💫 PROLOG 💫

24.5K 549 22
                                        

Duduk berdua di meja batu di laman rumah dipetang hari begini dengan suasana sedikit tenang dan berangin.

Gorengan pisang dan ubi keledek di meja itu kelihatan enak bila di hidangkan dengan secawan kopi 0 panas.

Berbual sejak tadi dengan topik sesama dan keadaan banglonya ini.

Kedengaran keluhan berat dilepaskan Datuk Zahira.

"Saya ada hal penting nak cakap dengan awak Himah." ujar Datuk Zahira perlahan.

Sambil meneguk air kopi sedikit.

"Apa halnye Datuk?serius aje bunyinya itu." balas makcik Himah sambil tersenyum nipis

Sudah terbiasa dengan peel majikannya itu.Selalu berbual dan meluahkan rasa hati padanya.Sudah seperti teman baik kadangkala.

"Saya risau dengan Rill,Saya tak tahu nak kawal dia macam mana dah.Saya letih nak halang dia dari rapat dengan Zuris." ujar Datuk Zahira lemah

Lalu keluhan dilepaskan lagi.Sesak dadanya dengan perihal anaknya Zarill Amri itu.

"Saya lagi tak tahu Datuk.Saya cuma orang gaji,tak layak nak nasihatkan Datuk untuk buat keputusan." balas Makcik Himah lembut.

Tahu kepincangan dua beranak ini sejak beberapa tahun lalu.Hal yang sama masih belum selesai.

"Anak awak yang sulung tu dah habis belajar ke Himah?" Soal Datuk Zahira lembut.

Baru teringat akan anak gadis pembantu rumahnya itu.Pernah dilihat sewaktu mereka adik beradik masih bersekolah dulu sahaja.Sudah beberapa tahun berlalu.

"Dah Datuk,dah dapat kerja pun sekarang.Semua sebab pertolongan Datuk.Terima kasih banyak,kalau tak kerana Datuk tak dapat saya besarkan dan sekolahkan anak-anak bertiga itu."

Kenangkan anak-anaknya yang sudah boleh dikatakan berjaya sekarang dengan pekerjaan yang elok hasil dari bantuan Datuk Zahira ini lah.

"Kerja apa ya anak awak yang sulung itu?nama apa?saya dah terlupa.Leen ke apa kan?" tanya dengan dahi berkerut mahu mengingati gerangan gadis manis itu.

"Harleen Datuk,dah jadi cikgu sekarang.
Alhamdulillah." ujar Makcik Himah dengan senyuman.

Sedikit terharu bila majikannya ini masih ingat pada anaknya.

"Ye Harleen.Saya dah lama tak tengok dia, sebelum sambung belajar ke Upsi dulu tu la last saya tengok dia.
Alhamdulillah dah berjaya anak awak." balas Datuk Zahira sambil tersenyum.

Waktu melihat anak gadis itu,hatinya senang.Beberapa tahun dulu walaupun sedikit kekurangan nampak mereka pandai menghargai dan rajin.Sesekali membantu ibu mereka di rumah ini.

"Semua hasil bantuan Datuk.Saya tak kan mampu hantar mereka ke universiti kalau bukan sebab Datuk.Tak mampu saya balas kebaikan Datuk pada saya dan anak-anak." ujar Makcik Himah terharu dan sebak.

Melihat pada kedua anaknya,Harleen dan Harith sekarang.Dirinya sudah mampu menghela nafas lega.Harleen sudah menjadi seorang guru.Manakala adiknya Harith bekerja di pelantar.Anak yang bongsu pula masih menuntut di universiti awan di sabah.

ZARILL : SATU HATI DUA CINTA (BAKAL TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang