Sebenarnya, hari ini, tanggal 13 September, Hana baru mengetahui yang Nadeem tidak sekelas dengannya, melainkan Nadeem adalah seorang pelajar kelas pertama. Hairan. Nadeem nampak lebih nakal dan berperilaku buruk lebih dari dirinya. Tapi ternyata, tahap pendidikan Nadeem tidaklah seteruk yang disangka. Malahan, jauh berbeza dengan dirinya sendiri.
Don't judge a book by its cover, guys.
Dan hari ini, baru sempat dia berkenalan dengan rakan-rakan sekelasnya.
Dia duduk bersebelahan seorang gadis yang juga merupakan pelajar baru sebelum dirinya. Serra. Ya, nama dia Serra tapi dia seorang gadis. Ada lagi dua orang pelajar baru yang baru Hana kenal hari ini. Seorang namanya Hawa, dan seorang lagi Hana belum pasti namanya.
Serra merupakan seorang gadis yang berkulit cerah, sedikit gempal dan kalau boleh Hana katakan, senyumnya manis. Seorang yang petah bercakap dan periang.
To be honest, she has the positive vibes. Golden retriever!
“Hai. Kau lah budak baru yang dorang cakap tu?” sapa Serra kepada Hana. Hana hanya senyum malu-malu sambil mengangguk.
“Nama aku Serra. Serra Azrina.” Serra menarik kerusi lalu menempatkan dirinya di hadapan meja Hana.
“Delima Hana.” Hana turut mengenalkan diri.
“Cantiknya nama. Secantik tuan.” puji Serra. Hana hanya ketawa segan mendengar pujian dari gadis secantiknya. Kata-kata itu mungkin hanya untuk menyedapkan hatinya sahaja. Bukan bermaksud pujian pun.
“So? Sepanjang kau dekat sini.. siapa yang kau dah jumpa, Hana?” Serra memulakan perbualan dengan menanyakan aku sebuah soalan. Ah, soalan biasa yang ditanya pada pelajar baru, macam biasalah.
Dengan yakin dan penuh percaya diri, Hana menjawab “Kerani sekolah, pentadbir sekolah, pengetua...”
Serra kelihatan cuba menahan ketawa mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hana. Hana menatap muka Safar pelik, lalu dia berhenti menyambung kata-katanya lagi. Ada yang pelik ke dengan jawapannya.
Serra menepuk dahi mendengar jawapan Hana akan soalan yang ditanyakan kepadanya tadi. Dia terus menahan agar ketawanya tidak terlepas keluar.
“Kenapa gelak? Saya salah cakap ke?” Hana bertanya polos. Wajah yang dipasang sudah mirip anak kecil kekeliruan. Memang betul pun, dia tak tahu apa yang salah dengan jawapannya, tetapi tiba-tiba Safar mentertawakannya.
“Itu semua orang pun tahu, Hana. Aku tanya, pelajar mana yang kau dah jumpa?” tanya Serra dengan penerangan yang lebih terperinci agar Hana dapat mentafsir soalannya dengan elok. Aduhai, tersalah bagi soalan pula dekat Hana.
“Oh, cakaplah pelajar dari awal. Hmm.. kalau pelajar first yang aku jumpa, pelajar kelas pertama. Dia yang tolong aku beli barang dekat koperasi sekolah masa hari pertama aku dekat sini.” terang Hana untuk menjawab soalan Safar tadi. Serra mengangguk tanda mendengar penerangan Hana.
“Pelajar mana? Iman ke? Ketua kelas?” Serra bertanya lagi bagi mendapatkan lebih kepastian. Hana menggeleng sebaik sahaja mendengar nama Nadeem yang keluar dari mulut Serra.
“Bukan.” jawab Hana dengan kepala yang masih menggeleng.
“Habis tu? Zarith?” teka Serra kali kedua.
Hana balas soalan itu dengan gelengan kepala sekali lagi. Haih, asyik salah aje ni? Serra sudah tidak mahu meneka lagi. Dia memberi peluang untuk Hana sendiri yang bersuara.
“Nadeem.” Hana tutur sebaris nama itu dari lisannya sendiri memandangkan nama yang dia tunggu keluar dari mulut Serra, tidak juga kunjung tiba keluar.
