know you are. Well, they said that you are fine, Abang. They said, you will be awake soon. I'm sorry, Abang. I'm so sorry." Elle berkata. Tangan Nicholas dicium lagi. Nicholas ditatap dengan penuh rasa bimbang dan takut. Tidak pernah dia melihat suaminya seperti itu. Dia mahukan suaminya. Dia mahu mendengar bebelan dari suaminya. Dia mahu mendengar pujian dan usikan dari suaminya lagi.

"Elle tahu abang akan bangun! As you should! You should, abang." Kata Elle.

"It's been 48 hours since your post operation, Abang. Please wake up. Don't scare me." Kata Elle lagi. Dia mengenggam tangan Nicholas dan dia sembunyikan wajahnya di tangan Nicholas. Elle menangis perlahan. 48 jam dia masih setia menunggu suaminya. Elle menangis tersengguk-sengguk dengan harapan suaminya akan mendengar rintihannya.

Sarah melihat Elle dari luar. Dia mengeluh perlahan. Khuatir dengan pesakitnya itu. Sudah dua hari pesakitnya itu menanti di hadapan ruangan unit rapi menunggu suaminya. Elle langsung tidak hiraukan dirinya. Elle pernah pengsan di hadapan unit rapi kerana seharian tidak makan atau minum. Disebabkan itu, Sarah ditugaskan untuk memantau Elle kemana sahaja Elle pergi.

Elle melangkah keluar dengan lemah. Matanya bengkak kerana terlalu kerap menangis. Elle dipapah oleh Sarah sebelum dia dudukkan Elle di kerusi roda. Sarah menolak kerusi roda itu menuju ke bilik pesakit. Elle menangis. Elle dipapah oleh Sarah untuk baring ke katil. Elle melihat Sarah sambil menangis.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now