ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 30

3.2K 118 4
                                        

Jam menunjukkan pukul 5:45 pagi. Suasana dalam bilik masih samar dengan cahaya dari lampu tidur. Liyanna menggeliat perlahan di bawah selimut tebal. Badannya masih terasa lesu, tapi nyaman.

Tiba-tiba, dia terasa gerakan lembut di sisi. Fahim perlahan-lahan tarik selimut dari wajahnya.
“Mai... bangun Subuh, sayang.”
Liyanna menjawab dengan suara serak manja.
“Lima minit...”
Fahim geleng kepala. “Lima minit kau akan jadi sejam.Bangun"

Alamak kantoi!

Fahim menyentuh pipi isterinya dengan perlahan
“Kalau kau tak bangun, aku dukung kau letak dalam bathtub.”
Ugut Fahim dengan nada sinisnya. Saja ingin mengusik isterinya.

Liyanna cepat-cepat buka mata sebelum dia bangun dari baringannya. “S-saya nak bangun lah ni”
Haih terpaksa jugalah dia bangun dari tidurnya kalau tak nak kena angkut masuk dalam bathtub.

Fahim cium dahi isterinya sebelum dia tergelak kecil apabila melihat wajah isterinya yang membahang
“Pergi ambil wuduk. Aku jadi imam.”

Selesai memberi salam solat Subuh, Liyanna melipat sejadahnya perlahan. Fahim pula menoleh ke arah tingkap kaca yang tirainya ditiup lembut oleh angin pagi.

Langit luar masih biru gelap, tapi cahaya jingga sudah mula menyelinap di ufuk timur.Fahim memandang kearah gadis yang baru sahaja menjadi tanggungjawabnya sebelum dia bersuara.
“Kau nampak langit tu, Mai?”
Fahim bersuara perlahan, hampir seperti bisikan.

Liyanna mengangguk kecil, lalu berdiri di sisi suaminya. Dia memeluk tubuh, terasa sejuk udara pagi melalui kaca tingkap.
“Dulu aku selalu tengok langit pagi sorang-sorang,” sambung Fahim.
“Tapi pagi ni… rasa dia lain.”

Liyanna memandang wajah Fahim dari sisi.Memang dia akui Fahim mempunyai penampilan yang mampu menarik perhatian mana-mana perempuan namun sayangnya Fahim sudah menjadi miliknya. Hahahahaha
“Sebab awak dah ada peneman untuk tengok langit” kata Liyanna, separuh berbisik.

Fahim ketawa kecil, mengangguk.

Fahim mencapai tangan Liyanna dan genggam erat. Hening pagi terasa lebih dalam bila tiada bunyi lain selain degup jantung masing-masing.
“Kau nak tahu tak Mai” kata Fahim sambil mata tak lepas dari langit.
“Aku tak pernah rasa sebahagia ni"

Liyanna senyum kecil sambil turut memandang kearah langit. Dia tak sangka, lelaki yang dulu garang dan susah dibaca, kini pandai menutur kata hati seindah itu.
“Dan saya tak sangka lelaki yang dulu sombong, bila bercakap sikit tak sah tak menyakitkan hati orang sekarang dah jadi suami saya”balas Liyanna sambil tersenyum kecil.

“Saya bersyukur sebab Allah simpan awak lambat-lambat sebab dia tahu saya belum sedia”
Fahim tarik Liyanna masuk kedalam pelukannya dengan erat
“Aku janji, kau takkan pernah jalan sorang-sorang lagi. Selagi aku hidup, tangan kau takkan jatuh dari genggaman aku.”

Liyanna hanya diam dalam pelukan, lalu berkata perlahan
“Awak lupa satu benda…”
Fahim mengerutkan kening apabila tidak memahami perkara yang dikatakan oleh isterinya
“Apa dia?”
“Kita belum turun makan. Saya lapar.”

Fahim ketawa kecil.Aku ingatkan apalah isteri aku ni konon-kononnya lapar.
“Romantik pun tak boleh lawan perut kosong, ya?”
“Perut kenyang baru hati tenang.”
Fahim sama-sama tertawa sebelum dia memimpin tangan isterinya untuk menuju ke dapur.

Sementara itu didapur rumah Dato' Fakhri dipenuhi aroma makanan. Nasi lemak pandan, sambal sotong, lempeng kelapa, dan air teh tarik panas.

Datin Fakhira sedang menyusun pinggan diatas meja makan manakala Dato' Fakhri sedang membelek skrin telefonnya sambil menunggu isterinya siap menghidang.
"Lamanya menantu dan anak awak nak turun"
Kata Datin Fakhira sambil memandang kearah tangga
"Kejap lagi diorang turun lah tu, penat sangat kelmarin"

Setelah beberapa minit menunggu barulah dia melihat kelibat anak dan menantunya yang baru melangkah turun dari tangga
"Aiii Tengku Mohd Fahim, lambat turun"
Ujar Datin Fakhira, pasangan itu terus tersengih kecil.

Mereka duduk bersebelahan sebelum Fathi turun dari atas. Dia duduk bertentangan dengan Fahim dan Liyanna. Anak mata Fathi bertembung dengan anak mata abangnya buat seketika sebelum dia menggerak-gerakkan kedua-dua belah keningnya Fahim yang perasan akan itu terus menjeling adiknya. Bukannya dia tak tahu apa maksud disebalik perbuatan adiknya itu. Sibuk je nak tahu, kalau single duduk diam-diam lah.

Sementara itu Liyanna sedang mencedok sedikit bihun untuk diletakkan didalam pinggang suaminya. Fahim tersenyum kecil kearah isterinya sebelum dia berbisik di tepi telinga isterinya
"Thank you sayang"
Wajah Liyanna terus membahang tatkala mendengar panggilan dari suaminya

Senyuman Fahim apabila melihat reaksi isterinya itu terus mati apabila terperasan Fathi melihat kearahnya.
Sibuk jeee.

"Abi, umi Fahim ingat Fahim dengan Mai nak pindah masuk rumah Fahim minggu depan"
Fahim bersuara sambil memandang kearah kedua-dua orang tuanya
"Abi dan umi ok je tapi ada satu syarat, kalau Fahim ada outstation ke Fahim kena hantar Liya dekat sini tak adalah bosan sangat umi duduk berseorangan dekat rumah nak mengharapkan adik kamu tu tidur je memanjang"
Fathi yang sedar akan namanya turut dibabit dalam perbualan tersebut terus tersengih tidak bersalah

Liyanna hanya diam dan khusyuk menikmati makanannya sambil mendengar perbualan ahli keluarga Fahim lagipun dia tidak kisah jikalau Fahim ingin berpindah kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mengikuti arahan suami.
"Baik umi, umi jangan risaulah lagipun rumah umi dengan Fahim punya rumah tak jauh pun setiap minggu Fahim akan bawa Mai datang jumpa umi"
"Yelah"

















Maaf ye korang sebab lama dah tak update🫰🏻
Btw sebenarnya Bab 30 ni dah pub sebelum ni but saya unpub balik untuk tukar storyline, so this is new storyline hope you guys enjoy it.
InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk update abe Fahim korang ni ye lope dari ys🫶🏻
Terima kasih juga kepada readers yang sanggup menunggu saya!
Do votes and comments✨

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang