"Lailahaillallah,"
Uwais akhiri azan ditelinga anak lelakinya.
"Assalamualaikum, hero ayah" Uwais memcium ubun-ubun anak lelakinya. Wajahnya dipaling menghadap Ulya yang masih lemah
"Thank you sayang" Ulya tersenyum sebelum memejamkan mata apabila Uwais mencium kepalanya
Puan Syuhada yang berada di sofa didekati. Bayi itu bertukar tangan
"Handsomenya cucu maktok ni," Puan Syuhada berkata. Pipi mulus itu dielus lembut
"Apa nama ni Ngah, Ulya?" Puan Syuhada bertanya. Wajah kecil itu ditatap lagi. Persis Uwais ketika kecil
Uwais memandang isterinya disisi. Ulya mengangguk memberi isyarat kepada Uwais
"Memandangkan ni hero pertama kami, kami nak ibu yang namakan, boleh?" Puan Syuhada memandang wajah anak menantunya silih-berganti
"Ini anak pertama kamu, sepatutnya kamu berdua la yang bagi," Ulya tersenyum nipis
"Okey, kalau macam tu ibu bagi satu kami bagi satu nama, kita gabung" Ulya memberi idea.
Puan Syuhada berfikir sejenak.
"Okey, kalau nama Hazeeq okey tak?" Puan Syuhada memberi nama
"Okey, kami bagi Iskandar. Jadi, Hazeeq Iskandar bin Uwais Zaddin, ngam tak?" Ulya menggabungkan nama
"Ngam," serentak mereka ketawa
"Assalamualaikum," Uwais dan Ukael yang berada di ruang tamu mengangkat wajahUkael tersenyum nipis sebelum bangun dari duduknya. Kaki dibawa ke arah pintu.
"Idrees, thanks sudi datang," mereka bersalaman.
"No hal lah. Aku datang nak tengok anak buah aku jugak," perlahan sahaja Idrees menuturkan ayat itu. Ukael mengangguk sebelum ketawa perlahan
"Come, jemput masuk bro. Buat macam rumah sendiri," seloroh Ukael pula. Mereka berdua ketawa perlahan.
Uwais yang sedang duduk mengangkat wajah.
"Idrees, my man" bicaranya kuat. Idrees datang menghampirinya. Anak kecil di dalam dukungan ditepuk perlahan.
Lupa akan anak kecil yang sedang tidur diribanya.
"Congrats, Wais" bahu Uwais ditepuk perlahan. Anak kecil itu dipandang.
"Lelaki ke perempuan? Nama apa?" Idrees bertanya. Pipi halus itu dielus olehnya
"Lelaki, bro. Hazeeq Iskandar nama dia," Uwais membalas.
"Kau nak pegang?" Uwais bertanya. Idrees menggeleng perlahan
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...